PJ : Saya ucapkan ribuan terima kasih jika anda membaca pendapat peribadi yang ingin saya kongsikan bersama-sama dengan anda-anda semua. Saya hanya akan memaparkan komen-komen yang beretika sahaja.


Friday, July 4, 2008

Hak Orang Asli Di Malaysia tidak harus kita pinggirkan

Hak Orang Asli Di Malaysia tidak harus kita pinggirkan kerana merekalah penduduk asal khususnya di semenanjung Malaysia. Kalau kita lihat di perkampungan orang asli yang tersangat daif, rumah-rumah yang berdindingkan pokok rimba , daun-daun kayu, atap berbumbungkan daun nipah dan lantai berlantaikan buluh. Adakah patut melayan mereka sebegini rupa ?
Saya merasakan adalah wajar kerajaan membuat satu penempatan yang khas contohnya seperti FELDA dimana setiap keluarga mendapat rumah dan sebidang tanah untuk di usahakan dengan tanaman pertanian contohnya sawit, getah, buah-buahan ataupun sayur-sayuran. Tiada siapa umat di Malaysia ini boleh mempertikaikan hak mereka, jadi kita patut membela nasib mereka sebagai mana kerajaan membuat penempatan kepada peserta PPRT. Mereka sudah keluar daripada pemikiran yang kolot dan kita dapat lihat sekarang ini anak-anak orang asli berjaya menjadi doktor, usahawan guru dan lain-lain profession. Jadi mereka telah tahu apakah ertinya pembangunan dan apa itu politik.
Kalau kita lihat mereka terpaksa meneroka tanah-tanah rezab kerajaan untuk pertanian jadi jika ini tidak ditangani oleh kerajaan maka pihak yang berkepentingan akan mempergunakan mereka untuk tujuan yang salah. Saya juga ada terbaca artikel yang diarkan oleh akhbar yang menyatakan ada sebilangan orang-orang asli berkahwin dengan warga asing terutamanya Indonesia. Saya merasakan gejala ini harus di bendung bagi mengelakkan mereka terpedaya oleh individu-individu yang mungkin mengambil kesempatan ke atas orang asli.
Kerajaan haruslah mengambil tindakan cepat supaya nasib mereka lebih terbela kerajaan terlalu banyak anasir jahat cuba mempengaruhi mereka.

No comments: