PJ : Saya ucapkan ribuan terima kasih jika anda membaca pendapat peribadi yang ingin saya kongsikan bersama-sama dengan anda-anda semua. Saya hanya akan memaparkan komen-komen yang beretika sahaja.


Saturday, July 5, 2008

Perang psikologi makan diri - Mukhriz

KUALA LUMPUR 4 Julai - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu memberi pelbagai alasan dan mengadakan perhimpunan politik sebaliknya bersedia berhadapan dengan dakwaan terbaru kes liwat membabitkan beliau serta membuktikan sama ada ia betul atau sebaliknya.

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata, beliau hairan bagaimana Anwar hanya mengulangi alasan lama seperti yang pernah dinyatakannya satu masa dahulu iaitu konspirasi untuk menjatuhkan beliau.

''Saya juga kenal perangai Anwar. Dia sebenarnya tidak tahu apa-apa dan hanya cuba mengalihkan perhatian ramai," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Ekspo Menyelam Antarabangsa 2008 (MIDE 08) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Pada 28 Jun lalu, pembantu Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23, membuat laporan polis mendakwa Anwar meliwatnya beberapa kali termasuk kali terakhir di sebuah kondominium di Damansara pada 26 Jun lalu.
Mukhriz berkata, tiada individu yang sanggup mendedahkan keaiban seperti dilakukan Saiful jika ia tidak benar.

''Saya ingat tidak ada orang yang mahu mendedahkan aib begini. Jika ia bohong, rasa malu tidak dapat disembunyikan sehingga tujuh keturunan,'' jelasnya.
Katanya, perang psikologi yang sedang digunakan Anwar bakal mendedahkan kepada umum situasi sebenar yang akan berlaku.
''Mudahkan sahaja cerita, mengaku sahaja anda liwat Saiful atau tidak," ujarnya.
Tegasnya, tindakan pertama Anwar yang 'melarikan diri' ke kedutaan Turki sudah menunjukkan perasaan takut dan tanda beliau tidak boleh berdepan dengan realiti.
''Kenapa masa mula-mula dituduh anda lari, itu menunjukkan anda takut dan ada sesuatu yang sudah terjadi," katanya.

No comments: