PJ : Saya ucapkan ribuan terima kasih jika anda membaca pendapat peribadi yang ingin saya kongsikan bersama-sama dengan anda-anda semua. Saya hanya akan memaparkan komen-komen yang beretika sahaja.


Tuesday, August 18, 2009

Sembang- Sembang Bersama Pakcik Di Kampung

Pada hujung yang minggu yang lalu saya berkesempatan pergi salah sebuah negeri yang dahului di pimpin oleh seorang boneka yang akhirnya tumbang dek kerana ketidakpuasan hati ADUNnya yang lalu mengisytiharkan diri sebagai wakil bebas.

Saya di jemput untuk makan malam di rumah rakan saya yang mana saya ingin saya berkongsi perbualan saya dengan ayah beliau mengenai hal ehwal politik semasa.

Sebelum itu saya ingin menceritakan sedikit sebanyak mengenai pakcik tersebut. Sepengetahuan saya pakcik tersebut adalah pesara tentera, kematian isteri dan pernah berkahwin kali ke dua empat tahun dahulu tapi jodoh tidak panjang beliau bercerai. Beliau pulang menetap ke kampung sekitar tahun 2004. Saya juga mendapat tahu beliau adalah seorang seorang ahli PEKIDA yang sebelum ini orang kampung memanggil beliau dengan gelaran Ayahanda.

Selepas makan malam dan saya di beritahu bahawa salah rakan saya akan pulang ke Sabah untuk menziarahi saudara-maranya di sana. Rakan saya memberitahu rakan Sabah saya itu menetap di pendalaman yang berbukit bukau. Pakcik tersebut menyampuk orang Sabah kurang cerdik kerana selepas menyertai Malaysia tidak pandai mendesak supaya kerajaan menyediakan jalinan jalanraya yang baik. Pakcik tersebut menyatakan masa dia berkhidmat di Sabah jalannya sungguh teruk dan dashyat sekali. Tidak pula dia nyatakan tahun berapa pula. Saya menyatakan bahawa struktur muka bumi yang bergunung ganang adalah sukar untuk menyediakan jalinan jalanraya yang baik kerana ia memerlukan bilion ringgit dan kepadatan penduduk yang kurang maka adalah satu pembaziran wang. (I'm the tax payer yea)

Beliau juga menyatakan yang Mufti Perak iaitu Harusani adalah pengecut kerana tidak berani menegur kerana takut hilang pangkat. Beliau juga menyatakan mengapa dua orang yang di tuduh rasuah tidak di bicarakan dan tertangguh. Malasnya nak bertegang urat dengan pakcik ini. Dia berkata nak tubuh kerajaan dengan cara merampas. Beliau merujuk kepada situasi di kemelut politik di Perak.

Kerana saya hormatkan sebagai orang tua maka saya banyak berdiam diri dan amat tertarik juga dengan semangat berkobar-kobar tersebut. Beliau menyambung lagi mengenai isu arak di Selangor dengan menyatakan apabila beliau menjejaki kaki di Kuala Lumpur pada tahun 70an arak sudah di jual dengan secara terbuka dan isu penjualan arak di Selangor adalah warisan daripada kerajaan BN. Maka sukar nak di berhentikan. Saya agak terkejut dengan kedaifan pengetahuan pakcik tersebut kerana isu tersebut di bangkitkan oleh PAS dan di dalam siri-siri ceramah politik sebelum PRU12 mereka menyatakan akan menutup Kilang Carlsberg di Shah Alam dan Guiness di PJ sekiranya memerintah akan tetapi apabila berjaya mewujudkan kerajaan campuran di Selangor kedua-dua kilang tersebut masih lagi tertegak di situ. Alasanya PAS bukan parti yang mempunyai majoriti ADUN. Saya berpendapat PAS perlu bersendirian dan meletakkan calon di setiap DUN dan Parlimen, kalau tidak sampai bila-bilapun tidak akan mendapat kuasa majoriti.

Mungkin kerana terlalu fanatik maka pakcik tersebut sudah lupa bagaimana anaknya yang beberapa kali memohon untuk belajar di Uitm gagal. UiTM tidak mungkin wujud sekiranya parti idolanya itu memerintah. Anaknya kini belajar di sebuah kolej Komuniti di kawasan tersebut walaupun keputusan SPMnya agak baik. Menantunya juga adalah pengajar di KAFA yang juga menjalankan perniagaan runcit dengan meminjam wang TEKUN bagi membiayai perniagaannya.

Pada pandangan saya Pakcik tersebut hanyalah pandai bercakap tapi seharusnya menginsafi dengan nikmat-nikmat yang di kecapi. Memperbetulakan peribadi beliau dan anak-anak adalah lebih baik daripada bercakap mengenai hal politik.

Sunday, August 9, 2009

Anwar pengkhianat Melayu?

Dua isu menarik perhatian Awang sepanjang minggu ini. Salah satunya ucapan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin mengenai tujuh wasiat raja-raja Melayu pada Khamis lalu.
Akhbar Utusan Malaysia pada muka depannya menggariskan kesemua tujuh wasiat itu untuk dijadikan renungan rakyat semua kaum.
Awang menjunjung kasih kepada baginda kerana tidak putus-putus memperingatkan rakyat tentang asas kenegaraan dan realiti sejarah Malaysia yang berpaksikan Melayu.
Walaupun Raja Nazrin turut menjadi sasaran kritikan dan penghinaan oleh pihak tertentu dan ramai individu di laman-laman web dan blog, baginda tidak pernah berhenti menyuarakan kebenaran berdasarkan fakta dan hujah yang bernas. (Belum pernah dalam sejarah, raja-raja Melayu dihina sebagaimana yang berlaku selepas pilihan raya umum lalu)
Satu lagi isu yang panas ialah kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang menyifatkan pemimpin pembangkang dan peneraju PKR, Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat Melayu.
Kenyataan Muhyiddin mendapat gelombang reaksi banyak pihak yang menyokong beliau. Tindakan Anwar yang dikatakan mahu menyaman Muhyiddin sebanyak RM100 juta selain media yang melaporkannya, tidak menghalang banyak pihak mengeluarkan kenyataan melabel Anwar sebagai pengkhianat Melayu.
Awang percaya Anwar juga faham tentang sentimen masyarakat Melayu yang rata-rata marahkan beliau atas banyak tindak-tanduknya menggugat kepentingan Melayu semata-mata mahu menjadi Perdana Menteri.