PJ : Saya ucapkan ribuan terima kasih jika anda membaca pendapat peribadi yang ingin saya kongsikan bersama-sama dengan anda-anda semua. Saya hanya akan memaparkan komen-komen yang beretika sahaja.


Sunday, October 12, 2008

Harga minyak di bawah AS$78 setong

NEW YORK 11 Okt. - Harga minyak ditutup di bawah AS$78 setong (RM273.78) hari ini ekoran pelabur kini lebih bersikap pesimistik terhadap persekitaran ekonomi global yang dijangka menghadapi kegawatan.
Minyak mentah berkualiti Light Sweet untuk penghantaran bulan November ditutup rendah pada AS$77.70 (RM272.72) setong di New York Mercantile Exchange. Ini merupakan harga terendah yang dicatatnya bagi kontrak hadapan sejak 10 September 2007.
Di London, minyak Brent rugi sebanyak AS$8.57 (RM30.08) untuk ditutup pada $74.09 (RM260.06) setong di ICE Futures Exchange.Menurut penganalisis, harga minyak kini semakin murah diniagakan di pasaran antarabangsa sejak 13 bulan lalu dengan penurunan sebanyak 47 peratus daripada paras tertingginya yang menghampiri rekod AS$150 (RM526.50) setong, iaitu $147.27 (RM516.92) setong, pada 11 Julai lalu. Presiden Tenaga Strategik dan Kajian Ekonomi dari Winchester Massachusetts, Michael Lynch berkata, pelabur kini begitu bimbang dan situasi tersebut memberi tekanan terhadap pasaran minyak.
''Mereka (pelabur) bimbang untuk memegang sebarang posisi dalam pasaran, oleh itu mereka menjualnya.''Selagi krisis kewangan ini berterusan, kami jangkakan harga minyak akan terus turun pada paras AS$60 (RM210.6) setong,'' katanya.
Pendapat PJ
Amat berharap kerajaan menurunkan harga minyak kepada RM1.92 seliter sebelum kenaikan 78 sen sebelumnya. Walau bagaimana pun saya masih berpendapat seharusnya kerajaan menetapkan sendiri harga minyak bagi pasaran dalam negara tanpa bergantung kepada harga pasaran dunia. Dengan ini faedah hasil bumi negara dapat di kecapi oleh rakyat Malaysia dan seterusnya kerajaan dapat mengawal kadar inflasi dan lonjakan harga barangan keperluan dapat di bendung dan ini bererti kuasa beli rakyat akan meningkat dan penabungan wang untuk pendidikan dapat di lakukan.

No comments: