PJ : Saya ucapkan ribuan terima kasih jika anda membaca pendapat peribadi yang ingin saya kongsikan bersama-sama dengan anda-anda semua. Saya hanya akan memaparkan komen-komen yang beretika sahaja.


Thursday, October 16, 2008

Hindraf diisytihar haram

KUALA LUMPUR 15 Okt. – Kerajaan hari ini mewartakan Hindu Rights Action Force (Hindraf) sebagai sebuah pertubuhan haram, satu tindakan yang menetapkan penglibatan sesiapa juga dalam pertubuhan itu merupakan satu kesalahan dari segi undang-undang.
Dalam satu kenyataan, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, perintah itu dibuat hasil daripada pemantauan dan penyiasatan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) semenjak pertubuhan berkenaan ditubuhkan.
“Pengisytiharan itu diwartakan berkuat kuasa hari ini setelah (KDN) berpuas hati dengan segala fakta dan bukti bahawa Hindraf telah dan sedang digunakan bagi maksud memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan negara dan akhlak,” katanya.
Selain Hindraf, antara pertubuhan lain yang pernah diwartakan sebagai haram ialah Parti Komunis Malaya (PKM), Nasrulhaq, Al-Maunah dan Al-Arqam.
PKM diwartakan sebagai pertubuhan haram kerana mengangkat senjata menentang kerajaan dan pemberontaknya mencetuskan kacau bilau melalui cara keganasan dan membunuh anggota tentera sejak zaman sebelum merdeka.
Pergerakan Al-Arqam diharamkan berikutan kegiatan dan ajaran sesatnya menggugat ketenteraman negara.
Anggota-anggota Al-Maunah pula merompak senjata dari kem tentera bagi menggulingkan kerajaan. Beberapa ketuanya kemudian dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memerangi Yang di-Pertuan Agong dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.
Menurut Syed Hamid, kegiatan Hindraf bertentangan dengan Seksyen 5(1) Akta Pertubuhan 1966 dan ia boleh memudaratkan keselamatan awam, keamanan, ketertiban dan nilai-nilai moral di negara ini.
Beliau berkata, jika kegiatan Hindraf tidak dibendung, ketenteraman awam dan kedaulatan negara bakal terancam di samping keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum akan turut terjejas.
Jelasnya, tindakan pengharaman yang diambil itu bukan berasaskan kepada satu atau dua kegiatan Hindraf yang menyalahi peraturan dan undang-undang tetapi meliputi rentetan semua kegiatan serta aktiviti semenjak Hindraf ditubuhkan.
Selain itu, beliau mengakui Hindraf mempunyai ciri-ciri sebagai sebuah pertubuhan kerana mengemukakan permohonan pendaftaran kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 16 Oktober 2007.
Walaupun pendaftarannya tidak pernah diluluskan, pertubuhan Hindraf telah bergerak aktif dengan menganjurkan beberapa perhimpunan awam dan demonstrasi tanpa permit serta mengeksploitasi isu-isu perkauman.
Kesan kegiatan Hindraf itu, ujar Syed Hamid, ia mencetuskan kebangkitan penentangan sebahagian rakyat keturunan India terhadap kerajaan serta menimbulkan kebencian di antara orang Melayu dan India di negara ini. Di samping itu, Hindraf juga, kata beliau, berusaha mendapatkan sokongan dari negara asing bagi memberi tekanan kepada kerajaan supaya tunduk kepada tuntutan-tuntutan mereka sehingga memberi kesan buruk kepada imej negara.
Menteri Dalam Negeri itu menasihatkan orang ramai supaya tidak melibatkan diri dengan pertubuhan Hindraf yang diharamkan dalam apa cara sekali pun pada masa akan datang
Pendapat PJ
Seharusnya bertindak terhadap HINDRAF dari awal lagi bagi mengelakkan perkara yang diingini berlaku.

Penduduk terkejut MBI naikkan cukai pintu 500%


Oleh ANGELINA SINYANG
Shahruzzaman Abdul Halim menunjukkan bil cukai pintu Majlis Bandaraya Ipoh yang naik sebanyak hampir enam kali ganda semasa berkunjung ke pejabat Utusan Malaysia di Ipoh semalam. – Gambar HANAFI KHAMIS
IPOH 15 Okt. – Penduduk di Bandar Baru Sri Klebang, Chemor di sini terkejut apabila menerima notis Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang bercadang menaikkan cukai pintu hartanah di kawasan itu 500 peratus bermula November ini.
Sambil melahirkan rasa marah dan kesal, mereka memberitahu, cadangan kenaikan cukai taksiran MBI itu tidak munasabah dan tidak masuk akal.
Seorang penduduk, Shahruzzaman Abd. Halim, berkata, beliau yang baru dua tahun mendiami rumah banglo yang dibelinya di Jalan Sri Klebang 3, Bandar Baru Sri Klebang selama ini hanya dikenakan cukai pintu sebanyak RM108.80 setahun semasa kerajaan Barisan Nasional (BN) berkuasa di Perak.
Menurut beliau, kadar cukai tersebut naik mendadak pada tahun ini selepas MBI mengeluarkan notis mencadangkannya membayar cukai taksiran sebanyak RM691.20 setahun.
“Pada 15 September lalu, MBI telah menghantar notis kepada saya memaklumkan bahawa mereka akan meminda nilai tahunan harta atau cukai pintu ke atas rumah saya yang beralamat di Lot PT 186990, 13 Jalan Sri Klebang 3, Bandar Baru Sri Klebang, 31200 Chemor.
Pendapat PJ
ehmmmm jika inilah pemerintahan PR di bawah kuasa MBB Nizar jutaan tahniah saya ucapan kerana berjaya memperdayakan rakyat negeri Perak dalam PRU12 yang lalu. Mengapa mahu mengalihkan pengurusan yang tidak cekap dengan menaikkan cukai pintu bagi menjana pendapatan MBI. Kononnya kerajaan PR adalah telus dan adil kepada semua rakyat Perak adalah satu pembohongan yang nyata.
Saya merasakan adalah perlu untuk rakyat Perak melenyapkan kekuasaan di Perak pada PRU13 nanti.

Sunday, October 12, 2008

Peralihan Kuasa Pak Lah - Najib

Saya berpendapat peralihan kuasa daripada Pak Lah kepda Najib Razak adalah sesuatu yang tepat pada masanya. Selepas PRU12 jelas menunjukkan rakyat telah menolak pemerintahan Pak Lah yang di anggap lembik, lemah dan terlalu takut dengan tuntutan dan ugutan-ugutan pihak-pihak tertentu. Penyokong-penyokong BN yang selama ini taat sudah berubah menjadi penderhaka dan sanggup bersetongkol dengan seteru BN. Kesilapan Pak Lah adalah kerana terlalu bertindak tanpa memikirkan impak terhadap pengundi setianya. Apabila pengundi setianya merasakan Pak Lah adalah pemimpin yang lemah maka tiada gunanya mereka terus menyokong beliau.
Walaupun begitu saya amat teruja akhirnya Pak Lah sanggup melepaskan jawatan PM kepada Najib Razak pada Mac ini. Paa pemerhatian saya Pak Lah cuba memperbaiki kedudukkanya dengan pelbagai cara tapi apabila kepercayaan sudah luntur dan kebencian mula menebal di hati pengikut setianya maka apa-apa yang dilakukan sudah tiada berguna lagi. Walaupun begitu sumbangan beliau terhadap negara haruslah kita sanjungi dan bukanlah mudah untuk beliau menjaga setiap hati rakyat Malaysia. Umpama kan di tempat beliau dan adakah kita layak menjadi pemimpin yang sanggup menerima kritkan, fitnah dan caci cerca ? Mudah untuk kita katakan tapi tidak mudah untuk dilakukan.
Saya amat berharap kepimpinan Najib Razak dapat memperbaiki kelemahan dan bersikap lebih tegas tetapi adil dalam menangani isu-isu semasa. Jika Najib Razak berjaya menunjukkan bahawa beliau seorang yang berani dan tidak gentar dengan taktik-taktik kotor PR, saya percaya PRU13 akan menyaksikan BN dapat mengurangkan bilangan kerusi yang dimenangi oleh PR pada PRU12.

Harga minyak di bawah AS$78 setong

NEW YORK 11 Okt. - Harga minyak ditutup di bawah AS$78 setong (RM273.78) hari ini ekoran pelabur kini lebih bersikap pesimistik terhadap persekitaran ekonomi global yang dijangka menghadapi kegawatan.
Minyak mentah berkualiti Light Sweet untuk penghantaran bulan November ditutup rendah pada AS$77.70 (RM272.72) setong di New York Mercantile Exchange. Ini merupakan harga terendah yang dicatatnya bagi kontrak hadapan sejak 10 September 2007.
Di London, minyak Brent rugi sebanyak AS$8.57 (RM30.08) untuk ditutup pada $74.09 (RM260.06) setong di ICE Futures Exchange.Menurut penganalisis, harga minyak kini semakin murah diniagakan di pasaran antarabangsa sejak 13 bulan lalu dengan penurunan sebanyak 47 peratus daripada paras tertingginya yang menghampiri rekod AS$150 (RM526.50) setong, iaitu $147.27 (RM516.92) setong, pada 11 Julai lalu. Presiden Tenaga Strategik dan Kajian Ekonomi dari Winchester Massachusetts, Michael Lynch berkata, pelabur kini begitu bimbang dan situasi tersebut memberi tekanan terhadap pasaran minyak.
''Mereka (pelabur) bimbang untuk memegang sebarang posisi dalam pasaran, oleh itu mereka menjualnya.''Selagi krisis kewangan ini berterusan, kami jangkakan harga minyak akan terus turun pada paras AS$60 (RM210.6) setong,'' katanya.
Pendapat PJ
Amat berharap kerajaan menurunkan harga minyak kepada RM1.92 seliter sebelum kenaikan 78 sen sebelumnya. Walau bagaimana pun saya masih berpendapat seharusnya kerajaan menetapkan sendiri harga minyak bagi pasaran dalam negara tanpa bergantung kepada harga pasaran dunia. Dengan ini faedah hasil bumi negara dapat di kecapi oleh rakyat Malaysia dan seterusnya kerajaan dapat mengawal kadar inflasi dan lonjakan harga barangan keperluan dapat di bendung dan ini bererti kuasa beli rakyat akan meningkat dan penabungan wang untuk pendidikan dapat di lakukan.

Tuesday, October 7, 2008

Hindraf buat laporan polis terhadap Syed Hamid, Utusan Malaysia

BUTTERWORTH 6 Okt. – Pertubuhan haram, Hindu Rights Action Force (Hindraf) hari ini membuat laporan polis terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar dan akhbar Utusan Malaysia berikutan kenyataan dan laporan yang didakwanya berbentuk hasutan dan berbau provokasi terhadap mereka.
Penyelaras pusatnya, R. Thanenthiran mendakwa laporan muka depan Utusan Malaysia pada 4 Oktober yang memetik kenyataan Syed Hamid bertajuk ‘Hindraf diberi Amaran’ adalah tidak adil dan bersifat perkauman.‘‘Kita juga mahu Syed Hamid memohon maaf secara terbuka berhubung kenyataannya yang disiarkan dalam akhbar itu kerana Hindraf amat tersinggung dengan laporan berkenaan,’’ katanya pada sidang akhbar selepas membuat laporan di Balai Polis Butterworth di sini. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Zulkifli Alias ketika dihubungi mengesahkan polis menerima laporan itu. – Bernama
Pendapat PJ
Agak kelakar apabila R. Thanenthiran mendakwa laporan muka depan Utusan Malaysia pada 4 Oktober yang memetik kenyataan Syed Hamid bertajuk ‘Hindraf diberi Amaran’ adalah tidak adil dan bersifat perkauman. HINDRAF menganggap jika mereka membuat kacau dengan berbagai-bagai karenah adakah mereka memikirkan tentang perasaan orang lain dan impak terhadap orang lain. Seharusnya HINDRAF bersikap lebih " bertanggungjawab " dan menghormati orang lain dan janganlah bertindak dengan terlalu emosi.