PJ : Saya ucapkan ribuan terima kasih jika anda membaca pendapat peribadi yang ingin saya kongsikan bersama-sama dengan anda-anda semua. Saya hanya akan memaparkan komen-komen yang beretika sahaja.


Sunday, August 31, 2008

Tuntutan CUEPACS Melampau !!!

KUALA LUMPUR: Cuepacs yang gembira dengan pemberian bonus dalam Bajet 2009 bagaimanapun kecewa apabila dua permintaan kesatuan itu berhubung kenaikan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) dan penyelarasan elaun kos sara hidup (Cola) kepada kakitangan awam tidak disenaraikan dalam belanjawan kali ini. Sehubungan itu, Cuepacs yang mewakili hampir 1.2 juta kakitangan sektor awam akan bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada bulan depan bagi membincangkan kedua-dua perkara itu. Presidennya, Omar Osman, berkata sebelum ini kerajaan secara dasarnya bersetuju memberi elaun Cola dan turut memaklumkan perkara berkenaan dalam satu surat maklum balas kepada Cuepacs, Julai lalu.

Beliau bagaimanapun berkata, Cuepacs tidak berniat mengugut kerajaan dalam perkara itu tetapi percaya sekiranya permintaan berkenaan dilaksanakan ia dapat membantu mereka yang berpendapatan rendah. "Kita akur dengan pemberian bonus tetapi kecewa sedikit kerana dua permintaan Cuepacs tidak diumumkan dalam bajet kali ini. Sebelum ini, kita amat yakin ia (permintaan) akan ditunaikan setelah beberapa pertemuan diadakan dengan kerajaan tetapi hari ini (semalam) harapan kita itu 'lebur'. "Bagaimanapun, kita akan membuat temujanji untuk bertemu Perdana Menteri dan menerangkan secara rasional berhubung permintaan Cuepacs itu bagi manfaat anggota sektor awam," katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.

Pendapat PJ

Permintaan CUEPACS ini kadang kala menyakiti hati kerana tuntutan-tuntutan mereka ini melampui kemampuan kerajaan. Tindakan kerajaan yang sering melayan permintaan CUEPACS ini adalah tindakan yang paling tidak masuk akal kerana kakitangan kerajaan yang selama ini boleh dikatakan tidak begitu produktif jika di bandingkan dengan kakitangan sector swasta. Kenaikan gaji kakitangan sudah dinaikkan antara 7.5 dan 35 peratus berkuat kuasa 1 Julai 2007 disebabkan desakan oleh CUEPACS terhadap kerajaan. Tindakan yang terburu-buru oleh kerajaan turut menyumbang terhadap kenaikan harga terutamanya makanan.
Kerajaan seharusnya tidak membuat sebarang keputusan atas desakan CUEPACS kerana kenaikan gaji dan elaun yang tinggi terhadap sektor kerajaan telah menyebabkan pekerja swasta mmerasakan kebajikan mereka di pandang sepi oleh semua pihak. Kerajaan seolah-olah hanya menjaga dan mengambil berat 1.2 juta kakitangan kerajaan. Janganlah CUEPACS masih merasakan yang elaun-elaun dan tangga gaji kerajaan masih rendah. Omar Osman “ and the geng “ seharusnya melakukan perbandingan keistimewaan yang di perolehi kakitangan kerajaan dengan swasta. Cuba bayangkan seorang kakitangan kerajaan yang berkelulusan setakat SPM, mejawat sebagai pembantu tadbir mendapat gaji pokok sebanyak RM821.89 dan elaun sebanyak RM 595.00 (ITKA = RM115, ITP = RM180, COLA = RM300) jumlah gaji dan elaun yang diterima ialah RM 1416.89 sebulan !! . Jika dibandingkan di sektor swasta seseorang yang berkelulusan SPM hanya layak menjawat jawatan Kerani Am di kilang-kilang atau syarikat IKS yang hanya di bayar sebanyak RM600 – RM750 sebulan sahaja tanpa apa-apa elaun. Seharusnya kerajaan melaksanakan system gaji minimum terhadap sektor swasta untuk menjaga kebajikan pekerja sektor ini.
CUEPACS janganlah anda merasakan dengan kekuatan 1.2 juta ahli, anda menggunakan ugutan membuat tuntutan yang tidak masuk akal sedangkan produktiviti ahli anda masih di takuk yang lama ! CUEPACS seharusnya sedar setiap sen gaji kakitangan kerajaan adalah adalah wang rakyat dan harus di kembalikan kepada rakyat dalam bentuk kebajikan dan bukanlah untuk 1.2 juta ahli CUEPACS.

Friday, August 29, 2008

Politik Anwar Ibrahim ..

Anwar dengan megahnya mengangkat sumpah sebagai seorang ahli parlimen dan menjadi ketua pembangkang di parlimen. Sudah tentunya selepas ini dewan parlimen yang selama ini sudah cukup riuh rendah mengalahkan pasar malam akan bertambah meriahnya dengan bertambahnya kaki-kaki bising di parlimen. Adakah wakil rakyat daripada PR ( Pakatan Rahsia) akan berubah menjadi “ budak baik “ dan mendengar kata dan juga lebih bersikap professional ? Kita tunggu dan lihat .

Saya berpendapat Anwar akan menggunakan kelicikannya untuk menarik ahli-ahli parlimen BN untuk menyertai PR bagi merealisasikan impiannya untuk menjadi PM. Apakah modal yang akan di gunakan oleh beliau ? Sudah tentunya idea kesamarataan semua bangsa, keadilan untuk semua, royalti minyak 20% untuk Sabah, menjanjikan jawatan-jawatan dalam kabinetnya dan lain-lain janj yang ditaburkan.

Jika Anwar adalah seorang yang memperjuangkan keadilan beliau tidak seharusnya membuat pelawaan ahli-ahli parlimen BN untuk menjadi perderhaka kepada pengundi BN. Haram untuk beliau bercakap tentang keadilan yang ternyata keadilan telah di pergunakan oleh beliau untuk mencapai cita-citanya. Adakah menyuruh seseorang itu menjadi seorang pengkianat terhadap pemberi undi adalah sesuatu tindakan yang adil ? Menjadikan seseorang itu menjadi tamak adakah sesuatu tindakan yang betul ? Menjadikan seseorang itu menjadi si tanggang adakah tindakan yang relevan ? Amat malu saya katakan apabila seorang insan yang berbangsa Melayu dan Islam yang bernama Anwar Ibrahim ini sanggup meleburkan harapan orang Melayu sandarkan kepada beliau demi politik balas dendam. Sungguh menyedihkan apabila beliau berjaya menjadikan lebih ramai umat Melayu menjadi golongan penderhaka bangsa.

Adakah kita sedar bahawa permainan politik Anwar adalah sangat memberbahaya yang akan mengundang padah dan malapetaka besar kepada rakyat Malaysia. Adakah beliau dapat memenuhi janji-janji politiknya kepada semua bangsa di Malaysia ? Beliau begitu galak menabur janji dan bercakap saya boleh buat ini dan itu, no corruption, no kronisme, no nepotisme, no wastage, no leakage dan no, no no . Wow betapa hebatnya Anwar Ibrahim seumpama jika beliau menjadi PM semuanya akan teratur dan taraf hidup rakyat menjadi senang seperti mi segera. Amat takut saya katakana apabila janji-janji beliau tidak dapat di laksanakan. Sudah tentunya kestabilan politik dan ekonomi akan terjejas teruk yang memungkinkan berlakunya rusuhan dan akhirnya kita sebagai rakyat yang selama ini hidup amat damai akan bergaduh sesama sendiri.

Tuesday, August 26, 2008

Kemenangan Anwar di Permatang Pauh , Kemenangan Kepada HINDRAF & DAP ...

Anwar menang di Permatang Pauh bukanlah perkara yang luar biasa bagi saya kerana Permatang Pauh adalah kubun terkuatnya. Apa yang luar biasa bagi saya mengapa orang Melayu masih mahu memberi undi kepada manusia yang merasakan megah yang diberi gelaran Pengkianat Bangsa (PB) ini.

Adakah pengundi di Permatang Pauh ini yang majoritinya orang Melayu masih sayangkan beliau ? Masih percayakan yang PB ini akan membela kaum Melayu sedangkan beliaulah yang akan menghapuskan DEB dan hak keistimewaan Melayu jikalau mimpinya menjadi kenyataan. Adakah pengundi Permatang Pauh yang memangkah PB ini tidak ada seorang pun anak mereka yang belajar di UITM ataupun menikmati nikmat DEB dan keistimewaan orang Melayu ?.

Walaupun hati ini teramat sedih dengan keputusan Pilhanraya Kecil P44 Permatang Pauh, saya berjanji akan meneruskan blog ini sebagai saluran untuk menyedarkan orang Melayu agar bersatu padu menentang pengkianat bangsa ini. Saya juga akan berusaha untuk menyedarkan kepada kawan-kawan yang selama ini menganggap mengundi itu perkara yang membuang masa.

JOM KITA MENDAFTAR DI SPR BAGI MEPERTAHANKAN HAK DAN AGAMA KITA . PASTIKAN ANDA MENGUNDI PADA PRU13 BAGI MEMERTABATKAN KEMBALI BANGSA DAN AGAMA KITA KERANA SEKARANG INI RAMAI SUDAH ORANG KITA HANYUT DENGAN AGENDA REFORMASI YANG TERNYATA MERUGIKAN KITA .. AYUH KITA MULAKAN DARI SEKARANG ...

Tuesday, August 19, 2008

Masih Relevankah PR Di Hati Anda ???

Adakah anda percaya Anwar adalah penyelamat anda ? Adakah anda percaya Anwar adalah orang yang yang di perlukan bagi meletakkan Malaysia bebas daripada rasuah ? Adakah anda percaya Anwar akan memertabatkan semua kaum sebagai bangsa Malaysia tanpa mengambil kira asal usul keturunan anda ? Adakah anda percaya Anwar bersama pakatan rahsianya memerintah Malaysia dengan seadilnya ? Apakah harga yang perlu kita bayar khususnya orang Melayu ?

Saya berpendapat Anwar menggunakan semua kelemahan-kelemahan kerajaan BN sebagai senjata menjatuhkan BN dalam meraih sokongan daripada kaum bukan Melayu. Menghapuskan DEB dan Hak Keistimewaan Orang Melayu adalah alat pemikat yang di gunakan oleh beliau. Sudah tentunya penghapusan ini amat di nantikan oleh mereka yang selama ini di perjuangkan oleh DAP. Oleh kerana kesudian pemimpin Melayu yang sudah tentunya PAS dan PKR adalah satu rahmat dan markah bonus kepada mereka. Jika saya bukan Melayu sudah tentunya saya akan memberi sokongan yang padu kepada PR. Agak malang kepada kita yang berbangsa Melayu kerana ada dikalangan umat Melayu kita yang sanggup menjadi pengkianat bangsa demi kepentingan politik demi cita-cita menjatuhkan BN dan balas dendam. Adakah kita sanggup mengorbankan hak kita yang selama yang kita kecapi demi politik balas dendam PR terhadap BN.

Amat mendukacitakan apabila sebuah parti yang di tubuhkan dengan matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih Islam telah tenggelam dengan agenda sekutunya dari pakatannya. Sanggup mengunakan Al-Quran dan hadis untuk memperlekehkan dan menjatuhkan lawannya, memutarbelitkan Al-Quran dan hadis untuk membela rakanya di dalam pakatan rahsia.

Masih relevankah PKR dan PAS untuk anda menyokong mereka. Janganlah kita mengatakan jika Pakatan Rahsia berjaya memerintah Malaysia adakah DAP dan PKR sanggup memberi green light kepada PAS untuk melaksanakan pemerintahan “ Pure Islamic “ di Malaysia ? Sanggupkah Karpal Singh dan Lim Kit Siang menderhaka kepada penyokongnya yang sebelum ini menyatakan “ No Islamic Country For Malaysia “. PAS sudah sesat dalam perjuanganya dan mengula-gulakan Islam sebagai alat akan tetapi tidak mungkin dapat dilaksanaka jika PR dapat menakluki Putrajaya pada 16 September 2008.

Saya tidak mengatakan BN itu baik akan tetapi jika ia masih mahu mempertahankan hak-hak keistimewaan orang Melayu dan Islam itu terpelihara. Mengapa tidak untuk kita memberikan sokongan kepada BN.

Thursday, August 14, 2008

Temui pemimpin Umno bukan di atas kepentingan peribadi - Nasharuddin

IPOH, 14 Ogos (Hrkh) - Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa sekali lagi menjelaskan perjumpaan pemimpin PAS dan Umno bukan di atas kepentingan peribadi.
Beliau berkata, tidak salah untuk PAS mengadakan perjumpaan dengan sesiapa sahaja termasuk pemimpin Umno sebagai medan dakwah.

Pendapat PJ : Nampak satu kenyatan yang positif daripada Nasharuddin

Lagi pun katanya, pertemuan yang diadakan sebelum ini sudah diputuskan Majlis Syura Ulama yang bersidang pada April lalu. "Pemimpin PAS bertemu dengan pimpinan Umno adalah restu daripada Majlis Syura Ulama. Dan rundingan yang diadakan bukan untuk mendapatkan kerusi atau jawatan. "Tetapi apa yang kita lakukan untuk memastikan mereka menerima Islam," katanya pada perasmian muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat kali ke-49 di Stadium Indera Mulia, di sini, malam tadi.
Pendapat PJ : Menyakinkan ahli-ahli PAS yang Muzakarah @ Muqabalah adalah untuk menbincangakan mengenai kesucian Islam

Beliau berkata, rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat perlu didakwah sepanjang masa biar pun kita berada dalam satu bumbung dengan PAS sekarang.
Pendapat PJ : Nasharuddin sudah dapat melihat bahawa PKR dan DAP tidak dapat menerima PAS sebagai rakan sekutu yang memperjuangkan Islam dan sudah dapat merasakan sekutunya itu tidak merestui perjuangan PAS untuk menubuhkan negara Islam yang sejati.

Kata beliau juga politik adalah alat, manakala PAS merupakan wadah untuk meneruskan kerja-kerja dakwah berasaskan al-Quran. "Perlukan kepemimpinan ulama hanya mengutamakan pandangan aspek politik semata-mata dan meninggalkan perkara sebenar dalam dakwah," ujarnya.
Pendapat PJ : Perkataan Perlukan atau Perlukah … kalau betul Perlukan nampaknya Nasharuddin sudah tersasar dan kalau Perlukah satu tamaparan hebat kepada pecinta-pecinta PR …
Beliau berkata, asas dakwah yang berpandukan al-Quran ialah perkara mutlak dalam perjuangan PAS. Oleh itu beliau berharap setiap ahli hendaklah bertenang dan melihat apa yang berlaku dalam isu muzakarah dari pelbagai sudut.
Pendapat PJ : Nasharuddin nampaknya semakin berani melontarkan pendapatnya ..
Menurutnya, sikap Sayidina Omar yang menghunus pedang marah kepada orang yang mengatakan Rasulllullah saw wafat seharusnya menjadi iktibar. "Sayangilah jemaah dengan panduan al Quran dan bukan sahaja dengan kepentingan politik. "Pastikan segala langkah yang diambil oleh ahli mestilah berdasarkan panduan dari al-Quran," ujar beliau.
Kesimpulan PJ : Nampaknya Nasharuddin sudah bangun daripada lena yang di ulit mimpi bahawa pencaturan politik PAS bekerjasama dengan PKR dan PAS adalah pencaturan yang merugikan PAS. Kenapa saya berkata begitu ? PAS ditubuhkan di Malaysia bertujuan untuk memperjuangkan hukum-hukum Allah di laksanakan di Malaysia dan sekarang ini perjuangan PAS semakin hari semakin pudar dan tidak konsisten. Sudah hilangnya seri perjuangan PAS apabila secara tidak langsung mengikut rentak sekutunya-sekutunya,. Kalau dahulu perkataan Islam yang sentiasa meniti di bibir mereka dan sekarang ini apabila yang kita lihat , perkataan Islam di ganti dengan keadilan dan kesamarataan. Dimana salahnya ? Kata orang tua-tua kalau kita orang baik berkawan dengan orang jahat .. mungkin kita jadi jahat atau mungkin orang jahat jadi baik.. Inilah yang terjadi pada PAS mereka cuba mentarbiyyah sekutunya untuk menerima perjuangan mereka akan tetapi sekutunya yang berjaya mentarbiyyah PAS untuk menerima agenda mereka …
PAS semestinya harus bertindak pantas keluar dari PR kerana agenda-agenda PKR dan DAP sedikit sebanyak sudah mempengaruhi penyokong-penyokong PAS dan Islam semakin di lupai.
Sementara itu Ustaz Nasharuddin menyampaikan anugerah kepada Dewan Pemuda PAS yang berjaya mengumpul jumlah ahli teramai. Zon Timur dimenangi Dewan Pemuda PAS Tumpat, Baling (zon utara), Lumut (tengah), Tampin (selatan) dan Petrajaya (Malaysia Timur).
Manakala bagi kategori pengurusan pejabat terbaik tempat pertama dimenangi Dewan Pemuda PAS Kedah, Terengganu (kedua) dan Johor (ketiga).
Pengurusan Pasti terbaik pula dimenangi Selangor bagi kategori A, Perak (B) dan Melaka (C). Pada majlis itu Timbalan Presiden PAS juga melancarkan tiga buku terbaru karya terbaru beberapa pemimpin PAS. - mj/mks. _

Tuesday, August 12, 2008

Isu UiTM: Cadangan Khalid berbaur politik

KUALA LUMPUR: Beberapa ahli akademik dan pemimpin persatuan belia hari ini menyifatkan cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya 10 peratus kuota kemasukan ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada bukan Bumiputera dan pelajar asing berbaur politik. Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), Profesor Emeritus Tan Sri Dr Ismail Hussein, berpendapat cadangan itu sangat “relevan" dengan sikap Pakatan Rakyat yang tidak mempedulikan masalah yang dihadapi orang Melayu.
“Pihak pemerintah Selangor perlu selesaikan masalah perkauman yang semakin meningkat dan bukan menambahkan lagi kecurangan ekonomi, sosial dan pendidikan antara kaum,” katanya ketika dihubungi hari ini. Abdul Khalid ketika mencadangkan perkara itu dua hari lalu berkata, langkah itu akan dapat mempertingkatkan kualiti pendidikan dan persaingan di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi itu. Dr Ismail berkata semua pihak perlu sedar UiTM dibina untuk menyelesaikan sebahagian daripada kecurangan yang wujud di kalangan orang Melayu dan Bumiputera. Presiden Majlis Belia Malaysia Datuk Shamsul Anuar Nasarah pula berkata, kenyataan Abdul Khalid itu umpama ingin meraih sokongan daripada kaum bukan Melayu dalam Pakatan Rakyat.
“Kenyataannya berbaur politik. Bukan untuk menjaga kepentingan dan kualiti kaum Melayu. Mereka perlu faham matlamat penubuhan UiTM, iaitu untuk memberi kemahiran kepada pelajar Bumiputera sejak dari awal penubuhannya,” katanya. Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Datuk Reezal Merican Naina Merican pula menyifatkan perbuatan Abdul Khalid seperti mengkhianat amanah teras orang Melayu. “Seharusnya orang Melayu membuka mata dengan kenyataan Tan Sri Abdul Khalid. Saya juga percaya UiTM tidak pernah berkompromi soal merit dan pencapaian para pelajarnya walaupun ia diwujudkan khusus untuk kaum Bumiputera,” katanya. Reezal berkata dakwaan Abdul Khalid bahawa langkah membuka peluang kepada kaum bukan Bumiputera memasuki UiTM itu sebagai satu usaha untuk wujudkan persaingan yang sihat adalah cadangan tidak berasas.
Tokoh sejarah Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim berkata cadangan Abdul Khalid itu sepatutnya tidak menjadi isu kerana perkara itu pernah dibangkitkan dan cuba dilaksanakan beberapa tahun lalu. Bagaimanapun beliau berkata, cadangan itu tidak mendapat sambutan daripada kaum bukan Bumiputera kerana mereka kurang senang berada dalam universiti yang didominasi oleh satu kaum saja. - Bernama
Pendapat PJ
Inikah PKR dan PAS Melayu mahukan ?? Inilah realitinya pemimpin Melayu PR sanggup mengadaikan apa-apa yang dimiliki oleh bangsa sendiri untuk perjuangan politik peribadi. Cuba anda bayangkan apa akan terjadi apabila kuota pelajar Melayu ini di hapuskan atas alasan keadilan dan kesamarataan ? Sanggupkah kita lihat generasi akan datang hanya tersekat di tingkatan lima sahaja ? Dapatkah kita bayangkan betapa peritnya kita nanti untuk membiayai adik dan anak kita nanti untuk melanjutkan pelajaran di menara gading ? Walaupun ada pinjaman pelajaran tetapi ia harus di bayar selepas tamat belajar. Sekurang-kurangnya orang Melayu yang berkelayakan dapat belajar di IPTA kerana yuran yang lebih rendah jika di bandingkan dengan IPTS.
Kepada penyokong PKR dan PAS haruslah berfikir dengan bijak dan jangan marahkan UMNO anda sanggup melepaskan apa sahaja yang anda ada bagi merealisasikan agenda pemimpin anda.

Monday, August 11, 2008

Singapura besarkan rumah api Pulau Pisang

PONTIAN: Singapura dipercayai sudah melakukan kerja pembesaran kawasan rumah api di Pulau Pisang, yang ditadbir oleh Pihak Berkuasa Pelabuhan dan Maritim (MPA), bermula sejak awal 1980-an lagi, menurut waris pemilik kebun buah-buahan di pulau itu. Seorang waris terbabit, Zaiful Ismail, 39, berkata, usaha republik berkenaan turut meliputi kerja membesarkan jeti persendirian miliknya dan laluan daripada jeti ke rumah api terbabit. “Singapura sudah melakukan kerja pembesaran kawasan rumah api di Pulau Pisang itu sejak 1980-an lagi, tapi pihak berkuasa negara ini tidak menyedarinya, mungkin kerana isu rumah api Pulau Pisang tidak sehangat pada ketika itu, berbanding masa ini.”


Pendapat PJ

Seharusnya kerajaan mengambil tindakan yang segera mengkaji perjanjian yang di buat dengan Singapura mengenai kedudukan rumah api di Pulau Pisang. Semua rakyat Malaysia termasuk saya sedih dengan keputusan ICJ yang memberi pemilikan Pulau Batu Putih kepada Singapura, walaupun terlalu banyak fakta-fakta yang membolehkan Malaysia mempunyai kedaulatan terhadap pulau tersebut. Berita baik untuk Singapura untuk meluaskan negaranya dan tentunya berita buruk untuk kita kerana laluan kapal-kapal dagang yang menjadi cetek dan sempit. Ini akan memberi kesan jangka panjang kepada negara kita.

Berita sedih Pulau Batu Putih adalah satu pengajaran kepada kita supaya sentiasa menjaga kedaulatan negara kita. Kerajaan harus bertindak segera memacakkan bendera Malaysia atau membina apa sahaja di pulau-pulau kecil yang berada di perairan negara bagi menunjukkan ia di miliki oleh Malaysia. Jika tidak,sejarah Pulau Batu Putih akan berulang dan kita akan berputih mata lagi.

Saturday, August 9, 2008

Nik Aziz nafi wujud kronisme

KOTA BAHARU: Kelantan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menafikan sebarang kronisme diatas perlantikan menantu lelakinya, Ariff Fahmi Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Corporation (CEO). “Saya lantik dia, bukan kerana dia menantu lelaki saya, tetapi kerana dia berkelayakan untuk pekerjaan,” kata Nik Aziz kepada pemberita setelah merasmikan Forum Rangkaian Perniagaan Islam Antarabangsa (International Muslim Business Network Forum) di sini hari ini. Beberapa pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR) dilaporkan telah mengunjungi pejabat beliau. Nik Aziz berkata dia bersetuju untuk bekerjasama sepenuhnya dengan BPR atas siasatan pada perlantikan tersebut. - Bernama
Pendapat PJ

Tergelak sendirian saya apabila Nik menyatakan ““Saya lantik dia, bukan kerana dia menantu lelaki saya, tetapi kerana dia berkelayakan untuk pekerjaan,”. Kalau selama ini PAS melemparkan tuduhan kronisme jika terdapat saudara mara pemimpin UMNO yang megetuai atau memegang jawatan penting dalam dalam GLC atau mendapat tender-tender kerajaan. Kenapa sekarang ini Nik Aziz mengatakan menantunya berkelayakan untuk memegang jawatan CEO di Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Saya berpendapat inilah jawapan yang paling tidak masuk akal oleh Nik Aziz apabila dalam keadaan terdesak mempertahankan perlantikan menantunya itu. Itulah realitinya PAS sekarang ini sudah pandai berdolak dalik dan semakin tidak relevan.....

Friday, August 8, 2008

Bar Council Terlalu Angkuh Dan Sombong

Terasa sakit hati apabila mendapat tahu Majlis Peguam terlalu angkuh meneruskan forum mengenai memeluk Islam dan secara tidak langsung menyentuh perlembagaan persekutuan mengenai agama Islam. Walaupun mendapat berbagai reaksi daripada NGO dan , parti politik ( tolak PKR, DAP dan Hindraf) menyatakan dengan tegas penganjuran ini menyentuh sensitivi umat Islam di negara kita. Majlis peguam merasakan mereka ini kebal di sisi undang-undang kerana menyangkakan merekalah peguam yang terhebat yang sudah khatam selok belok undang-undang.
Jika mereka merasakan sudah hebat dan bijak seharusnya mereka lebih peka dan tidak menimbulkan kemarahan orang Islam. Adakah benar mereka ini orang suruhan pihak-pihak tertentu ?? Majlis Peguam sepatutnya bertindak melindungi dan menerangkan kepada orang ramai supaya menghormati undang-undang dan bukannya pencetus kemarahan orang ramai.
Saya mengharapkan semua peguam-peguam yang beragama Islam memboikot Majlis Peguam dan kepada orang Islam seharusnya anda tahu selepas ini pejabat peguam yang mana anda harus pergi untuk mendapatkan apa-apa khidmat guaman.
Kepada anda di luar sana jangan lupa menghadirkan diri menyertai rakan-rakan NGO yang lain membantah penganjuran forum “ Memeluk Islam “.

Wednesday, August 6, 2008

Polis serah sapina kepada Anwar

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Brickfields, Deputi Supritendan Jude Pareira menyerahkan sapina kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di kediamannya di Segambut Dalam di sini pada pukul 12.05 tengah hari ini. Pegawai polis berkenaan tiba di rumah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dengan sebuah kereta peronda dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.
Beliau berada di rumah Anwar selama 15 minit untuk menyerahkan sapina tersebut yang menghendaki Anwar berada di Mahkamah Majistret di Jalan Duta, esok.
Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh
Penamaan Calon - 16 Ogos 2008
Hari Mengundi - 26 Ogos 2008

Monday, August 4, 2008

Permatang Pauh tiket Anwar ke Putrajaya atau .......

Permatang Pauh tiket Anwar ke Putrajaya atau tiket untuk kemusnahan bangsa Melayu ? PR begitu yakin tarikh 16 September 2008 adalah hari berakhirnya pemerintahan BN dan mereka akan mengambil tampuk pemerintahan negara dan kepada umat Melayu yang masih mempunyai harga diri dan masih ingat sejarah bangsa ia mungkin satu malapetaka besar terhadap bangsanya.
Saya juga berpendapat tidak perlu menaruh harapan jika Anwar menjadi PM maka secara automatiknya hidup kita akan berubah menjadi senang dan tidak perlu berusaha. Bangsa kita boleh menjadi bangsa yang hebat dan disegani oleh bangsa lain jika pandai mengambil kesempataan dengan peruntukkan-peruntukkan yang telah tersedia oleh kerajaan akan tetapi majoriti bangsa kita mempunyai cita-cita tetapi malas untuk berusaha. Tidak perlu kita mengandaikan bahawa kerajaan sedia ada tidak membela nasib orang Melayu akan tetapi jika anda memberi tiket kepada Anwar menjadi PM maka anda patut berterima kasih kepada beliau kerana menyedarkan anda daripada mimpi-mimpi indah selama ini. Mengapa saya berkata begitu ? kerana penyokong PR khususnya orang Melayu yang selama ini menyalahkan kerajaaan BN yang kononnya membuat mereka derita dan menindas mereka selama ini akan mulai sedar dan merasai apabila hak-hak mereka yang selama ini mereka kecapi akan di kongsi bersama-sama. Kuota anak melayu memasuki IPTA, biasiswa, pemilikan rumah, agensi-agensi di bawah DEB akan di hapuskan kononya untuk keadilan dan hak kesamarataan bagi semua rakyat ? Inilah prinsip dan wadah perjuangan PR adakah anda sedar wahai bangsaku !!!
Kepada pengundi Permatang Pauh jika masih sayangkan bangsa anda, masih mahu anak-anak anda menikmati apa yang anda kecapi sekarang maka buatlah pilihan dengan bijak. Kerana setiap undi anda menentukan pendirian dalam mempertahankan maruah bangsa Melayu.