26/07/2008 5:47pm
BUTTERWORTH 26 Julai — Kerajaan sentiasa ikhlas, jujur dan sedia mengambil tindakan berani dalam melaksanakan pelbagai usaha bagi membantu rakyat menghadapi sebarang masalah, khususnya berkaitan dengan ekonomi. Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata kesungguhan dan keberanian kerajaan selama ini terbukti apabila ia berjaya berjaya membantu rakyat mengharungi pelbagai krisis ekonomi yang dihadapi negara, yang kini dilihat seakan-akan melanda setiap 10 tahun sekali.

Beliau berkata selepas 12 tahun negara mencapai kemerdekaan, ia menghadapi ujian pertama pada 1969, diikuti krisis ekonomi pada tahun 70-an berikutan kenaikan harga minyak dunia, kemudiannya kejatuhan harga komoditi pada tahun 1986, krisis kewangan pada tahun 1997 dan kenaikan harga minyak dunia sekali lagi pada tahun ini.
“Sekali pandang, ia nampak seperti dirancang pihak tertentu yang seolah-olah mahu menolak negara kita ke belakang setelah mampu mencapai pelbagai kemajuan dalam tempoh yang singkat iaitu 50 tahun,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Pembangunan Usahawan dan pejabat Tekun Nasional kawasan Parlimen Tasek Gelugor di sini. “Mungkin secara kebetulan itu berlaku, atau mungkin juga ada ’tangan ghaib’ yang mahu melihat kita gagal dalam usaha membangunkan negara, bangsa dan ekonomi,” tambahnya.
Nor Mohamed berkata setelah dijajah pelbagai bangsa selama 446 tahun, sejak tahun 1511 lagi, kerajaan berjaya mengembalikan maruah negara dan bangsa dengan membawa pelbagai kemajuan dan pembangunan dalam tempoh 50 tahun sahaja. Beliau berkata kerajaan mewujudkan pelbagai dasar selepas setiap kali krisis berlaku, antaranya Dasar Ekonomi Baru (DEB), perbankan Islam, dasar kewangan, penubuhan agensi seperti Tekun Nasional, MARA dan sebagainya untuk faedah dan manfaat rakyat.
“Malaysia berjaya melalui pelbagai cabaran itu berkat keikhlasan kerajaan dan keyakinan keyakinan rakyat. Tempoh 50 tahun akan datang pasti lebih mencabar. Apapun yang berlaku, kerajaan akan mengambil pelbagai langkah untuk memastikan rakyat selesa walaupun dalam kesusahan,” katanya.
Pendapat PJ
Saya berpendapat Tan Sri Nor Mohamed adalah pencorak hala tuju ekonomi Malaysia. I salute you Tan Sri ...
No comments:
Post a Comment