PJ : Saya ucapkan ribuan terima kasih jika anda membaca pendapat peribadi yang ingin saya kongsikan bersama-sama dengan anda-anda semua. Saya hanya akan memaparkan komen-komen yang beretika sahaja.


Tuesday, August 12, 2008

Isu UiTM: Cadangan Khalid berbaur politik

KUALA LUMPUR: Beberapa ahli akademik dan pemimpin persatuan belia hari ini menyifatkan cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya 10 peratus kuota kemasukan ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada bukan Bumiputera dan pelajar asing berbaur politik. Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), Profesor Emeritus Tan Sri Dr Ismail Hussein, berpendapat cadangan itu sangat “relevan" dengan sikap Pakatan Rakyat yang tidak mempedulikan masalah yang dihadapi orang Melayu.
“Pihak pemerintah Selangor perlu selesaikan masalah perkauman yang semakin meningkat dan bukan menambahkan lagi kecurangan ekonomi, sosial dan pendidikan antara kaum,” katanya ketika dihubungi hari ini. Abdul Khalid ketika mencadangkan perkara itu dua hari lalu berkata, langkah itu akan dapat mempertingkatkan kualiti pendidikan dan persaingan di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi itu. Dr Ismail berkata semua pihak perlu sedar UiTM dibina untuk menyelesaikan sebahagian daripada kecurangan yang wujud di kalangan orang Melayu dan Bumiputera. Presiden Majlis Belia Malaysia Datuk Shamsul Anuar Nasarah pula berkata, kenyataan Abdul Khalid itu umpama ingin meraih sokongan daripada kaum bukan Melayu dalam Pakatan Rakyat.
“Kenyataannya berbaur politik. Bukan untuk menjaga kepentingan dan kualiti kaum Melayu. Mereka perlu faham matlamat penubuhan UiTM, iaitu untuk memberi kemahiran kepada pelajar Bumiputera sejak dari awal penubuhannya,” katanya. Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Datuk Reezal Merican Naina Merican pula menyifatkan perbuatan Abdul Khalid seperti mengkhianat amanah teras orang Melayu. “Seharusnya orang Melayu membuka mata dengan kenyataan Tan Sri Abdul Khalid. Saya juga percaya UiTM tidak pernah berkompromi soal merit dan pencapaian para pelajarnya walaupun ia diwujudkan khusus untuk kaum Bumiputera,” katanya. Reezal berkata dakwaan Abdul Khalid bahawa langkah membuka peluang kepada kaum bukan Bumiputera memasuki UiTM itu sebagai satu usaha untuk wujudkan persaingan yang sihat adalah cadangan tidak berasas.
Tokoh sejarah Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim berkata cadangan Abdul Khalid itu sepatutnya tidak menjadi isu kerana perkara itu pernah dibangkitkan dan cuba dilaksanakan beberapa tahun lalu. Bagaimanapun beliau berkata, cadangan itu tidak mendapat sambutan daripada kaum bukan Bumiputera kerana mereka kurang senang berada dalam universiti yang didominasi oleh satu kaum saja. - Bernama
Pendapat PJ
Inikah PKR dan PAS Melayu mahukan ?? Inilah realitinya pemimpin Melayu PR sanggup mengadaikan apa-apa yang dimiliki oleh bangsa sendiri untuk perjuangan politik peribadi. Cuba anda bayangkan apa akan terjadi apabila kuota pelajar Melayu ini di hapuskan atas alasan keadilan dan kesamarataan ? Sanggupkah kita lihat generasi akan datang hanya tersekat di tingkatan lima sahaja ? Dapatkah kita bayangkan betapa peritnya kita nanti untuk membiayai adik dan anak kita nanti untuk melanjutkan pelajaran di menara gading ? Walaupun ada pinjaman pelajaran tetapi ia harus di bayar selepas tamat belajar. Sekurang-kurangnya orang Melayu yang berkelayakan dapat belajar di IPTA kerana yuran yang lebih rendah jika di bandingkan dengan IPTS.
Kepada penyokong PKR dan PAS haruslah berfikir dengan bijak dan jangan marahkan UMNO anda sanggup melepaskan apa sahaja yang anda ada bagi merealisasikan agenda pemimpin anda.

No comments: