Saya berpendapat kebanyakkan perempit ini adalah mereka-mereka yang datangnya dari kawasan luar bandar dan boleh dikatakan dari keluarga miskin dan sedarhana. Adakah kerana di kampung-kampung mereka ini tidak merempit dan bersikap baik di hadapan ibubapa mereka ? Dari pengamatan saya kebanyakkan mat rempit ini adalah mereka-mereka yang rata-rata mempunyai minat mendalam dalam bidang pemotoran. Di kampung mereka hanyalah menggunakan motosikal orang tua mereka dan tentunya pengubahsuaian tidak dapat dilakukan dan memerlukan wang. Jadi gejala merempit ini agar kurang berlaku di kawasan kampung dan luar bandar kerana faktor kewangan dan hormat mereka kepada orang sekeliling mereka. Jika mereka di dapati merempit di kampung-kampung dan di ketahui maka sesiapa yang mereka kenali akan memberi nasihat dan melaporkan kepada orang tua mereka.
Disebabkan faktor ekonomi maka mereka berhijrah ke bandar-bandar bagi mencari peluang perkerjaan dan ingin bebas melakukan apa yang mereka ingin lakukan selama ini. Tambahan pula dengan adanya kerja sudah tentunya adanya duit maka cita-cita untuk memiliki motosikal terlaksana jua akhirnya. Pengaulan tanpa kawalan dan keinginan yang tidak tertahan ini menjadikan mereka mula mencuba-cuba berlumba-lumba dengan rakan-rakan secara suka-suka. Apabila merasakan hebatnya merempit ini satu cara menonjol diri dan cepat popular maka ia makin menjadi-jadi dengan membuat taruhan dengan rakan-rakan dan geng-geng motor yang lain.
Saya berpendapat enam perkara yang harus di lakukan oleh pihak berwajib bagi mengekang gejala merempit yang semakin menjadi-jadi ini.
1. Ibu bapa seharusnya mendidik anak mereka bahaya membawa laju dan sentiasa berkhemah semasa berada di jalanraya. Semestinya ibubapa memberi contoh yang baik juga dengan tidak melanggar undang-undang jalanraya.
2. Pihak sekolah, kolej dan universiti seharusnya sentiasa memberi bimbingan dan keselamatan di jalanraya. Memperbanyakkan lagi forum-forum dan ceramah-ceramah dan lebih baik juga mengajak bekas mat merempit yang telah insaf menceritakan kisah sedih mereka akibat merempit.
3. Semestinya penguatkuasaan dari pihak polis dengan mengenakan undang-undang yang lebih berat kepada pesalah rempit.
4. Pihak berkuasa seharusnya memantau bengkel-bengkel motosikal agar pengubahsuaian yang dilakukan oleh pemilik bengkel mematuhi standard motosikal dimana kelajuannya adalah memadai dengan CC motosikal tersebut.
5. Pihak JPJ seharusya mengadakan sekatan jalanraya memeriksa motosikal yang berada di jalanraya adalah dalam keadaan baik dan tiada pengubahsuaian haram di lakukan.
6. Pihak syarikat filem dan drama mengarap hasil seni mereka ini dengan lebih bertanggungjawab dan mendidik penonton kearah kebaikan. Tidak di nafikan pengaruh drama impak maksima, REMPIT, BOHSIA telah memberi kesan negatif kepada remaja kita walaupun pengakhiran jalan cerita tersebut adalah satu pengajaran.
No comments:
Post a Comment