PJ : Saya ucapkan ribuan terima kasih jika anda membaca pendapat peribadi yang ingin saya kongsikan bersama-sama dengan anda-anda semua. Saya hanya akan memaparkan komen-komen yang beretika sahaja.


Wednesday, March 3, 2010

Politik Semasa

Saya terpanggil menekan jari jemari di papan kekunci untuk memberikan pendapat mengenai perkembangan terbaru politik di negara kita. Dalam masa tiga minggu ini terdapat 3 ahli parlimen PKR mengumumkan keluar parti dan menjadi BEBAS.

Dari dahulu saya menyatakan bahawa PKR adalah sebuah parti yang tidak mempunyai hala tuju yang jelas dan hanya pandai menyatakan di atas kertas tetapi tidak kepada pelaksanaan. PKR di bayangi oleh politik balas dendam, DAP adalah parti yang " oportunist " dan PAS pula ada parti yang berniat dapat mentarbiyyah rakan kongsinya akan tetapi menjadi Pak Turut.

Sesungguhnya pemangkah PR pada PRU12 telah mula sedar kesilapan mereka terutamanya orang melayu. Jika MP PKR yang bertindak keluar parti maka jelaslah PKR mempunyai masalah dalaman yang serius dan keadaaan sudah tidak dapat terkawal lagi. Anwar sudah tentunya tidak menduga perkara ini terjadi sedangkan beliau dengan megahnya dahulu 16 September 2008 beliau akan berjaya merampas MP BN untuk berpaling tadah. Dengan situasi ini maka jelaslah beliau tidak dapat menyakinkan orangnya mengenai strategi politiknya apatah lagi merealisasi kata-katanya.

Najib seharusnya mengunakaan peluang ini untuk mengukuhkan pengaruhnya dan menarik kembali sokongan kepada kerajaan pimpinannya. Dari permerhatian saya juga beliau tidak terlalu seharusnya gembira dengan masalah dalaman PKR akan tetapi mengunakan peluang yang terbuka luas ini untuk mendekati, memahami rakyat dan melaksana janji PRU2 yang lalu.