Saya amat tertarik dengan berita yang disiarkan oleh Harakah bertarikh Thu Jul 03, 08 6:21:32 pm MYT yang bertajuk " Pertumbuhan ekonomi negara mengucup 30 peratus "
KOTA BHARU, 3 Julai (Hrkh) - Pertumbuhan ekonomi negara dianggar menguncup sebanyak 30 peratus selepas kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak baru-baru ini. -->
Ini dapat dilihat apabila aktiviti perniagaan dan penggunaan kenderaan awam pada waktu malam telah berkurangan berbanding sebelum ini. Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, kenaikan harga minyak yang begitu tinggi menyebabkan kemelesetan teruk kepada ekonomi rakyat dan negara.
Ini dapat dilihat apabila aktiviti perniagaan dan penggunaan kenderaan awam pada waktu malam telah berkurangan berbanding sebelum ini. Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, kenaikan harga minyak yang begitu tinggi menyebabkan kemelesetan teruk kepada ekonomi rakyat dan negara.
Saya berpendapat iaitu PAS sedar yang kenaikan harga minyak telah menjejaskan pertumbuhan ekomomi negara kita. Apakah sumbangan PAS untuk mengatasi kemelut ini ? Saya dapat merasakan mereka merupakan pengomen yang baik, buat sesuatu komen tapi apabila kerajaan PR di Pulau Pinang, Perak dan Selangor memberikan hakmilik tanah kepada penduduk kampung baru, semua pemimpim PAS tidak memberikan apa-apa reaksi. Tak patut sungguh. Jika BN berbuat sedemikian, esoknaya mulalah pemimpim-pemimpin PAS datang dengan ceramah-ceramah menghentam BN, menghantar surat bantahan dan siri-siri demostrasi.
Sedarlah ahli-ahli PR yang beragama Islam janganlah jadikan anda sebagai pak turut tanpa memikirkan impak yang akan hadapi oleh bangsa kamu. Jika anda bekerja di sektor perkilangan anda sudah tentu merasai kesan keatas dari anda sendiri. Bohong kalau kata tidak.
Janganlah mempersalahkan kerajaan sedia ada terhadap kemelesetan ekonomi kerana PR turut menyumbang dengan menjadikan Malaysia sebagai negara yang tidak stabil dari segi politik.
Kestabilan politik tergugat-> Tiada pelaburan luar -> Pelabur luar menutup operasi -> Rakyat hilang kerja -> Tak ada wang untuk sara hidup -> Nak Makan Apa ??? Mintak pada kerajaan ?? minta pada PR ?? = Benarlah kita bangsa yang berminta-minta
Tepuk Dada, Tanya Selera ...
No comments:
Post a Comment