PJ : Saya ucapkan ribuan terima kasih jika anda membaca pendapat peribadi yang ingin saya kongsikan bersama-sama dengan anda-anda semua. Saya hanya akan memaparkan komen-komen yang beretika sahaja.


Friday, July 4, 2008

Mahu menjadi Katak atau Jebat ?

"Lompat Si Katak Lompat, Lompat Tinggi-Tinggi " lagu kanak-kanak yang semua kita tahu semenjak umur 2 tahun lagi. Ternyata ia masih kekal hingga ke hari ini sesuai sepanjang zaman, seperti orang muzik kata " evergreen ".
Dalam politik di Malaysia mengunakan perkataan Katak jika seseorang itu melompat dari satu parti ke satu parti yang lain. Kalau kita konteks politik hari ini dan kaitkan dengan seni kata katak " Lompat Si Katak Lompat, Lompat Tinggi-Tinggi" ? Persolannya siapa yang suruh lompat ? dan siapa pula mendapat gelaran katak.
Pada pendapat jika seseorang itu adalah wakil rakyat atau ADUN sesuatuparti yang telah di pilih dalam pilihanraya ingin melompat parti ke lain adalah tidak wajar sama sekali. Kenapa tidak tidak wajar ? Tidak adil kepada rakyat kerana secara terangan mereka mementingkan diri sendiri tanpa mempedulikan janji-janji yang ditaburkan dan harapan pengundi mereka. Mengapa hendak lompat parti ? Kerana mereka merasakan kedudukan mereka macam tidak selamat lagi untuk berada di kerusi tersebut atau takut kehilangan jawatan dan tidak mahu bersusah-susah menghadapi saat getir dalam arena politik.
Saya merasakan ramai wakil rakyat dan ADUN baik di pembangkang atau pemerintah dalam keadaan dilemma mahu menjadi katak atau tidak . Saya berpendapat adalah lebih baik menjadi Jebat di dalam parti daripada menjadi katak kerana Jebat sentiasa di ingati, Katak akan di lupai selepas hujan.
Fikir-fikirkan...

No comments: