PJ : Saya ucapkan ribuan terima kasih jika anda membaca pendapat peribadi yang ingin saya kongsikan bersama-sama dengan anda-anda semua. Saya hanya akan memaparkan komen-komen yang beretika sahaja.


Monday, July 21, 2008

Adakah DEB Gagal ??

Apabila ada masa kelapangan saya menggunakan carian GOOGLE dengan menaip politik Melayu maka begitu banyak keputusan carian dipaparkan di skrin. Secara rawak saya akan memilih mana-mana blog dan membacanya dan kadangkala membuat komen terhadap beberapa isu dan pendapat yang di paparkan termasuklah blog yang PRO PR dan UMNO sendiri. Tetapi saya lebih tertarik melayari blog-blog Pro PAS dan PKR kerana ingin mengetahui pandangan dan pemikiran mereka mengenai orang Melayu dan Islam.

Komen yang saya berikan kadang kala di hentam dan di kecam dengan hebat sekali oleh mereka-mereka yang tidak berpuashati dengan pendapat yang saya lontarkan. Malah menyelar saya berfikiran seperti zaman penjajah dan ada kala mengatakan saya di upah oleh pihak tertentu. Saya begitu sedih sekali apabila blog-blog Pro-PKR dan PAS ini yang rata-ratanya menganggap Dasar Ekonomoi Baru dan Hak Keistimewaan Orang Melayu adalah punca kemunduran bangsa Melayu. Malah ada yang berkata selama ini orang Melayu diberikan tongkat yang membuatkan mereka tiada usaha untuk memajukan diri.

Saya memang tidak menafikan mungkin wujudnya unsur-unsur penyalahan kuasa di peringkat pelaksanaan akan tetapi kita mesti mengakui perkara ini tidak boleh dihapuskan kerana wujudnya manusia-manusia yang tidak jujur dengan amanah yang diberikan. Kalau kita fikirkan dan renungkan maka kita dapat melihat pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru banyak membantu usahawan Melayu berjaya di dalam perniagaaan, kewujudan FELDA dan MARA. Wajar kalau saya berikan gelaran Insan Lupa Diri kepada mereka-mereka yang menyokong memansuhkan DEB dan Hak Keistimewaan Orang Melayu kerana mereka telah dipengaruhi dengan agenda kesamarataan @ masayrakat madani. Yang hairanya juga menyatakan Inggeris sengaja menempatkan orang Melayu di kampung-kampung bagi memundurkan orang Melayu. Kita mesti megakui bahawa orang Melayu adalah majoriti terbanyak memiliki tanah di semenanjung Malaysia adakah rasional untuk mereka-mereka ini menjual tanah-tanah mereka ini kepada bangsa lain dan berpindah ke Bandar. Saya percaya jika orang Melayu dahulu berfikiran seperti Insan Lupa Diri maka semua tanah-tanah Melayu di kampung habis tergadai dan di jual kepada bangsa lain. Masih saya ingat semasa saya kecil lagi begitu banyak orang cina datang bercucuk tanam di tanah-tanah kosong yang di pajakan oleh orang Melayu kepada mereka. Ini jelas menunjukkan jika tiadanya Simpanan Tanah Melayu @ Malay Reserved saya yakin orang Melayu sekarang ini tidak mempunyai kampung dan hanya mendiami flat-flat kos rendah.

Insan Lupa Diri juga tidak mengambil iktibar apa yang terjadi dengan orang Melayu Singapura, apabila nasib mereka seumpama pendatang di tanah sendiri. Mungkin Insan Lupa Diri ini terikut-ikut dengan fikiran terbuka sehinggakan lupa sejarah dan tidak kisah nasib-nasib generasi yang akan datang.

Kesimpulanya ialah kadang kala begitu taksub kepada seseorang itu membuat orang Melayu yang befikiran senteng senang terpedaya dengan agenda mereka yang mempunyai motif yang tersirat. . Oleh itu kerajaan yang sedia ada haruslah memperkasakan bangsa Melayu dalam perlaksaan DEB dan kepada orang Melayu rebutlah peluang-peluang yang ada untuk memperbaiki taraf hidup bangsa kita. Tanamkan sikap suka menabung bagi tujuan pendidikan anak-anak yang mana apabila mereka ini berjaya kelak dengan automatiknya mereka dapat memberikan pendidikan yang lebih baik untuk cucu anda dan generasi yang seterusnya. . Dengan pendidikan bangsa Melayu dapat bersaing dengan bangsa lain.

Kita mesti ingat bahawa bangsa lain tidak memperjuang nasib orang kita kerana selama ini mereka amat memcemburi DEB dan Hak Keistimewaan bangsa Melayu. Jikalau DEB ini membuatkan bangsa Melayu lemah maka mereka-mereka ini tidak akan mencuba menghapuskanya. Fikir-Fikirlah ..

No comments: