PJ : Saya ucapkan ribuan terima kasih jika anda membaca pendapat peribadi yang ingin saya kongsikan bersama-sama dengan anda-anda semua. Saya hanya akan memaparkan komen-komen yang beretika sahaja.


Monday, August 11, 2008

Singapura besarkan rumah api Pulau Pisang

PONTIAN: Singapura dipercayai sudah melakukan kerja pembesaran kawasan rumah api di Pulau Pisang, yang ditadbir oleh Pihak Berkuasa Pelabuhan dan Maritim (MPA), bermula sejak awal 1980-an lagi, menurut waris pemilik kebun buah-buahan di pulau itu. Seorang waris terbabit, Zaiful Ismail, 39, berkata, usaha republik berkenaan turut meliputi kerja membesarkan jeti persendirian miliknya dan laluan daripada jeti ke rumah api terbabit. “Singapura sudah melakukan kerja pembesaran kawasan rumah api di Pulau Pisang itu sejak 1980-an lagi, tapi pihak berkuasa negara ini tidak menyedarinya, mungkin kerana isu rumah api Pulau Pisang tidak sehangat pada ketika itu, berbanding masa ini.”


Pendapat PJ

Seharusnya kerajaan mengambil tindakan yang segera mengkaji perjanjian yang di buat dengan Singapura mengenai kedudukan rumah api di Pulau Pisang. Semua rakyat Malaysia termasuk saya sedih dengan keputusan ICJ yang memberi pemilikan Pulau Batu Putih kepada Singapura, walaupun terlalu banyak fakta-fakta yang membolehkan Malaysia mempunyai kedaulatan terhadap pulau tersebut. Berita baik untuk Singapura untuk meluaskan negaranya dan tentunya berita buruk untuk kita kerana laluan kapal-kapal dagang yang menjadi cetek dan sempit. Ini akan memberi kesan jangka panjang kepada negara kita.

Berita sedih Pulau Batu Putih adalah satu pengajaran kepada kita supaya sentiasa menjaga kedaulatan negara kita. Kerajaan harus bertindak segera memacakkan bendera Malaysia atau membina apa sahaja di pulau-pulau kecil yang berada di perairan negara bagi menunjukkan ia di miliki oleh Malaysia. Jika tidak,sejarah Pulau Batu Putih akan berulang dan kita akan berputih mata lagi.

No comments: