Friday, June 12, 2009
Mengapa Ah Long @ Along Jadi Pilihan
Jangan pertikai kuasa Agong, Raja Melayu - Sultan Azlan
Sultan Perak, Sultan Azlan Shah menegaskan, perkara yang termaktub dalam kedua-dua perlembagaan itu adalah persetujuan yang dicapai secara bersama ketika kemerdekaan negara sedang dirundingkan.
Titah baginda, ia dicapai dalam semangat memberi dan menerima serta memahami dan menghormati di kalangan pemimpin yang mewakili kepentingan pelbagai kaum.
''Persetujuan tersebut telah dicapai di antara pemimpin pelbagai kaum, kerajaan Inggeris dan juga Raja-raja Melayu.
''Oleh itu, apa juga gerakan yang dicetuskan untuk mempertikaikan perkara ini, bukan sahaja melanggar peruntukan asas di dalam Perlembagaan Negara dan Perlembagaan Negeri malah mempertikaikan kedaulatan Yang di-Pertuan Agong begitu juga kedaulatan Raja-Raja Melayu," titahnya.
Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Majlis Wacana Ilmu sempena ulang tahun baginda yang ke-81 di Institut Tadbiran Islam Perak di sini hari ini.
Turut berangkat pada majlis berkenaan ialah Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah yang diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.
Sultan Azlan Shah turut memberi peringatan kepada para pemimpin negara bahawa mereka mempunyai tanggung jawab politik dan tanggung jawab kenegaraan.
''Pemimpin di negara ini mempunyai tanggungjawab politik dan kenegaraan untuk menghormati asas-asas yang menjadi tunjang kedaulatan sebuah negara merdeka dan asas-asas yang menjadi akar kepada hubungan kaum yang harmonis iaitu asas-asas yang dipersetujui ketika negara menggubal Perlembagaan Merdeka,'' titah baginda.
Titah Sultan Azlan, penyimpangan daripada semangat asal yang dicapai itu tentunya akan mencetuskan kegelisahan dan mengheret negara kepada keadaan ketidaktentuan.
Pada masa sama, titah baginda, asas-asas persetujuan tersebut jangan sama sekali disalahgunakan di peringkat pelaksanaan sehingga ada kaum yang merasakan diri mereka tertindas.
''Selaras dengan peranan takhta sebagai sumber keadilan, adalah juga menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong dan Raja Pemerintah di setiap negeri memastikan bahawa kepentingan-kepentingan kaum lain yang sah dari segi undang-undang turut dilindungi," titah baginda.
Sultan Azlan bertitah, amalan yang menyimpang daripada prinsip keadilan tidak harus dibenarkan berlaku kerana setiap warganegara yang sah adalah rakyat yang harus diberikan keadilan yang setimpal.
Dalam pada itu, baginda menyuarakan rasa bimbang mengenai perubahan sikap terhadap insan berilmu, cerdik pandai dan profesional yang jumlahnya makin bertambah tetapi tidak mempunyai sifat-sifat kesopanan dan kesusilaan yang merupakan elemen penting mewujudkan kestabilan.
''Hari ini institusi ilmu tumbuh bercambah tetapi aspek kesopanan dan kesusilaan bagaikan tidak diutamakan lagi. Institusi keluarga, institusi masyarakat dan institusi negara bukan sahaja tidak dihormati malah dipersenda secara terbuka.
''Keadaan ini bagai memperlihatkan berlakunya jurang antara perkembangan institusi ilmu dengan penghayatan ilmu dalam amalan hidup seharian.
''Atau kemungkinan sedang berlakunya satu keadaan tidak seimbang di antara pendekatan menyampai dan menyebarkan ilmu yang terlalu menekankan kepada disiplin pengajian masing-masing hingga alpa kepada komponen kesopanan dan kesusilaan," titah baginda.
Titah baginda, ilmu yang dikuasai tanpa asas kesopanan dan kesusilaan yang kukuh boleh meruntuh dan merosakkan tamadun dan nilai-nilai sosial masyarakat setempat.
Justeru, baginda berharap agar komponen kesopanan dan kesusilaan diberikan perhatian dan dianyam dengan bijak oleh setiap insan dan setiap institusi yang terlibat dengan aktiviti keilmuan.
Wednesday, May 27, 2009
Polis surai penyokong sertai mogok lapar
Mereka berkumpul bagi menyaksikan perasmian program mogok lapar dan puasa sunat selama 72 oleh Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin pada pukul 10.15 pagi. - Utusan
Monday, May 25, 2009
Pengkianatan Tanpa Di Sedari
Saya amat begitu kecewa apabila mengetahui ada segelintir orang melayu menjual tanah rezab melayu milik mereka kepada bangsa asing. Mereka tidak membuat pindah milik di pejabat tanah tetapi menggunakan khidmat peguam membuat pajakan 99 tahun kepada pembeli bukan melayu. Apa yang menghairankan saya tanah tersebut adalah pemberian kerajaan kepada mereka. Alasanya kerana mereka menjual tanah tersebut di sebabkan tiada modal untuk diusahakan dan berat untuk di lakukan. Pajakan 99 tahun adalah helah bagi mereka melepaskan hak mereka kepada bukan melayu kerana ketamakkan dan kebodohan diri sendiri. Saya tidak masalah jika mereka ini memajakkan tanah mereka kepada maksimum 5 tahun ini mungkin dapat membantu mereka memperolehi modal membangunkan tanah tersebut selepas tempoh pajakan tamat. Bayangkan tanah yang di kurniakan kepada mereka yang seluas 3 ekar yang tidak pernah diusahakan selama ini yang diperolehi 25 tahun yang lepas di bayar premium lebih kurang RM300 dahulu, kini bernilai melebihi RM100,000 bagi tanah lot no 1.Agensi kerajaan seperti RISDA, TEKUN, AIM, Jabatan Pertanian dan lain lalin lagi di tubuhkan bagi membantu mereka dengan menyediakan modal, khidmat nasihat dan bimbingan bagi memajukan tanah mereka. Agak malang bagi mereka kerana tidak mahu menggunakan peluang ini sebagai batu loncatan untuk mereka memajukan ekonomi diri sendiri. Mereka-mereka ini sanggup melepaskan hak-hak mereka dan apa yang mereka akan warisi kepada anak cucu mereka nanti yang menjadi warisan tanah air ini ?. Ataupun sekurang-kurangnya menjual kepada orang melayu sendiri untuk di majukan daripada kepada bangsa lain.
Apabila pihak kerajaan mengetatkan syarat-syarat pemberian tanah untuk di teroka maka mereka mengatakan kerajaan itu zalim dan kejam. Tapi tindakan mereka-mereka yang menjual tanah pemberian tanah kepada bangsa lain adalah satu tindakan yang zalim kerana menidakkan kemajuan bangsa melayu sendiri.
Inilah satu pengkianatan alaf baru terhadap bangsa sendiri tanpa mereka sedari.Sunday, May 24, 2009
ISU REMPIT
Isu Mat Rempit sekarang ini mejadi topik paling HOT masa kini. Pelbagai pihak memberi idea-idea bagaimana hendak menangani gelaja merempit ini. Saban hari kita dikejutkan dengan berita sedih dimana mangsa yang majoritinya adalah kaum hawa menjadi mangsa ragut. Amat sedih sekali bagaimana seorang ibu yang hanya mempunyai RM2 di dalam beg duitnya menjadi mangsa korban peragut yang tidak berhati perut ini.Saya berpendapat kebanyakkan perempit ini adalah mereka-mereka yang datangnya dari kawasan luar bandar dan boleh dikatakan dari keluarga miskin dan sedarhana. Adakah kerana di kampung-kampung mereka ini tidak merempit dan bersikap baik di hadapan ibubapa mereka ? Dari pengamatan saya kebanyakkan mat rempit ini adalah mereka-mereka yang rata-rata mempunyai minat mendalam dalam bidang pemotoran. Di kampung mereka hanyalah menggunakan motosikal orang tua mereka dan tentunya pengubahsuaian tidak dapat dilakukan dan memerlukan wang. Jadi gejala merempit ini agar kurang berlaku di kawasan kampung dan luar bandar kerana faktor kewangan dan hormat mereka kepada orang sekeliling mereka. Jika mereka di dapati merempit di kampung-kampung dan di ketahui maka sesiapa yang mereka kenali akan memberi nasihat dan melaporkan kepada orang tua mereka.

4. Pihak berkuasa seharusnya memantau bengkel-bengkel motosikal agar pengubahsuaian yang dilakukan oleh pemilik bengkel mematuhi standard motosikal dimana kelajuannya adalah memadai dengan CC motosikal tersebut.
5. Pihak JPJ seharusya mengadakan sekatan jalanraya memeriksa motosikal yang berada di jalanraya adalah dalam keadaan baik dan tiada pengubahsuaian haram di lakukan.
Nizar pulangkan kereta rasmi MB Perak
Monday, May 18, 2009
Adakah VSS atau Skim Paksaan Berhenti Kerja ?
Kegawatan ekonomi telah memberi impak yang besar kepada negara dan khususnya sektor perkilangan. Sektor-sektor perkilangan sekarang ini galak menawarkan perberhentian sukarela atau lebih di kenali dengan VSS. Ada juga sektor perkilangan yang tidak bertanggungjawab menggunakan taktik memaksa pekerjanya mengambil cuti tanpa kerelaan dengan alasan kegawatan ekonomi dan tempahan yang di terima berkurangan. Kalau setakat 1 dan bulan tidak mengapa, apa akan terjadi kepada pekerja tersebut jika gajinya yang di terimanya hanya setengah bulan dan berlarutan sehingga setengah tahun, sedangkan bayaran rumah, api, air dan ansuran kenderaan masih perlu di bayar. Keadaan ini menyebabkan tekanan hidup terhadap pekerja tersebut dan memungkinkannya mengambil berhenti kerja tanpa mendapat apa-apa pampasan daripada pihak majikan.