PJ : Saya ucapkan ribuan terima kasih jika anda membaca pendapat peribadi yang ingin saya kongsikan bersama-sama dengan anda-anda semua. Saya hanya akan memaparkan komen-komen yang beretika sahaja.


Thursday, July 31, 2008

PAS Perak Membuat Laporan Polis Terhadap Tajol Rosli

IPOH, 30 Julai (Hrkh) - PAS Perak hari ini akan membuat laporan polis ekoran tawaran Bekas Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali yang mengajak PAS membentuk kerajaan bersama Umno di negeri itu dengan janji untuk memberikan jawatan Menteri Besar.
Dalam laporan sebuah akhbar semalam,Tajol dikatakan membuat tawaran itu sebagai merealisasikan saranan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini dengan membubarkan kedua-dua parti dan menyatukannya menjadi sebuah parti tunggal.
Menurut laporan akhbar tersebut lagi, Tajol menawarkan PAS menjadi Menteri Besar dalam kerajaan baru itu dan bagi dirinya tidak duduk dalam kerajaan negeri.
Sehubungan itu, PAS Perak menolak segala tawaran tersebut dan menganggap ianya adalah satu tindakan 'rasuah' dan patut diambil tindakan dengan membuat aduan laporan polis.
Pendapat PJ

Mengapa mahu membuat laporan polis sedangkan tawaran Tajol Rosli adalah pelawaan terbuka kepada PAS untuk berkerjasama sama dengan BN untuk memerintah negeri Perak. Ia terpulang kepada pihak PAS samada mahu menerimanya atau tidak. Pihak pimpinan PAS harus memantau perkara ini kerana ia boleh menyebabkan pepecahan terhadap parti PAS sendiri. Presiden PAS juga harus memberi penerangan kepada ahli-ahlinya supaya bertenang dan jangan bertindak terburu-buru kerana ia memberikan impak yang besar keatas parti PAS sendiri.

Saya juga berpendapat Tajol Rosli tidak akan membuat tawaran tersebut jika Nik Aziz secara terangan menyatakan UMNO dan PAS perlu di bubarkan dan bergabung dibawah satu parti. Jika selama ini para pemimpin PAS dan ahlinya amat menyanjungi Nik Aziz mengapa tidak sekarang ? Adakah mereka merasakan Nik Aziz tidak lagi relevan dan Haji Hadi patut disingkirkan ?.

Dari permerhatian saya juga mendapati kebanyakkan penyokong PAS dan UMNO mempersetujui dengan saranan Nik Aziz ini. Jika diawal muzakarah @ muqabalah Nik Aziz memberikan komen yang agak kurang baik akan tetapi selepas beberapa hari beliau memberikan buah fikiran yang begitu memeranjatkan termasuklah saya. Mungkin beliau sudah mendapat merasakan bahawa PR @ Pakatan Rahsia bukanlah platform yang terbaik untuk parti PAS memperjuangkan dan memertabatkan Islam dan juga membela nasib orang Melayu.
Sudah tentunya suara tidak puas hati daripada sekutu PAS sendiri iaitu DAP atas perkembangan ini akan tetapi dalam hal ini PAS harus membuat keputusan berlandaskan perjuangannya kerana sudah ramai penyokong sudah meragui PAS kerana selepas PRU12 seolah-olah perjuangannya sudah tenggelam. Jika keputusan PAS untuk menerima tawaran daripada Tajol Rosli maka satu perkembangan yang positif kepada rakyat Perak dan jika tidak sudah tentunya PRU13 akan memberikan jawapan kepada PAS.

Tuesday, July 29, 2008

Haji Hadi : PAS bersedia bagi menjayakan muzakarah dengan Umno ini demi kebaikan umat islam dan bangsa Melayu di Malaysia.


Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Sun Jul 20, 08 11:57:32 pm MYT
PAS tidak menafikan bahawa memang telah ada pertemuan antara pimpinan tertinggi parti dengan YAB Perdana Menteri yang juga selaku Presiden Umno, bagi membincangkan isu-isu kepentingan bersama berkaitan umat Islam dan bangsa Melayu.

Perjumpaan pertama dengan YAB Perdana Menteri berlaku sejurus selepas PRU ke 12 yang lalu yang melibatkan Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Nasharudin Mat Isa; Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustapha Ali dan ahli parlimen Shah Alam,YB Hj Abd Khalid Samad. Pertemuan ini telah pun dilaporkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulamak PAS.

Berikutan itu Majlis Syura Ulamak PAS telah mengambil ketetapan bersetuju sebulat suara merestui Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung PAS bagi mempertingkatkan usaha yang bersungguh-sungguh dalam menyatupadukan umat Islam dan rakyat Malaysia berlandaskan Islam.
Sehubungan dengan ketetapan itu pertemuan telah diadakan lagi di bangunan Parlimen yang melibatkan Timbalan Presiden PAS dan YAB Perdana Menteri, yang telah dilaporkan kepada saya dan Majlis Syura Ulamak. PAS bersedia bagi menjayakan muzakarah dengan Umno ini demi kebaikan umat islam dan bangsa Melayu di Malaysia. - mr/mks.
20 Julai 2008,Presiden,Parti Islam Se Malaysia (PAS)._

Sunday, July 27, 2008

Terima hakikat hak keistimewaan Melayu

PULAU PINANG 26 Julai - Rakyat Malaysia perlu menerima hakikat bahawa orang Melayu mempunyai hak keistimewaan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan negara. Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), Datuk Seri Mohd. Yusoff Latiff berkata, perkara yang menyentuh hak itu jangan diungkit atau dicabar kerana ia boleh membangkitkan kemarahan orang Melayu.
Tegas beliau, rakyat terutama golongan muda diingatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan agenda pihak tertentu yang lebih utamakan politik daripada kepentingan perpaduan masyarakat majmuk di negara ini.
''Bukan bermaksud kaum lain di negara ini dipinggirkan dan sebagainya, tetapi mereka perlu menerima hakikat bahawa orang Melayu mempunyai hak keistimewaan yang tidak boleh dipersoalkan lagi.
''Kita tidak berhasrat atau berniat untuk bergaduh, cuma mempertahankan hak yang sudah termaktub dalam perlembagaan dan ini yang mereka betul-betul perlu faham sampai bila-bila," katanya pada majlis perjumpaan bersama lebih 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menubuhkan Majlis Muafakatan Melayu Pulau Pinang (MMMPP) di bangunan Pemenang, di sini hari ini.
Pendapat PJ
Satu lagi suara lantang daripada anak Melayu yang mempertahankan hak keistimewaan Melayu.
Syabas Datuk Seri Mohd. Yusoff Latiff dan saya berharap agar lebih ramai lagi pemimpin Melayu tampil memberikan peringatan kepada mereka-mereka yang cuba menganggu gugat dan mempertikaikan hak-hak kita.

MTRK akan hantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong

KOTA BHARU 26 Julai - Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) akan menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong memohon baginda melindungi hak keistimewaan bumiputera berhubung pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, MTRK memutuskan ketetapan itu dalam mesyuarat hari ini sejajar dengan kuasa yang ada pada baginda dalam perlembagaan bagi memastikan hak bumiputera tidak terus dirombak.

''Adalah suatu yang membimbangkan apabila hak untuk bumiputera terpaksa digadaikan dan kini semakin lantang kedengaran suara-suara yang mempersoalkan segala keistimewaan itu.
''Ekoran kerajaan masih mempertahankan kuota biasiswa JPA yang ditetapkan iaitu cuma 55 peratus untuk bumiputera dan 45 peratus bukan bumiputera, maka kita mengutus surat kepadaperkauman, walaupun kalangan pimpinan Melayu tidak begitu berani memperkatakan secara terbuka.

''Kami cuma mengharapkan agar kepentingan Melayu dan bumiputera keseluruhan tidak terus dicabar dan terhakis. ''Ia selaras dalam penyusunan semula masyarakat di bawah Dasar Ekonomi Baru dan pada masa yang sama, kita ingin melihat seluruh kaum lain tidak terabai, tetapi bukan dengan mengambil hak yang sedia diperuntukkan oleh perlembagaan," katanya.
baginda dan juga Majlis Raja-Raja Melayu." ujarnya. Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau berkata, isu yang berbangkit itu tidak harus dilihat sebagai suatu sikap


Pendapat PJ


Saya menyokong Majlis Tindakan Rakyat Kelantan dalam mempertahankan hak orang Melayu dan bumiputera agar tiada lagi suara yang berani mengatakan ia menindas bangsa lain. DEB di wujudkan atas persetujuan pemimpin-pemimpin kaum selepas peristiwa 13 Mei 1969. Ia mencakupi semua kepentingan semua bangsa di Malaysia untuk merapatkan jurang perbezaan ekonomi antara kaum.


Gejala murtad tinggi

Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRANmizan@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Gejala murtad di kalangan orang Melayu kini di tahap membimbangkan. Itu pendedahan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Mohd Nakhaie Ahmad, berdasarkan satu kajian Yadim berhubung isu murtad tahun lalu.Menurut Mohd Nakhaie, meskipun kajian itu mendapati gejala murtad di kalangan saudara baru mencatat jumlah tertinggi, tetapi jumlah orang Melayu yang murtad juga membimbangkan.“Walaupun kebanyakan orang yang murtad ini daripada saudara baru.. masuk agama Islam dan kemudian kembali ke agama asal, ada juga orang Melayu yang mula (memilih untuk murtad).“Saya tak kata sedikit (jumlahnya), tetapi ia membimbangkan,” katanya yang tidak menyatakan jumlah orang Melayu yang murtad,” katanya.
Mohd Nakhaie berkata demikian selepas merasmikan Seminar Peperangan dan Kesengsaraan Umat Islam Iraq anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), di sini, semalam. Turut hadir, Presiden Isma, Abdullah Zaik Abd Rahman. Seminar itu turut mengundang wakil Nahrain Relief Foundation For Development Iraq, Dr Alla Makki untuk memberi gambaran sebenar keadaan di Iraq.Dalam nada kesal, Mohd Nakhaie berkata, satu ketika dulu sukar melihat orang Melayu murtad kerana mereka masih sayang pada agama, tetapi hari ini situasinya berbeza.“Dulu susah untuk lihat orang kita murtad. Walaupun orang (Islam) itu samseng, tapi kalau kita kata dia bukan Islam, dia (sampai ke tahap sanggup) tumbuk... dia marah walaupun dia samseng.“Sekarang ini ada di kalangan terpelajar, penuntut universiti murtad (dan mereka) daripada kalangan orang Melayu,” katanya.
Pada Julai 2006, Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, membuat kejutan apabila mendakwa 100,000 umat Islam di negara ini murtad.Harussani dipetik sebagai berkata, jumlah terbabit diperoleh menerusi kajian sekumpulan Melayu profesional dan intelektual.
Pendapat PJ
Kerajaan harus mengambil tindakan yang lebih proaktif untuk membendung gejala ini kerana ia sudah di tahap yang sangat ktitikal. Isu Murtad tidak boleh di ambil remeh temeh kerana ia boleh menjadikan Islam sebagai agama yang lemah.

Saturday, July 26, 2008

Rakyat perlu yakin pada usaha kerajaan tangani masalah ekonomi - Tan Sri Nor Mohamed

26/07/2008 5:47pm
BUTTERWORTH 26 Julai — Kerajaan sentiasa ikhlas, jujur dan sedia mengambil tindakan berani dalam melaksanakan pelbagai usaha bagi membantu rakyat menghadapi sebarang masalah, khususnya berkaitan dengan ekonomi. Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata kesungguhan dan keberanian kerajaan selama ini terbukti apabila ia berjaya berjaya membantu rakyat mengharungi pelbagai krisis ekonomi yang dihadapi negara, yang kini dilihat seakan-akan melanda setiap 10 tahun sekali.
Beliau berkata selepas 12 tahun negara mencapai kemerdekaan, ia menghadapi ujian pertama pada 1969, diikuti krisis ekonomi pada tahun 70-an berikutan kenaikan harga minyak dunia, kemudiannya kejatuhan harga komoditi pada tahun 1986, krisis kewangan pada tahun 1997 dan kenaikan harga minyak dunia sekali lagi pada tahun ini.
“Sekali pandang, ia nampak seperti dirancang pihak tertentu yang seolah-olah mahu menolak negara kita ke belakang setelah mampu mencapai pelbagai kemajuan dalam tempoh yang singkat iaitu 50 tahun,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Pembangunan Usahawan dan pejabat Tekun Nasional kawasan Parlimen Tasek Gelugor di sini. “Mungkin secara kebetulan itu berlaku, atau mungkin juga ada ’tangan ghaib’ yang mahu melihat kita gagal dalam usaha membangunkan negara, bangsa dan ekonomi,” tambahnya.
Nor Mohamed berkata setelah dijajah pelbagai bangsa selama 446 tahun, sejak tahun 1511 lagi, kerajaan berjaya mengembalikan maruah negara dan bangsa dengan membawa pelbagai kemajuan dan pembangunan dalam tempoh 50 tahun sahaja. Beliau berkata kerajaan mewujudkan pelbagai dasar selepas setiap kali krisis berlaku, antaranya Dasar Ekonomi Baru (DEB), perbankan Islam, dasar kewangan, penubuhan agensi seperti Tekun Nasional, MARA dan sebagainya untuk faedah dan manfaat rakyat.
“Malaysia berjaya melalui pelbagai cabaran itu berkat keikhlasan kerajaan dan keyakinan keyakinan rakyat. Tempoh 50 tahun akan datang pasti lebih mencabar. Apapun yang berlaku, kerajaan akan mengambil pelbagai langkah untuk memastikan rakyat selesa walaupun dalam kesusahan,” katanya.
Pendapat PJ
Saya berpendapat Tan Sri Nor Mohamed adalah pencorak hala tuju ekonomi Malaysia. I salute you Tan Sri ...

Muzakarah @ Muqabalah UMNO - PAS Berita Buruk Kepada PKR Dan DAP

Akhirnya Nik Aziz sudah lembut hati dan dapat menerima hakikat bahawa pertemuan PAS dan UMNO adalah sesuatu yang perlu bagi memperbaiki dan mempertahankan bangsa Melayu dan Islam. Jika di awalnya kita dapat melihat beliau agak terkilan dengan tindakan Haji Hadi yang membelakangkan beliau dalam membuat keputusan bertemu dengan UMNO. Terdapat segelintir pemimpin PAS dan ahlinya mendesak agar perbincangan ini adalah harus selepas tidak berpuashati dengan tindakan yang dilakukan oleh sekutu-sekutu PAS.

Saya juga berpendapat bahawa Haji Hadi dapat merasakan bahawa sokongan orang Islam yang majoriti orang Melayu begitu merosot terhadap PAS kerana perjuanganya semakin tenggelam selepas PRU12. Haji Hadi juga dapat melihat bahawa penyokong-penyokongnya sudah mulai gusar sekiranya PR berjaya “ menakluki “ Putrajaya pada September bermakna malapetaka besar kepada orang Melayu dan agama Islam. Walaupun pada zahirnya PAS berkata hubungan perkahwinannya dengan sekutunya tidak goyah dan semakin kukuh namun pada hakikatnya ia semakin renggang dan tidak kerterlaluan kalau saya katakan sedang menuju perceraian kerana ideologi dan perjuangan masing-masing adalah berbeza.

Saya juga berpendapat tidak kira sesiapa yang “ meminang “ siapa dalam Muzakarah ini kerana yang paling penting hak-hak orang Melayu dan agama Islam dipertahankan dan memperbaiki kelemahan yang ada. Kedua-dua pihak tidak perlu ego dan perlu bertolak ansur untuk mencapai matlamat yang hendak di capai. Jika PAS terlalu angkuh dan UMNO terlalu ego maka Muzakarah ini tentunya sia-sia dan membuang masa dan akan memalukan orang Melayu sendiri dan sudah tentunya berita baik untuk DAP dan PKR.

Wednesday, July 23, 2008

Anwar bertemu komuniti diplomatik

Pendapat PJ

Saya berpendapat Anwar cuba memancing sokongan orang asing dengan mengadakan forum bersama wakil kedutaan asing untuk mencapai matlamatnya menjadi PM pada September ini. Beliau seolah-olah menjemput mereka-mereka ini untuk campurtangan dalam hal ehwal dalam negara kita yang sememangnya amat di nantikan oleh mereka. Tidak keterlaluan saya katakan selepas ini beliau mempunyai banyak pilihan untuk berlindung jika sesuatu menimpa keatasnya. Masalah poilitik Malaysia sudah tersebar di seluruh di dunia dengan “ cara yang terlalu kreatif “ yang digunakan oleh Anwar.

Terlalu banyak perkara yang pelik beliau lakukan seperti berlindung di kedutaan asing, laporan Qazaf di Jawi, tidak hadir soal siasat polis sehinggakan waran tangkap di keluarkan, isu di bogelkan semasa pemeriksaan di HKL dan tidur atas lantai simen dan yang terbaru bertemu dengan wakil-wakil kedutaan asing dan lain-lain lagi.

Satu soalan di fikiran saya kenapa beliau bersungguh mahu mempromosikan tuduhan liwat kepada orang luar sedangkan kes masih di dalam siasatan, kenapa mahu berkata ialah adalah fitnah sedangkan mahkamah belum lagi membicarakan kes ini. Saya merasakan mesti ada sesuatu yang tidak kena dengan tindak-tanduk beliau, kerana jika sebelum ini saya percaya kes liwat ini adalah Pakatan Rahsia antara beliau dan Saiful akan tetapi tingkah laku beliau seakan-akan mengatakan tuduhan tersebut adalah benar. Anwar tidak perlu berkongsi pandangan mengenai kedudukan ekonomi dengan wakil-wakil kedutaan asing kerana beliaulah salah satu penyebab utama kelembapan ekonomi dengan menghuru-harakan kestabilan politik. Tidak di nafikan bahawa faktor luar negara turut memberi kesan terhadap kelembapan eknomoi negara kita tetapi faktor dalaman adalah satu faktor yang amat kuat yang boleh meranapkan ekonomi Malaysia.

Saya juga berpendapat bahawa beliau tidak dapat menerima hakikat bahawa PRU12 yang lalu PR gagal mengambilalih pemerintahan negara. Siapa yang menjadi mangsa di atas sikap beliau ? KITA yang bergelar rakyat termasuklah penyokong-penyokong fanatik beliau. Jika beliau seorang pemimpin yang baik, beliau akan turut membantu kerajaan yang sedia ada untuk memajukan ekonomi negara, menarik pelabur-pelabur asing menambah/ menanam modal di negara kita, dengan itu ia akan membuka lebih banyak peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat dan seterusnya dapat memperbaiki taraf hidup rakyat. Kalau beliau seorang yang hebat beliau dapat mengawal penyokong-penyokong fanatiknya untuk berfikiran lebih berusaha memperbaiki taraf hidup akan tetapi beliau menaman sikap malas dengan insentif-insentif yang beliau janjikan jika menjadi PM. Fikir-fikirkan ……

Monday, July 21, 2008

Adakah DEB Gagal ??

Apabila ada masa kelapangan saya menggunakan carian GOOGLE dengan menaip politik Melayu maka begitu banyak keputusan carian dipaparkan di skrin. Secara rawak saya akan memilih mana-mana blog dan membacanya dan kadangkala membuat komen terhadap beberapa isu dan pendapat yang di paparkan termasuklah blog yang PRO PR dan UMNO sendiri. Tetapi saya lebih tertarik melayari blog-blog Pro PAS dan PKR kerana ingin mengetahui pandangan dan pemikiran mereka mengenai orang Melayu dan Islam.

Komen yang saya berikan kadang kala di hentam dan di kecam dengan hebat sekali oleh mereka-mereka yang tidak berpuashati dengan pendapat yang saya lontarkan. Malah menyelar saya berfikiran seperti zaman penjajah dan ada kala mengatakan saya di upah oleh pihak tertentu. Saya begitu sedih sekali apabila blog-blog Pro-PKR dan PAS ini yang rata-ratanya menganggap Dasar Ekonomoi Baru dan Hak Keistimewaan Orang Melayu adalah punca kemunduran bangsa Melayu. Malah ada yang berkata selama ini orang Melayu diberikan tongkat yang membuatkan mereka tiada usaha untuk memajukan diri.

Saya memang tidak menafikan mungkin wujudnya unsur-unsur penyalahan kuasa di peringkat pelaksanaan akan tetapi kita mesti mengakui perkara ini tidak boleh dihapuskan kerana wujudnya manusia-manusia yang tidak jujur dengan amanah yang diberikan. Kalau kita fikirkan dan renungkan maka kita dapat melihat pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru banyak membantu usahawan Melayu berjaya di dalam perniagaaan, kewujudan FELDA dan MARA. Wajar kalau saya berikan gelaran Insan Lupa Diri kepada mereka-mereka yang menyokong memansuhkan DEB dan Hak Keistimewaan Orang Melayu kerana mereka telah dipengaruhi dengan agenda kesamarataan @ masayrakat madani. Yang hairanya juga menyatakan Inggeris sengaja menempatkan orang Melayu di kampung-kampung bagi memundurkan orang Melayu. Kita mesti megakui bahawa orang Melayu adalah majoriti terbanyak memiliki tanah di semenanjung Malaysia adakah rasional untuk mereka-mereka ini menjual tanah-tanah mereka ini kepada bangsa lain dan berpindah ke Bandar. Saya percaya jika orang Melayu dahulu berfikiran seperti Insan Lupa Diri maka semua tanah-tanah Melayu di kampung habis tergadai dan di jual kepada bangsa lain. Masih saya ingat semasa saya kecil lagi begitu banyak orang cina datang bercucuk tanam di tanah-tanah kosong yang di pajakan oleh orang Melayu kepada mereka. Ini jelas menunjukkan jika tiadanya Simpanan Tanah Melayu @ Malay Reserved saya yakin orang Melayu sekarang ini tidak mempunyai kampung dan hanya mendiami flat-flat kos rendah.

Insan Lupa Diri juga tidak mengambil iktibar apa yang terjadi dengan orang Melayu Singapura, apabila nasib mereka seumpama pendatang di tanah sendiri. Mungkin Insan Lupa Diri ini terikut-ikut dengan fikiran terbuka sehinggakan lupa sejarah dan tidak kisah nasib-nasib generasi yang akan datang.

Kesimpulanya ialah kadang kala begitu taksub kepada seseorang itu membuat orang Melayu yang befikiran senteng senang terpedaya dengan agenda mereka yang mempunyai motif yang tersirat. . Oleh itu kerajaan yang sedia ada haruslah memperkasakan bangsa Melayu dalam perlaksaan DEB dan kepada orang Melayu rebutlah peluang-peluang yang ada untuk memperbaiki taraf hidup bangsa kita. Tanamkan sikap suka menabung bagi tujuan pendidikan anak-anak yang mana apabila mereka ini berjaya kelak dengan automatiknya mereka dapat memberikan pendidikan yang lebih baik untuk cucu anda dan generasi yang seterusnya. . Dengan pendidikan bangsa Melayu dapat bersaing dengan bangsa lain.

Kita mesti ingat bahawa bangsa lain tidak memperjuang nasib orang kita kerana selama ini mereka amat memcemburi DEB dan Hak Keistimewaan bangsa Melayu. Jikalau DEB ini membuatkan bangsa Melayu lemah maka mereka-mereka ini tidak akan mencuba menghapuskanya. Fikir-Fikirlah ..

Sunday, July 20, 2008

Anwar tetap dakwa ditelanjang

KUANTAN: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang dalam siasatan polis atas tuduhan meliwat, tetap mempertahankan bahawa beliau telah ditelanjang dan diaibkan ketika menjalani pemeriksaan perubatan pada Rabu lalu. “Hospital (Kuala Lumpur) kata saya tak ditelanjang, (tapi) dia suruh buka baju, buka seluar, kemudian suruh buka seluar dalam, itu bukan namanya telanjang atau ada nama lain, bogel bukan telanjang,” katanya ketika menyampaikan ceramah politik di kampung Razali, dekat sini, malam tadi. Anwar berkata, beliau hairan bagaimana pihak Hospital Kuala Lumpur (HKL) mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak pernah ditelanjangkan ketika menjalani pemeriksaaan perubatan itu.

Pendapat PJ

Saya berpendapat Anwar telah berjaya memperolehi publisti yang meluas di dalam negara mahu pun di luar negara. Selepas dibebaskan dari tahanan polis setelah soal-siasat di jalankan beliau mendakwa ditelanjangkan semasa menjalani pemeriksaan di HKL. Saya merasakan beliau tidak boleh menjadikan ia sebagai publisti murahan untuk modal roadshownya. Tidak malukah beliau apabila orang mengambarkan bagaimana beliau dalam keadaan bogel ! Saya percaya jika benar seperti yang di dakwa oleh Anwar ia tidak perlu di jadikan isu kerana proses tersebut ada prosedur biasa yang melibatkan kes kesalahan seksual. Dijadikan cerita pula Anwar pula di liwat, adakah tidak perlu peliwat itu menjalani pemeriksaan. Janganlah kita semua disogok dengan cerita-cerita murahan oleh mereka yang bermotifkan kepentingan diri sendiri yang hanya membuang masa.

Saya berpendapat beliau merasakan sebagai bekas TPM dan patut dilayan seperti VVIP dengan layanan istimewa! Tidak perlu menjalani apa-apa ujian atau soalsiasat dan kalis daripada undang-undang sedangkan beliau selalu melaungkan keadilan dan kesamarataan kepada semua rakyat Malaysia. Jika benar beliau di bogelkan dan tidur di atas simen lokap ia adalah perkara biasa bagi seseorang tertuduh yang melakukan jenayah. Kenapa pula beliau mahu dilayan seperti VVIP ?. Kalau beliau yang memperjuangkan Keadilan tetapi tidak menghormati keadilan, haram untuk beliau untuk bercakap tentang keadilan.

Borak-Borak Dengan Penyokong Kuat PAS

Semalam saya di kunjungi oleh saudara saya yang berasal dari Kelantan dan beliau merupakan seorang Hard Core PAS semenjak dari bangku sekolah lagi. Semasa minum, saya bertanyakan kepada beliau adakah beliau setuju PAS berkawan baik dengan DAP dan adakah ini satu langkah yang betul untuk PAS. Beliau menyatakan tidak ada salah untuk PAS untuk berkawan dengan DAP kerana semua manusia adalah sama di disisi Allah dan tidak ada beza untuk kita belakangkan mereka kerana mereka berhak menikmati apa yang orang Melayu nikmati di Malaysia. Saya agak kehairanan kerana pada pertemuan yang lepas beliau agak tidak berpuashati bagaimana kerajaan BN telah mengayakan orang kafir dan mengatakan kerajaan sedia ada tidak bertanggungjawab sehinggakan orang Islam tertindas sedangkan orang kafir hidup senang lenang.

Saya bertanya lagi adakah beliau setuju sekiranya Anwar menjadi PM, Dasar Ekonomi Baru dan Hak Keistimewaan orang Melayu dihapuskan. Beliau berkata tidak menjadi masalah kerana kita masih ada raja dan sultan ! Saya agak terkejut apabila beliau berkata demikian sedangkan MBB Perak orang PAS sendiri pun tidak menyelar tindakan Karpal Singh dan Lim Kit Siang yang terang-terangan mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya kepada Sultan Perak malah mencabar agar beliau di kenakan tindakan undang-undang.

Soalan saya seterusnya kepada beliau jika DEB di mansuhkan, orang Melayu sukar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi seperti pusat-pusat pengajian yang di wujudkan dibawah DEB seperti UITM dan IKM. Peluang juga akan tipis untuk pelajar melayu untuk melanjutkan ke IPTA kerana persaingan dari bangsa lain. Beliau berkata tidak menjadi masalah kerana semua orang sama, siapa bijak dia boleh berjaya. Agak terkejut apabila menyatakan demikian seolah-olah agenda DAP telah meresapi kedalam pemikiran beliau.

Kesimpulan yang saya dapat adalah, PAS berjaya menyakinkan segelintir penyokongnya bahawa perkahwinan dengan DAP adalah langkah yang positif sedangkan segelintir penyokong yang merasakan mereka tertipu dengan angin perubahan PAS yang ternyata menrugikan orang Melayu dan Islam itu sendiri. Pada masa ini seolah-olah PAS mengalami detik-detik keretakan kerana wujudnya Team Nik Aziz dan Haji Hadi. Pengamatan saya mendapati keretakan ini wujud kerana tindakan Haji Hadi bermuzakarrah dengan UMNO mengenai Islam dan Melayu sedangkan Nik Aziz berkata mereka telah serik berkerjasama dengan UMNO dan tidak mahu ditikam dua kali. Saya merasakan Haji Hadi sudah dapat merasakan tindakan berkahwin dengan DAP dan PKR adalah tindakan yang merugikan orang melayu dan agama Islam.

Thursday, July 17, 2008

" Ternyata Dewan Rakyat bukan hak kepentingan individu tertentu "

Di petik dari Harakah bertarikh 14 Julai 2008

“ Tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak dalam kamar usul tidak percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, langsung tidak mengambil kira kepentingan rakyat yang perlu disegerakan. Usul tersebut telah difailkan oleh Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan diserahkan kepada Pandikar di pejabat beliau, pada 10 Julai lalu. Sebaliknya, Pandikar menolak usul tersebut dibawa ke dalam Dewan Rakyat, untuk dibentangkan Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Pematang Pauh, semalam “
Pendapat PJ

Ternyata Dewan Rakyat bukan hak kepentingan rakyat “ seperti yang di nyatakan kepada Wan Azizah adalah sesuatu yang tidak benar dan tidak benar kerana ia tidak mewakili majoriti rakyat Malaysia. Saya berpendapat sepatutnya lontaran ini berbunyi sebegini “ Ternyata Dewan Rakyat bukan hak kepentingan individu tertentu “ . Janganlah salahkan Speaker apabila beliau tidak menerima usul tidak percaya terhadap Pak Lah dengan mengunakan perkataan RAKYAT sebagai batu loncatan untuk memenuhi impian politik.
Usul yang membuag masa itu tidak harus di bangkitkan kerana pada PRU12 rakyat telah membuat pilihan walupun selepas itu mereka menyesal samada memberi undi kepada BN atau PR. Apa-apa keputusan pilihanraya yang mana teleh menyaksikan BN hanya menang tipis tapi dapat membentuk kerajaan di peringkat persekutuan. Tidak kurang hebatnya dengan PR yang mendapat kemenangan paling besar dalam sejarah Malaysia apabila menguasai lima negeri.
Kita sebagai rakyat tak perlulah terikut-ikut dengan ketamakan individu-individu yang mengambil kesempatan keatas kita yang paling penting terutamanya orang Melayu haruslah sedar jangalah terlalu leka berpollitik sehingga mengabaikan tanggungjawab mencari nafkah untuk hidup. Harus berusaha memajukan diri untuk bersaing dengan bangsa lain dan jangan ingat jika Anwar menjadi PM duit akan jatuh kepada anda. Kalau hebatnya seorang pemimpin itu kalau rakyatnya asyik menunggu dan tidak mahu memajukan diri, kerajaannya akan goyang dan tumbang.
Cuba tengok bangsa lain mereka sentiasa berusaha tanpa mengira penat dan jemu dan yang paling penting untuk mereka mencari wang untuk hari tua dan pendidikan anak-anak mereka. Kebanyakkan orang melayu kita hanya tahu politik .. politik .. dan akhirnya kita di cop bangsa subsidi .... dan sekiranya semua subsidi di tarik balik apa akan jadi ? Mungkin kita akan dicop pula sebagai bangsa meminta-minta .. Fikirkanlah

Opposition should help solve economic woes - MUST READ

MALAYSIANS are tired of being told over and over again by the Opposition that it can solve the escalating high fuel prices and hence reduce food costs only when it is in control of the Federal Government.
While the gullible may be taken in by this promise, others will realise that no individual or party can hope to achieve this impossible target. Anyone who can do this could become the world’s saviour with every country clamouring for such services. Even the rich nations are facing this plight and are in desperate search of ways to ease their people’s suffering.
Therefore there is no single formula to overcome the present economic and financial crisis due mainly to surging crude prices.Anyone who says they can do this is merely making a promise knowing they cannot deliver on this pledge.It is just a ploy to hoodwink people to achieve a political objective. It is also impossible to halt the rising demand for petrol, diesel and gas by motorists and meet the needs of industry and services.
It is consumer driven and the only way out of this dilemma is to use less fuels. Imported inflation is also responsible for higher production costs. Many products required by industry, agriculture and other users have to be imported and their prices will be determined by the global price of crude oil. These are all external forces completely out of the control of every country. The government may break its coffers to provide cheaper fuel but costs will still go up due to such external factors.
In any case, if the Opposition has the formula to reduce the cost of living, its leaders would be selfish to keep such solutions to themselves and let the people continue to suffer. The right thing for them to do is to share its ideas with the Federal Government, however distasteful this may be, if they had the people’s welfare at heart. They cannot say that they will do it only after they have captured PutraJaya before they implementing such measures to relieve the people’s hardship.
The fact is that they don’t and they are just misleading voters, which is rather insensitive. They should stop playing politics with such issues. Of course it is possible to do what they promised if they should use Petronas’ billions in reserves for this purpose. But how long will this last, perhaps five years at the most. What will happen in the end? In just a few years’ time, the government may not have the money to pay civil servants or pensions.
All development projects will grind to a halt and the same applies to other essential services such as health care, education and financial assistance to the lower income group and the hardcore poor. This is the only way the Opposition can fulfil such an election promise. But most probably by the time the Opposition becomes the government, its leaders, if they are prudent, will have no choice but follow the same polices of the Barisan in dealing with such economic problems.

Wednesday, July 16, 2008

Sanggupkah kita mengadaikan bangsa dan agama untuk 5 Kupang ??

Saya baru sahaja menonton siaran langsung debat di antara Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Datuk Seri Anwar Ibrahim di TV 9 sebentar tadi. Anwar memberi jaminan jika PR memerintah esok harga minyak akan di turunkan kepada RM0.50 @ 5 kupang !! Saya menjangkakan beliau akan menurunkan sekurangnya RM1.50 atau RM1.00 . Kalau hanya RM.050 orang Melayu dan Islam mahu menyerahkan dan mengadaikan hak-hak kita adalah sesuatu yang tidak masuk akal. Apakah rasionalnaya ?

Anwar juga menyatakan akan bertanding di kerusi parlimen dalam masa yang terdekat bagi merealisasikan impian mimpinya untuk menjadi PM Malaysia. Siapakah yang akan di korbankan bagi memenuhi cita-citanya itu, kita tunggu dan lihat. Dek kerana kemarukkan kuasa beliau menggunakan jalan pintas untuk ke Putrajaya. Kepada orang Melayu dan Islam, jika Anwar Ibrahim bertanding di kawasan parlimen anda pastikan anda tidak memberi undi kepada beliau. Undi kepada beliau bermakna anda menyokong kehancuran bangsa dan agama Islam. Jangan terpengaruh dengan janji-janji manis beliau kerana ia ternyata palsu seperti yang di lakukan oleh beliau semasa menjadi TPM dahulu. Jika beliau menang bermakna satu persatu hak keistimewaan orang melayu di rampas dan Islam akan dipermainkan oleh mereka-mereka yang kononnya pejuang kebebasan Pada waktu itu PAS pun tiada ada kuasa untuk menghalangnya kerana sudah tenggelam dengan agenda sekutu-sekutunya.

Seperti yang dikatakan oleh Ahmad Shabery Cheek , parti pembangkang boleh membuat berbagai janji untuk menarik sokongan rakyat tetapi dapatkah janji itu di tunaikan ? Ini telah terbukti dengan janji-janji pilihanraya apabila mereka tidak dapat menunaikan janji yang di taburkan apabila berjaya menguasai lima negeri. Alasan yang di beri peruntukan tidak mencukupi atau banyak penyelewangan berlaku pada kerajaan negeri yang terdahulu. Ini cukup jelas pada pendapat saya jika PR memerintah negara kita janji hanya tinggal janji atau mungkin akan di tunaikan apabila pilihanraya hampir tiba.


Syabas kepada Datuk Ahmad Shabery Cheek kerana saya berpendapat beliau berani mencabar Anwar yang umum mengetahui Anwar adalah seorang yang bijak berkata-kata tapi bukan seorang pelaksana. Sejarah menunjukkan 11 tahun yang lepas Anwar telah gagal menjadi TPM dana Menteri Kewangan yang dimana inflasi dan kadar faedah BLR meningkat kepada paras tertinggi.

Tuesday, July 15, 2008

Lompat Parti Pengkianatan Terhadap Pengundi

Saya amat tertarik dengan pandangan yang di lontarkan oleh Maulana Purnama yang di siarkan oleh Harakah pada hari ini mengenai isu lompat parti.

Petikan dari Harakah

“Dalam keadaan tertekan ini, sememangnya dapat dirasakan betapa perlunya Pakatan Rakyat menguasai kerajaan persekutuan. Dari segi politik, tindakan segera untuk mendapatkan kuasda adalah suatu yang bijak. Itulah yang dikehendaki oleh Anwar apabila melakukan rancangan untuk mengajak ahli-ahli BN melompat.
Tetapi adakah perkara ini berpatutan? Perlu diingat bahawa rakyat yang mengundi mereka itu sememangnya memilih BN. Maka adalah suatu pngkhianatan jika mereka melompat parti.
Pengundi tidak mengundi hanya kepada calon tetapi parti. Maka sebarang tindakan berpolitik harus mengambil kira aspirasi rakyat “


Jika sebelum ini PAS mempertahankan tindakan sekutunya berunding dengan ahli parlimen BN untuk melompat pagi bagi memgambilalih tampuk pemerintahan negara. Saya terfikir kenapa PR tidak boleh menunggu sehingga PRU13 ? Jawapan yang selalu di dengar hidup rakyat akan lebih terhimpit jika Malaysia di bawah BN.
Saya berpendapat rakyat di Malaysia telah matang dan masih percayakan sistem piihanraya dalam menentukan siapakah yang mereka sukai untuk menerajui pemerintahan negara. Saya berpendapat ini adalah agenda pucuk pimpinan parti-parti di bawah Pakatan Rakyat yang bersikap tamak haloba untuk menjatuhkan UMNO. Kalau kita lihat selepas PRU12 banyak isu yang di timbulkan bagi menarik perhatian dan sokongan rakyat untuk menjatuhkan kerajaan yang sedia ada.

Saya berpendapat isu lompat parti disiarkan oleh Harakah selepas bekas MB Perak menyatakan ada beberapa ADUN PR akan menyertai BN bagi mengekang jika ada ahli ADUNnya membuat Cross Over ke BN dan begitu juga DAP membuat laporan di pejabat BPR. Pelik tapi Benar itulah realitinya politik tanah air kita sekarang ini.

Saya berpendapat lompat parti adalah satu tindakan yang tidak beretika, mengkianati pengundi dan pentingkan diri sendiri apabila merasakan kedudukannya tergugat. Adalah wajar SPR membendung tindakan lompat parti dengan membuat pindaan terhadap akta pilihanraya bagi menjamin rakyat tidak tertipu dengan pilihan yang mereka buat di atas kertas undi.

Anwar-Shabery discussion live on three stations at 9pm

KUANTAN: The fuel price debate between Information Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek and Parti Keadilan Rakyat (PKR) de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim will be aired live on TV9, Astro Awani and Bernama TV. Ahmad Shabery said he preferred it not to be aired by RTM as this could be seen as him trying to seek popularity.

However, RTM could air the debate live if its director-general wished to, especially because RTM is available throughout the country, he told reporters after the official opening of the new state broadcasting complex here yesterday. The debate is organised by news portal Agenda Daily and will take place at Dewan Bahasa dan Pustaka in Kuala Lumpur at 8.30pm today.

Kerjasama Pakatan Rakyat dipertingkat lagi - Mursyidul Am

Muhammad Yusri Amin Mon Jul 14, 08 7:09:04 pm MYT
KOTA BHARU, 14 Julai (Hrkh) - PAS tidak akan merubah jalinan dengan parti-parti dalam Pakatan Rakyat termasuk KeADIlan dan DAP, malah mempertingkatkan lagi kerjasama sedia ada.



Pendapat PJ

Hmmm kehairannya saya apabila melayari harakah sebentar tadi, kerana kemarukkan kuasa PAS rela diperkudakan oleh DAP dan PKR. Dapatkah PAS mentarbiyah Keadilan dan DAP untuk mempersetujui agenda PAS ? Susah hendak difahami dengan PAS sekarang ini tapi apa yang ternyata ia sedang memakan dirinya sendiri. Wadah perjuangan hanyalah pada kata-kata yang boleh di jadikan hiasan semata , indah apabila di dengar di ceramah-ceramah dan tergaman seketika apabila membaca di harakah tapi perjuanganya kini semakin hanyut dan tenggelam hari demi hari. Ahli-ahli PAS sudah beransur-ansur hilang kepercayaan kepada PAS dan hati mula bertanya adakah patut menyokong PAS kerana apa yang aku harapkan selama ini hanyalah cita-cita yang tak mungkin kesampaian. Ini adalah harga yang di bayar oleh PAS kerana bersetongkol dengan PKR dan DAP.

The real negara Islam telah pergi di bawa angin monsun dan negara kebajikan hanyut bersama Tsunami. Kepada pemimpin yang bertaraf ulama ingin saya bertanya berbaloikah anda berkerjasama dengan DAP dan PKR dengan mengadaikan wadah perjuangan anda yang anda agung-agungkan selama ini. Saya berpendapat walaupun PAS bergerak secara solo Insyallah anda boleh memerintah Malaysia tanpa bersetongkol dengan PKR dan DAP.

Monday, July 14, 2008

PAS Bercerai Talak 4 Dengan PR ??

SHAH ALAM 13 Julai - Dewan Pemuda Pas Selangor akan akur dengan keputusan pucuk pimpinan parti itu sekiranya mereka mahu mengkaji semula kedudukan Pas dalam pakatan pembangkang termasuk di Selangor.
Ketuanya, Sallehen Mukhyi berkata, jika kajian semula hubungan Pas dengan parti pembangkang lain boleh mendatangkan kebaikan Pas pada masa depan, maka Dewan Pemuda akan mengikut langkah itu.
"Saya tidak mahu mengulas tentang kaji semula hubungan ini kerana segala keputusan dibuat oleh pucuk pimpinan Pas Pusat.
"Namun, kita tetap akur dengan segala keputusan oleh pucuk pimpinan yang dibuat sama ada untuk kekal ataupun keluar daripada pakatan pembangkang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas ura-ura Pas yang dikatakan mahu keluar daripada pakatan pembangkang berikutan timbul rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin parti itu yang merasakan rakan sekutu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP cuba membelakangi mereka.
Ini kerana, PKR dan DAP dikatakan tidak menghargai sumbangan dan peranan Pas selepas pilihan raya umum pada Mac lalu termasuk membelakangi parti itu dalam membuat keputusan walaupun mereka turut berada dalam pentadbiran kerajaan negeri seperti di Selangor dan Perak.
Malah, sentimen berkenaan dilihat semakin jelas apabila pemimpin Pas dikatakan sudah mencapai kesepakatan dalam isu dakwaan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mahu Penasihat PKR itu menyelesaikan dakwaan berkenaan secara bersendirian tanpa perlu melibatkan Pas.
Pendapat PJ

Jika ini benar berlaku ia adalah satu pertanda yang baik dan berharap sangat agar PAS kembali kepada landasan perjuangannya , samada secara solo atau mungkin kerjasama dengan UMNO. Jika dahulunya Hardcore PAS bercakap tentang hukum hakam sekarang ini tertunduk malu kerana kegopohanya pimpinanya untuk mendapatkan kuasa. PAS dan DAP ternyata perjuangan dan matlamatnya adalah sangat berbeza dan tak mungkin bersatu bak kata perpatah melayu “ air dan minyak, manakan bersatu “. Selepas PRU12 yang lalu ahli-ahli PAS hanya membisu dan mendiamkan diri apabila di tanya mengenai perkembangan semasa PAS. Mereka merasakan tertipu kerana PAS mengunakan Islam sebagai wadah perjuangan akan tetapi sekutu-sekutu PAS sedikit demi sedikit merampas apa yang mereka seolah-olah PAS tidak lagi memperjuangkan hak mereka dan agenda negara islam sudah terkubur walaupun ia di sangkal oleh pucuk pimpinan PAS tapi sekutunya menyatakan NO ISLAMIC COUNTRY.
Saya melayari Harakah dan Suara Keadilan sebentar tadi akan tetapi isu ini tidak di sentuh langsung tapi sebagai parti yang berlandaskan islam PAS harus keluar dari PR – Pakatan Rahsia kerana perjuanganya tenggelam bersama-sama rahsia yang tersirat di dalam agenda sekutu-kutunnya.

Friday, July 11, 2008

PAS Meminta Ahli Adakan Sembahyang Solat Hajat Selamatkan Kerajaan PR Di Perak

IPOH, 11 Julai (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang, merangkap Naib Presiden PAS meminta semua ahli PAS, penyokong dan pemimpin semua peringkat mengadakan solat hajat bagi memohon pertolongan Allah agar menyelamatkan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak daripada 'ditumbangkan' dan juga daripada usaha-usaha jahat pihak tertentu terhadap kerajaan negeri.
Melalui surat arahan yang dihantar ke seluruh PAS kawasan, beliau meminta rakyat yang cintakan keamanan dan kestabilan politik memohon pertolongan Allah agar memeliharakan Kerajaan Negeri Perak serta dijauhkan daripada usaha-usaha jahat musuh-musuh Islam.
Pendapat PJ

Saya berpendapat mengapalah PAS ini beria-ria nak mempertahankan kerajaan PR di Perak. Yang herannya pun PR di Perak di dominasikan oleh siapa. Kehairanan betul saya di buat dengan gelombang PAS yang terkeluar oleh landasan perjuangannya. Tahukah PAS orang Perak yang hardcore PAS dan PKR sudah tidak percaya dengan perjuangan kedua-dua parti tersebut. Orang Melayu Islam telah digula-gulakan oleh PAS sebelum PRU12 dan selepas PRU12 barulah mereka tersedar yang selama ini PAS hanya pandai berkata-kata mengunakan Islam bagi meraih undi mereka. Saya berpendapat PAS tiada guna anda hendak mempertahankan kerajaan PR di Perak kerana anda hanyalah pencukup kuota bagi PKR dan DAP menerajui Perak dan MBB Nizar hanyalah sebagai hiasan semata-mata.

Saya berpendapat adalah lebih baik jika semua orang Islam di Malaysia ini mengadakan sembayang hajat menumbangkan kerajaan PR di Perak dan meminta PAS sedar yang Pakatan Rahsia adalah sia-sia dan merugikan orang Islam, memohon Allah jauhi malapetaka di bumi Malaysia ini dan keamanan yang berterusan . Itulah sebaik-baiknya.

Insyallah

UMNO harus berubah untuk kepentingan orang Melayu dan Islam

Saya sebagai rakyat Malaysia berbangsa Melayu amat berharap agar BN dapat menawan kembali semua negeri-negeri dari pembangkang pada PRU13 nanti. Dari permerhatian saya, kebanyakkan rakyat sudah jemu dengan permainan politik PR.

Saya ingin membuat cadangan bagi memperkasakan UMNO agar balik ke landasan yang betul

1. Hentikan pertikian pendapat di dalam UMNO sendiri kerana pihak lawan menggunakan kelemahan UMNO ini sebagai bullet untuk menjatuhkan UMNO.
2. Hentikan perbalahan di Media Massa kerana macam mana hendak menarik orang Melayu sedangkan pemimpim-pemimpin bertelagah secara terbuka. Ini jelas dan nyata IMEJ UMNO sendiri tercalar kerana perbalahan ini, seperti perpatah melayu berkata “ Meludah ke langit Jatuh Ke muka kembali.
3. Memperbanyakkan aktiviti-aktiviti kemasayrakatan diantara pemimpim – pemimpim UMNO dengan masayrakat setempat seperti gotong royong, ceramah, sukaneka, majlis amal, majlis tahlil, kempen derma darah dan lain-lain lagi.
4. Pemimpin-pemimpin dalam UMNO haruslah sentiasa mempunyai imej yang baik, tidak cepat melatah dan berhati-hati semasa memberi komen terhadap isu-isu panas.
5. Jangan endahkan permainan politik Anwar Ibrahim kerana beliau hanya mahu meraih sokongan daripada rakyat dan juga perhatian daripada dunia luar. Apa yang saya tahu sekarang ini orang pun sudah cuak dengannya. Beliau hanya mahukan populariti.
6. Mengambil peranan mempertahankan keputusan yang dibuat oleh kerajaan. Apa yang saya perhatikan, orang UMNO sendiri mengkritik orang sendiri. Ini satu kelemahaan yang amat ketara di dalam UMNO sendiri.
7. Mengerakkan jentera-jentera di semua peringkat untuk mendapatkan ahli baru dan daftarkan mereka di SPR sebagai persediaan PRU13.
8. Menggunakan teknologi IT untuk menghubungkan ahli-ahli UMNO seperti email, blogs dan online forum bagi menyalurkan idea-idea bagi memperkasakan UMNO.
9. Mengerakkan jentera memberi ceramah di semua pelusuk negara bagi mengekang PR daripada menpengaruhi rakyat.
10. Memujuk Dr M agar kembali kepada UMNO dan jadikan beliau sebagai Penasihat Parti dan Penasihat Negara, agar keyakinan terhadap UMNO kembali teguh dan utuh bagi menghadapi pihak lawan yang sentiasa mencari kelemahan UMNO itu sendiri.

Walaupun saya tidak pernah menjadi ahli mana-mana politik, tapi saya dapat merasakan hanya UMNO sahaja dapat mempertahankan bangsa Melayu yang semakin hari semakin berpecah-belah. Selama ini saya tidak pernah meminati dunia poilitik dan selalu berkata siapa-siapa perintah pun tidak mengapa kerana hari –hari kena kerja juga akan tetapi selepas PRU12 ia telah mengubah minda saya untuk mengikuti dunia politik negara kita .

Thursday, July 10, 2008

Anwar buat aduan 'qazaf' di Jawi

Saya berpendapat tidak perlu Anwar Ibrahim pergi ke JAWI buat aduan Qazaf. Jika Saiful sudah mencabar beliau untuk bersumpah di atas Al-Quran maka perlulah dia menyahut cabaran itu. Janganlah buat berbagai lasan-alasan Berani kerana Benar, Takut kerana Salah. Rakyat Malaysia khususnya orang Melayu Islam dah letih tengok sandiwara semasa yang dimainkan oleh Anwar Ibrahim.
Saya tidaklah ahli tentang agama akan tetapi saya berpendapat para-para ulama dan mufti hendaklah bermuafakat apakah jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah ini. Apa yang saya perhatikan setiap mufti dan ulama masing-masing bercanggah pendapat mengenai isu ini dan membuat orang Islam keliru. Kepadaa PAS nasihatlah Anwar Ibrahim untuk menyahut cabaran Saiful. .
Apabila mereka berdua bersumpah di atas Al Quran yang mengatakan mereka adalah di pihak yang benar maka biarlah Allah Taala laknati sesiapa yang berada di pihak yang tidak benar. End of Story, lepas itu kena tengok the next expisode of new drama..

Wednesday, July 9, 2008

Perjanjian Pangkor II - PAS Wajar Keluar dari PR @ Pakatan Rahsia

Pangkor II: DAP tiada hak kawal MB
PUTRAJAYA 8 Julai – DAP tidak mempunyai locus standi atau hak undang-undang untuk memaksa Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tunduk di bawah tekanannya, termasuk melarang Mohammad Nizar menyebut negeri itu diperintah oleh Islam.
Pakar Perlembagaan Persekutuan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, sekalipun benar wujud larangan DAP itu dalam ‘Perjanjian Pangkor II’ yang dikatakan dipersetujui di antara Mohammad Nizar dan DAP, ia sebenarnya tidak mengikat kedudukan Islam sebagai agama rasmi dalam perlembagaan negeri itu.

Saya berpendapat adalah perlu MB Nizar meletak jawatan sebagai MB Perak dan PAS haruslah keluar dari Pakatan Rakyat @ Pakatan Rahsia (memang ternyata rahsia) dan kembali ke matlamat penubuhannya. Jadi adalah benar yang mengatakan PAS menjadi pak turut DAP. Mn

Saya selalu katakan kepada kawan-kawan apa yang kita buat adalah datangnya dari diri kita sendiri samada baik atau buruk.Oleh itu telah nyata dan sahih cakap-cakap kedai kopi dan blog meiyakan yang PAS mengadaikan prinsipnya untuk kepentingan politik, bersetongkol dengan bekas seteru mereka untuk mendapat kuasa, menjadi YES Men dan menggunakan AL-Quran dan Hadis untuk mempertahankan kawan baik mereka. Kerana kemaruk kuasa dan hidup senang, berkereta mewah dan rumah besar, Boneka Nizar menandatangi Perjanjian Pangkor II kerana ingin menjawat jawatan MB Boneka jadi hamba melaksanakan agenda DAP.
MB Nizar, cukuplah menjadi Pak Turut @ Hamba DAP. Fikirkanlah demi bangsa dan agama mu. Meletak jawatan adalah lebih mulia dan keluar dari dakapan DAP lebih baik daripada menjadi MB Boneka DAP ..
Hidup Melayu, Segar Islam Di Malaysia, Allahuakhbar ! Allahuakhbar ! Allahuakhbar !

Monday, July 7, 2008

Pendatang "Halal " menghantar RM15.5 bilion Wang Keluar Menerusi Bank Bagi Tahun 2007

UALA LUMPUR: Sebanyak RM17.2 bilion dihantar menerusi bank tempatan ke luar negara tahun lalu dengan lebih 90 peratus atau RM15.5 bilion, dikirim oleh rakyat asing yang bekerja dalam pelbagai sektor di negara ini.

Saya berpendapat kerajaan harus mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah kebanjiran rakyat asing ke negara kita. Apa yang saya perhatikan dan lihat kebanyakkan syarikat lebih tertarik mengambil pekerja asing daripada orang tempatan. Limpahan pekerja warga asing ini telah menyekat peluang warga tempatan untuk mencari nafkah di negara sendiri.

Mungkin kerajan boleh mempertimbangkan cadangan-cadangan seperti di bawah yang mungkin boleh mengurangkan pengantungan negara terhadap buruh asing dan mengurangkan pengaliran wang negara kita keluar negara.

1. Mengetatkaan syarat-syarat pegambilan pekerja asing oleh syarikat-syarikat swasta.
2. Pihak kerajaan harus membuat tapisan permohonanan syarikat untuk mendapatkan pekerja asing.
3. Mewajibkan sektor perkilangan menyediakan asrama yang sempurna kepada pekerja tempatan atau menyediakan elaun perumahan seperti sektor kerajaan.
4. Kerajaan harus menyediakan asrama-asrama belia di kawasan perindustrian.
5. Kerajaan harus memantau kenaikan tahunan gaji sektor swasta dimana ada syarikat sengaja tidak menaikan gaji pekerja mereka dengan alsan syarikat tidak mendapat untung.
6. Kerajaan harus menetapkan syarikat memberi minimun bonus kepada pekerja.Pengecualian boleh di berikan kepada syarikat yang betul-betul mengalami kerugian atau mendapat keuntungan minimun.
7. Mengenakan penalti kepada syarikat mahu mendapatkan pengantian jikalau pekerja warga asing mereka melarikan diri.
8. Senaraihitamkan mana-mana syarikat yang mempunyai rekod pekerja warga asingnya menghilangkan diri yang tinggi.
8. Membuat " spot check " di syarikat-syarikat yang banyak mengambil pekerja asing.
9. Menaikkan nisbah 10 pekerja warga tempatan kepada 1 pekerja warga asing kerana terdapat sektor perkilangan yang mempunyai pekerja warga asing melebihi warga tempatan.
10. Menetapkan setiap pekerja warga asing hanya boleh berkerja di Malaysia tidak melebihi 5 tahun kerana ada terdapat warga asing yang bekerja di negara kita melebihi 8 tahun.
11. Mengalakan pekerja mengambil kursus separuh masa bagi memperbaiki taraf akademik seperti MLVK dan SKM.
12. Mewajibkan syarikat menyediakan kantin jika jumlah pekerjanya melebihi 100 orang dimana syarikat memberikan subsidi kepada penyedia makanan dari segi sewa, elekrtik dan air yang mana dapat menurunkan harga jualan.
13. Menetapkan kerja lebih masa diberikan keutamaan kepada warga tempatan kerana terdapat syarikat lebih suka memberikan kerja lebih masa kepada warga asing.

PROTES sejuta rakyat - Gagal + Malu Besar

Tergelak sendirian apabila saya membaca akhbar The Sun mengenai kumpulan underground Carburetor Dung jemputan penganjur PROTES sejuta rakyat yang melakukan aksi tidak sopan semasa berada di atas pentas. Kalaulah pemimpin-pemimpin PAS berada semasa aksi terlampau itu dilakukan, betapa malu besarlah mereka-mereka ini. Selepas itu saya melayari website harakah dan suara keadilan mahu melihat adakah mereka mahu bercerita mengenai insiden ini. Hampa kedua-duanya tidak menyentuh langsung mengenai perkara tersebut.
Seperti yang jangkakan sebelum ini, penganjuran ini adalah bertujuan politik PR semata-mata, meraih sokongan daripada orang ramai untuk datang ke majlis tersebut. Pihak penganjur mensasarkan 1 juta rakyat Malaysia akan datang pada perhimpunan tersebut tapi yang datang hanyalah 20 ribu orang sahaja. Seperti yang saya katakan rakyat telah muak dengan tindak tanduk PR. Rakyat telah beransur sedar tindakan yang sia-sia itu tidak memberi apa-apa faedah kepada mereka malah boleh menyebabkan kestabilan politik terjejas dan seterusnya menyebabkan ekonomi negara kita terus merundum dan rakyat mengalami tekanan hidup yang teruk dari segi sosio-ekonomi.

Walaupun saya tidak bersetuju dengan cara kerajaan sedia ada menaikkan harga minyak tetapi cara PROTES tersebut tidak sesuai digunakan di negara kita tapi mungkin sesuai di negara-negara lain. Saya berpendapat adalah wajar kerajaan menentukan sendiri harga minyak di dalam pasaran seperti negara Brunei secara tidak langsung kerajaan dapat mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Sunday, July 6, 2008

Anwar has no hope of becoming PM, says Ezam

IPOH: PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim has no chance of ever becoming prime minister, said former PKR Youth chief Ezam Mohd Nor.
Ezam, who was Anwar’s political secretary when he was deputy prime minister, dismissed claims that Anwar had managed to convince 30 MPs to leave Barisan Nasional for Pakatan Rakyat.
»If he had the numbers today, he would be going to the Istana tonight. He just doesn’t have the numbers« EZAM MOHD NOR
If he had the numbers today, he would be going to the Istana tonight.
“He just doesn’t have the numbers,” he told reporters after a closed-door ceramah at the Perak Umno building here yesterday.
Ezam, who left PKR last year and rejoined Umno last month, said if Anwar was really serious about forming the next government, he could have done so quietly instead of “making noise”.
“The focus should have been on strengthening the party. Instead, they (Pakatan) hold demonstrations to sidetrack the people.
“But you make noise because it’s a psychological war to bind together (a party) that is not strong. Only people who are not strong will make noise,” he added.
“The problem with Anwar is that he is self-centred. His one goal is to be prime minister at all costs and that is dangerous,” he said.
Ezam added that Perak Barisan was more likely to win the state back from Pakatan before Aug 31 than Anwar would ever be of reaching Putrajaya by Sept 16.
He said he knew this because he had friends in Pakatan and that there was a feeling of “uneasiness” among Pakatan assemblymen about the leadership and administration of the state.

Kerajaan Pulau Pinang ditegur terlalu tumpu isu tangguh projek mega

PULAU PINANG: Menteri Kewangan II, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop menasihatkan kepemimpinan kerajaan Pulau Pinang supaya tidak terlalu memberi tumpuan kepada isu penangguhan pembinaan projek mega di negeri itu oleh Kerajaan Pusat. Beliau berkata, Kerajaan Pusat mempunyai tanggungjawab lain yang perlu diselesaikan demi menjaga kepentingan dan memastikan kesejahteraan rakyat. “Pada masa ini negara berdepan pelbagai isu berhubung kenaikan harga yang juga fenomena antarabangsa, kerajaan pusat ada tanggungjawab besar kepada negara.
“Oleh itu saya mahu kerajaan negeri tidak terlalu obsess dengan hanya dua projek iaitu monorel dan Lingkaran Luar Pulau Pinang (PORR), jangan fikirkan dua projek itu sahaja,” katanya kepada pemberita ketika mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang kecewa dengan penangguhan projek mega di negeri itu khususnya pembinaan monorel dan PORR. Nor Mohamed sebelum itu merasmikan forum anjuran Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan yang bertemakan ’Peranan, Bantuan Kewangan dan Peluang Pekerjaan Agensi-agensi Bagi Pesakit Buah Pinggang’ di sini hari ini. Katanya dalam keadaan dana dan hasil yang terhad ketika ini, kerajaan juga bertanggungjawab untuk menggunakan sumber yang ada dengan cara paling berhemah.
“Kita perlu fikirkan kaedah atau mekanisme untuk menggunakan sumber yang ada dengan cara lebih berhemah tetapi dalam masa yang sama tetap menjaga kepentingan rakyat,” katanya. -

Perhati Jauh berpendapat kenapa DAP nak desak kerajaan Pusat untuk laksanakan dua projek iaitu monorel dan Lingkaran Luar Pulau Pinang (PORR). Dulu kata bila masjid kristal, bangunkan Putrajaya, Piala Monsun satu pembaziran duit rakyat. Sekarang DAP patut bersyukur sebab kerajaan tengah laksanakan perbelanjaan berhemat. Carilah cara sendiri untuk cari " Funding " teruskan projek yang tertangguh itu.

Saturday, July 5, 2008

Pertumbuhan ekonomi negara mengucup 30 peratus - Siapa yang turut menyumbang kepada keadaan ini ??

Saya amat tertarik dengan berita yang disiarkan oleh Harakah bertarikh Thu Jul 03, 08 6:21:32 pm MYT yang bertajuk " Pertumbuhan ekonomi negara mengucup 30 peratus "

KOTA BHARU, 3 Julai (Hrkh) - Pertumbuhan ekonomi negara dianggar menguncup sebanyak 30 peratus selepas kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak baru-baru ini. -->
Ini dapat dilihat apabila aktiviti perniagaan dan penggunaan kenderaan awam pada waktu malam telah berkurangan berbanding sebelum ini.
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, kenaikan harga minyak yang begitu tinggi menyebabkan kemelesetan teruk kepada ekonomi rakyat dan negara.

Saya berpendapat iaitu PAS sedar yang kenaikan harga minyak telah menjejaskan pertumbuhan ekomomi negara kita. Apakah sumbangan PAS untuk mengatasi kemelut ini ? Saya dapat merasakan mereka merupakan pengomen yang baik, buat sesuatu komen tapi apabila kerajaan PR di Pulau Pinang, Perak dan Selangor memberikan hakmilik tanah kepada penduduk kampung baru, semua pemimpim PAS tidak memberikan apa-apa reaksi. Tak patut sungguh. Jika BN berbuat sedemikian, esoknaya mulalah pemimpim-pemimpin PAS datang dengan ceramah-ceramah menghentam BN, menghantar surat bantahan dan siri-siri demostrasi.

Sedarlah ahli-ahli PR yang beragama Islam janganlah jadikan anda sebagai pak turut tanpa memikirkan impak yang akan hadapi oleh bangsa kamu. Jika anda bekerja di sektor perkilangan anda sudah tentu merasai kesan keatas dari anda sendiri. Bohong kalau kata tidak.

Janganlah mempersalahkan kerajaan sedia ada terhadap kemelesetan ekonomi kerana PR turut menyumbang dengan menjadikan Malaysia sebagai negara yang tidak stabil dari segi politik.

Kestabilan politik tergugat-> Tiada pelaburan luar -> Pelabur luar menutup operasi -> Rakyat hilang kerja -> Tak ada wang untuk sara hidup -> Nak Makan Apa ??? Mintak pada kerajaan ?? minta pada PR ?? = Benarlah kita bangsa yang berminta-minta

Tepuk Dada, Tanya Selera ...





Perang psikologi makan diri - Mukhriz

KUALA LUMPUR 4 Julai - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu memberi pelbagai alasan dan mengadakan perhimpunan politik sebaliknya bersedia berhadapan dengan dakwaan terbaru kes liwat membabitkan beliau serta membuktikan sama ada ia betul atau sebaliknya.

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata, beliau hairan bagaimana Anwar hanya mengulangi alasan lama seperti yang pernah dinyatakannya satu masa dahulu iaitu konspirasi untuk menjatuhkan beliau.

''Saya juga kenal perangai Anwar. Dia sebenarnya tidak tahu apa-apa dan hanya cuba mengalihkan perhatian ramai," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Ekspo Menyelam Antarabangsa 2008 (MIDE 08) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Pada 28 Jun lalu, pembantu Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23, membuat laporan polis mendakwa Anwar meliwatnya beberapa kali termasuk kali terakhir di sebuah kondominium di Damansara pada 26 Jun lalu.
Mukhriz berkata, tiada individu yang sanggup mendedahkan keaiban seperti dilakukan Saiful jika ia tidak benar.

''Saya ingat tidak ada orang yang mahu mendedahkan aib begini. Jika ia bohong, rasa malu tidak dapat disembunyikan sehingga tujuh keturunan,'' jelasnya.
Katanya, perang psikologi yang sedang digunakan Anwar bakal mendedahkan kepada umum situasi sebenar yang akan berlaku.
''Mudahkan sahaja cerita, mengaku sahaja anda liwat Saiful atau tidak," ujarnya.
Tegasnya, tindakan pertama Anwar yang 'melarikan diri' ke kedutaan Turki sudah menunjukkan perasaan takut dan tanda beliau tidak boleh berdepan dengan realiti.
''Kenapa masa mula-mula dituduh anda lari, itu menunjukkan anda takut dan ada sesuatu yang sudah terjadi," katanya.

Friday, July 4, 2008

Jangan Hadir Di Perhimpunan di Stadium MPPJ Kelana Jaya Ahad Ini

Saya merayu agar orang melayu jangan hadir di perhimpunan bagi memprotes kenaikan harga minyak di Stadium MPPJ Kelana Jaya. Mereka menggunakan isu ini bagi menaikkan kemarahan orang melayu tetapi sebaliknya mahu menunjukkan kepada pihak luar yang rakyat menolak kerajaan yang sedia ada dan pihak asing akan beranggapan yang Malaysia dalam keadaan huru-hara. Ingat, bahawa anasir-anasir luar sentiasa menantikan perpecahan agar mereka dapat mencampuri politik dalaman negara kita.
Eknomoi dunia mengalami kemelesetan yang semakin meruncing dan jika kestabilan politik dalam keadaan tidak baik maka Malaysia akan mengalami impak ekonomi yang amat teruk sekali.

Saya berpendapat kita haruslah bersabar untuk mencari penyelesaian terbaik bagi menangani isu ini. Kita sebagai rakyat biasa janganlah terbawa-bawa dengan emosi kerana ingat periuk nasi kita terletak kepada kestabilan politik dan ekomomi yang kukuh.

Mahu menjadi Katak atau Jebat ?

"Lompat Si Katak Lompat, Lompat Tinggi-Tinggi " lagu kanak-kanak yang semua kita tahu semenjak umur 2 tahun lagi. Ternyata ia masih kekal hingga ke hari ini sesuai sepanjang zaman, seperti orang muzik kata " evergreen ".
Dalam politik di Malaysia mengunakan perkataan Katak jika seseorang itu melompat dari satu parti ke satu parti yang lain. Kalau kita konteks politik hari ini dan kaitkan dengan seni kata katak " Lompat Si Katak Lompat, Lompat Tinggi-Tinggi" ? Persolannya siapa yang suruh lompat ? dan siapa pula mendapat gelaran katak.
Pada pendapat jika seseorang itu adalah wakil rakyat atau ADUN sesuatuparti yang telah di pilih dalam pilihanraya ingin melompat parti ke lain adalah tidak wajar sama sekali. Kenapa tidak tidak wajar ? Tidak adil kepada rakyat kerana secara terangan mereka mementingkan diri sendiri tanpa mempedulikan janji-janji yang ditaburkan dan harapan pengundi mereka. Mengapa hendak lompat parti ? Kerana mereka merasakan kedudukan mereka macam tidak selamat lagi untuk berada di kerusi tersebut atau takut kehilangan jawatan dan tidak mahu bersusah-susah menghadapi saat getir dalam arena politik.
Saya merasakan ramai wakil rakyat dan ADUN baik di pembangkang atau pemerintah dalam keadaan dilemma mahu menjadi katak atau tidak . Saya berpendapat adalah lebih baik menjadi Jebat di dalam parti daripada menjadi katak kerana Jebat sentiasa di ingati, Katak akan di lupai selepas hujan.
Fikir-fikirkan...

Hak Orang Asli Di Malaysia tidak harus kita pinggirkan

Hak Orang Asli Di Malaysia tidak harus kita pinggirkan kerana merekalah penduduk asal khususnya di semenanjung Malaysia. Kalau kita lihat di perkampungan orang asli yang tersangat daif, rumah-rumah yang berdindingkan pokok rimba , daun-daun kayu, atap berbumbungkan daun nipah dan lantai berlantaikan buluh. Adakah patut melayan mereka sebegini rupa ?
Saya merasakan adalah wajar kerajaan membuat satu penempatan yang khas contohnya seperti FELDA dimana setiap keluarga mendapat rumah dan sebidang tanah untuk di usahakan dengan tanaman pertanian contohnya sawit, getah, buah-buahan ataupun sayur-sayuran. Tiada siapa umat di Malaysia ini boleh mempertikaikan hak mereka, jadi kita patut membela nasib mereka sebagai mana kerajaan membuat penempatan kepada peserta PPRT. Mereka sudah keluar daripada pemikiran yang kolot dan kita dapat lihat sekarang ini anak-anak orang asli berjaya menjadi doktor, usahawan guru dan lain-lain profession. Jadi mereka telah tahu apakah ertinya pembangunan dan apa itu politik.
Kalau kita lihat mereka terpaksa meneroka tanah-tanah rezab kerajaan untuk pertanian jadi jika ini tidak ditangani oleh kerajaan maka pihak yang berkepentingan akan mempergunakan mereka untuk tujuan yang salah. Saya juga ada terbaca artikel yang diarkan oleh akhbar yang menyatakan ada sebilangan orang-orang asli berkahwin dengan warga asing terutamanya Indonesia. Saya merasakan gejala ini harus di bendung bagi mengelakkan mereka terpedaya oleh individu-individu yang mungkin mengambil kesempatan ke atas orang asli.
Kerajaan haruslah mengambil tindakan cepat supaya nasib mereka lebih terbela kerajaan terlalu banyak anasir jahat cuba mempengaruhi mereka.

End oil speculation, says Dr M - 03 Jul 2008

KUALA LUMPUR: Asean countries should make a united stand at a world forum and demand an end to oil speculation to stop rising oil prices, says former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad.
“This (skyrocketing fuel prices) whole thing is due to speculation and not because there is a shortage of oil.
“If there is shortage, then an increasing price will result in increased production. But now, the price keeps increasing but the production remains the same. It is manipulation.
“A few people are making a lot of money. Oil companies are making tons of money. Oil producers are also making lots of money and the people who have this money have to keep it somewhere. If they keep it in any country and buy bonds there, then that country makes money,” he said in an interview on Monday.
Dr Mahathir said it was important to make a stand, just like during the currency crisis previously, but a stronger, and more united one this time.
“For example, we took a stand and condemned currency trading but of course, in the end, we had to devise our own way of overcoming it.
“The world has to tackle this (oil price) problem but it requires a lot of people. Asean countries should demand that this should not go on,” he added.
Dr Mahathir said the Government and people had a role to play in dealing with the current situation.
“The Government must know how to manage the economy during difficult times, and not just in cordial, simpler times.
“They have to sit down, study, get all the details and try to analyse them, and get others who have the expertise to tell you. Only then can you can find a formula to resolve the problem,” he said.
He said one had to face the reality of increasing oil prices, and find ways to reduce consumption.
“During my time, the price of oil was US$30 (RM98) per barrel. Today, it is US$143 per barrel. Obviously, you cannot insist on paying the same price.
“It has to be higher but how much higher and at what rate, that is a different matter.”
He said there were many ways to reduce consumption but the Government had to find ways to help the people.
“Every individual has a way of managing himself and the household but the Government has a role to play. It cannot say this is your business and you have to live with it, no. The Government must find ways,” he added.
Dr Mahathir, who is also Petronas adviser, said the national oil company needed to source for oil investments overseas to make preparations before the oil supply ran out.

Wednesday, July 2, 2008

Hak Kita

Mengapa mahu menyokong orang yang mungkin bakal merampas apa yang kita ?Adakah kerana kenaikan barangan kita hendak melepaskan hak-hak kita yang generasi terdahulu perjuangkan ? Adakah anda terfikir nasib kita apabila DEB, Rezab Melayu dan lain-lain keistimewaan yang kecapi selama ini di tarik balik.
Bagi yang berfikiran sempit dan tidak waras mungkin kata tidak mengapa untung nasib di tangan sendiri seperti yang di katakan oleh Lim Guan Eng. Adakah kita sanggup berkorban untuk individu tertentu tanpamemikirkan nasib generasi-generasi selepas kita ?
Jangan kita ingat dengan mengangkat seseorang itu boleh mengubah cara hidup kita dari susah menjadi senang, kaya lagi menjadi kaya.Mungkin boleh jadi senang, menjadi kaya atau lebih kaya tapiberapakah harga yang harus di bayar untuk semua itu ? fikir-fikirkan
Kita terlalu leka kerana kerana kelekaan itu, kita menjadi statik dan lemah, mudah di pengaruhi dan di perkudakan.Menjadi bangsa yang kuat kita haruslah bersatu hati, mana-mana yang tidak kena harus dibincangkan melalui perundingan, mana-mana yang kurang baik kita perbaiki bukannya dengan hentam-menghentam antara satu sama lain yang akhirnya siapa-siapa pun tak menang, tiada berkeputusan dan perpecahan menjadi teruk dan orang ketiga bertepuk tangan gembira.
Adakah kita tidak malu dengan bangsa lain yang menjadi penonton drama politik orang melayu yang boleh kita catatkan dalam buku sejarah generasi akan datang?
Perpecahan ini amat memalukan bangsa kita, adakah kita sedar yang orang ketiga sentiasa menunggu saat ini. Kita sudah boleh melihat semua ini, kerana ingin memenuhi cita-cita politik sanggup mengatakan haram jadi halal, dulu kata tak boleh sekarang kata boleh, menjadi Mr YES MEN, NO PROBLEM, I SUPPORT YOU, I TRUST YOU , ORAIT ...... etc.. etc
Kalau kita lihat pihak ketiga masih dengan prinsip dan perjuangannya bagaimana dengan kita seolah-olah mengatakan aku redha asalkan aku dapat menjatuhkan BN.
Berbaloikah mengadaikan bangsa dan agama sendiri untuk politik ?

Malaysia's Inflation

1.Malaysia’s inflation is likely to have hit six to seven per cent in June and the central bank would take action on monetary policy in the event of generalised price increases, Bank Negara Malaysia Governor said yesterday.

2. Costlier food and energy prices pushed Malaysia’s May inflation to a 22-month high of 3.8 per cent, even before the government raised domestic fuel prices in June.

3. Joining a growing rank of Asian countries unable to maintain hefty subsidies in the face of soaring oil prices, Malaysia raised petrol prices by 41 per cent this month and lifted diesel prices by 63 per cent as part of a broad reform of energy policy to prevent subsidies from eating up a third of its budget.

4. Central bank had no immediate plan to hike interest rates if inflation tapers in the second half in line with its forecast.

5. Inflation is a problem vexing the broader Asia region’s policymakers.