PJ : Saya ucapkan ribuan terima kasih jika anda membaca pendapat peribadi yang ingin saya kongsikan bersama-sama dengan anda-anda semua. Saya hanya akan memaparkan komen-komen yang beretika sahaja.


Monday, October 26, 2009

Biarlah PAS dengan KeEGOanya

TGNA berhasrat mengadakan EGM yang bertujuan meyingkirkan tiga pemimpin PAS yang menyokong kerajan perpaduan dengan BN. Hasratnya itu tidak mendapat persetujuan majoriti pemimpin kanan PAS adalah sesuatu yang mengecewakna beliau.
Saya berpendapat tidaklah perlu memberi ulasan-ulasan yang membuang masa kerana biarlah PAS dengan agenda perjuangan yang tidak kesampaian itu selagi perjuangannya bersama Pakatan Rakyat. Rakyat bukanlah rakyat sebelum PRU12 yang mudah terpedaya dengan janji-janji yang tidak dapat di tunaikan oleh PAS.
Jika PAS masih lagi bersikap ego maka denga sendirinya sikap egonya hilang apabila melihat sokongan-sokongan terhadapnya pudar.
Jika PAS tidak memperbetulkan hala tujuan perjuangan maka biarlah PRU13 menghukum mereka.

Friday, September 25, 2009

HEBAT di mata tapi HINA Di renungi

Pada pandangan saya drama politik Malaysia sudah menjadi pentas yang hebat di mata tapi hina apabila di renungi sedalam-dalamnya. Semua parti politik begitu ghairah mahu mempertahankan kuasa dan meluaskan pengaruh sehingga lupa tujuan, matlamat mereka sendiri. Tidak lah saya tahu adakah tujuan mereka masuk kegelanggang politik untuk memperjuangkan untuk rakyat atau untuk diri sendiri. Terlalu sukar untuk kita sebagai rakyat menilai tujuan mereka dan kita yang boleh menilai mereka hanya dengan sumbangan bakti,ihsan mereka kepada bangsa, agama dan negara. Adakah mereka ikhlas atau tidah hanya Allah Taala yang maha mengetahuinya.
Mereka tidak akan rugi sekarang dan kita yang rugi sekarang akan tetapi cucu cicit mereka yang akan mengalami nasib seperti kita jika mereka terus menerus menperdagangkan nasib bangsa sendiri ...

Tuesday, August 18, 2009

Sembang- Sembang Bersama Pakcik Di Kampung

Pada hujung yang minggu yang lalu saya berkesempatan pergi salah sebuah negeri yang dahului di pimpin oleh seorang boneka yang akhirnya tumbang dek kerana ketidakpuasan hati ADUNnya yang lalu mengisytiharkan diri sebagai wakil bebas.

Saya di jemput untuk makan malam di rumah rakan saya yang mana saya ingin saya berkongsi perbualan saya dengan ayah beliau mengenai hal ehwal politik semasa.

Sebelum itu saya ingin menceritakan sedikit sebanyak mengenai pakcik tersebut. Sepengetahuan saya pakcik tersebut adalah pesara tentera, kematian isteri dan pernah berkahwin kali ke dua empat tahun dahulu tapi jodoh tidak panjang beliau bercerai. Beliau pulang menetap ke kampung sekitar tahun 2004. Saya juga mendapat tahu beliau adalah seorang seorang ahli PEKIDA yang sebelum ini orang kampung memanggil beliau dengan gelaran Ayahanda.

Selepas makan malam dan saya di beritahu bahawa salah rakan saya akan pulang ke Sabah untuk menziarahi saudara-maranya di sana. Rakan saya memberitahu rakan Sabah saya itu menetap di pendalaman yang berbukit bukau. Pakcik tersebut menyampuk orang Sabah kurang cerdik kerana selepas menyertai Malaysia tidak pandai mendesak supaya kerajaan menyediakan jalinan jalanraya yang baik. Pakcik tersebut menyatakan masa dia berkhidmat di Sabah jalannya sungguh teruk dan dashyat sekali. Tidak pula dia nyatakan tahun berapa pula. Saya menyatakan bahawa struktur muka bumi yang bergunung ganang adalah sukar untuk menyediakan jalinan jalanraya yang baik kerana ia memerlukan bilion ringgit dan kepadatan penduduk yang kurang maka adalah satu pembaziran wang. (I'm the tax payer yea)

Beliau juga menyatakan yang Mufti Perak iaitu Harusani adalah pengecut kerana tidak berani menegur kerana takut hilang pangkat. Beliau juga menyatakan mengapa dua orang yang di tuduh rasuah tidak di bicarakan dan tertangguh. Malasnya nak bertegang urat dengan pakcik ini. Dia berkata nak tubuh kerajaan dengan cara merampas. Beliau merujuk kepada situasi di kemelut politik di Perak.

Kerana saya hormatkan sebagai orang tua maka saya banyak berdiam diri dan amat tertarik juga dengan semangat berkobar-kobar tersebut. Beliau menyambung lagi mengenai isu arak di Selangor dengan menyatakan apabila beliau menjejaki kaki di Kuala Lumpur pada tahun 70an arak sudah di jual dengan secara terbuka dan isu penjualan arak di Selangor adalah warisan daripada kerajaan BN. Maka sukar nak di berhentikan. Saya agak terkejut dengan kedaifan pengetahuan pakcik tersebut kerana isu tersebut di bangkitkan oleh PAS dan di dalam siri-siri ceramah politik sebelum PRU12 mereka menyatakan akan menutup Kilang Carlsberg di Shah Alam dan Guiness di PJ sekiranya memerintah akan tetapi apabila berjaya mewujudkan kerajaan campuran di Selangor kedua-dua kilang tersebut masih lagi tertegak di situ. Alasanya PAS bukan parti yang mempunyai majoriti ADUN. Saya berpendapat PAS perlu bersendirian dan meletakkan calon di setiap DUN dan Parlimen, kalau tidak sampai bila-bilapun tidak akan mendapat kuasa majoriti.

Mungkin kerana terlalu fanatik maka pakcik tersebut sudah lupa bagaimana anaknya yang beberapa kali memohon untuk belajar di Uitm gagal. UiTM tidak mungkin wujud sekiranya parti idolanya itu memerintah. Anaknya kini belajar di sebuah kolej Komuniti di kawasan tersebut walaupun keputusan SPMnya agak baik. Menantunya juga adalah pengajar di KAFA yang juga menjalankan perniagaan runcit dengan meminjam wang TEKUN bagi membiayai perniagaannya.

Pada pandangan saya Pakcik tersebut hanyalah pandai bercakap tapi seharusnya menginsafi dengan nikmat-nikmat yang di kecapi. Memperbetulakan peribadi beliau dan anak-anak adalah lebih baik daripada bercakap mengenai hal politik.

Sunday, August 9, 2009

Anwar pengkhianat Melayu?

Dua isu menarik perhatian Awang sepanjang minggu ini. Salah satunya ucapan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin mengenai tujuh wasiat raja-raja Melayu pada Khamis lalu.
Akhbar Utusan Malaysia pada muka depannya menggariskan kesemua tujuh wasiat itu untuk dijadikan renungan rakyat semua kaum.
Awang menjunjung kasih kepada baginda kerana tidak putus-putus memperingatkan rakyat tentang asas kenegaraan dan realiti sejarah Malaysia yang berpaksikan Melayu.
Walaupun Raja Nazrin turut menjadi sasaran kritikan dan penghinaan oleh pihak tertentu dan ramai individu di laman-laman web dan blog, baginda tidak pernah berhenti menyuarakan kebenaran berdasarkan fakta dan hujah yang bernas. (Belum pernah dalam sejarah, raja-raja Melayu dihina sebagaimana yang berlaku selepas pilihan raya umum lalu)
Satu lagi isu yang panas ialah kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang menyifatkan pemimpin pembangkang dan peneraju PKR, Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat Melayu.
Kenyataan Muhyiddin mendapat gelombang reaksi banyak pihak yang menyokong beliau. Tindakan Anwar yang dikatakan mahu menyaman Muhyiddin sebanyak RM100 juta selain media yang melaporkannya, tidak menghalang banyak pihak mengeluarkan kenyataan melabel Anwar sebagai pengkhianat Melayu.
Awang percaya Anwar juga faham tentang sentimen masyarakat Melayu yang rata-rata marahkan beliau atas banyak tindak-tanduknya menggugat kepentingan Melayu semata-mata mahu menjadi Perdana Menteri.

Wednesday, June 24, 2009

Jejak kejam - Lubuk komunis di Perak

Oleh Mohd Azis Ngah mailto:azis@bharian.com.my


KIPAS pesawat Bristol Brigand RH755 yang terhempas di Banjaran Bintang Hijau.
Catatan, bukti kezaliman Bintang Tiga terus hantui penduduk Lenggong, Grik LENGGONG, GRIK dan isu komunis - satu kaitan fakta sejarah yang kekal dalam ingatan dan menjadi igauan masyarakat yang menyaksikan puluhan ribu anggota keselamatan terkorban mempertahankan negara dengan pelbagai peristiwa kekejaman komunis. Kawasan itu yang dulunya dikelilingi hutan belantara dan banjaran di situ diakui kawasan hitam kerana menjadi laluan komunis menghubungkan utara ke Pantai Timur serta bersempadan dengan Thailand.

Ketika banyak pihak berbicara mengenai soal kemasukan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng, sewajarnya generasi muda yang ada insaf dan sedar bahawa bantahan suara rakyat menghalang kemasukan ketua komunis itu berasas, bukan sekadar gimik politik. Di Lenggong saja sudah banyak peristiwa berdarah berlaku, pembunuhan anggota keselamatan dan penduduk yang enggan bekerjasama. Bahkan, lebih 100 bekas Konstabel Khas (SC) di Perak berhasrat membuat perarakan bantahan besar-besaran jika hasrat membawa pulang Chin Peng diteruskan. Pendirian itu memang tepat pada masanya, kerana mereka yang bersabung nyawa mempertahankan negara dan jika hasrat itu diteruskan, ibarat luka lama berdarah kembali. Di perkampungan kecil Changkat Berangan, kira-kira 15 kilometer dari pekan Lenggong, tinggalan kesan aktiviti dan kekejaman komunis masih jelas kelihatan. Cuma, ia tidak dipelihara dan terjaga yang memungkinkan dua persoalan mengenai kedudukannya sekarang.

Demonstrasi membantah kekejaman komunis.

Pertama, kemungkinan penduduk langsung tidak mahu mengingati kekejaman komunis, keduanya memang tiada sebarang usaha mana-mana pihak mahu memelihara tinggalan sejarah itu sebagai tatapan generasi muda untuk menyedarkan pentingnya hidup dalam keadaan aman. Antara secebis tragedi berdarah yang berlaku di situ ialah ‘Peristiwa Bechah Kemahang’ yang berlaku di Changkat Berangan, Lenggong pada 1952, ketika era komunis mengganas memuncak. Kesan tempat kejadian dan sarang komunis masih jelas kelihatan. Pondok estet tempat komunis menggantung hingga mati tiga penduduk ada, cuma gua tempat persembunyian mereka yang digunakan untuk mengurung lebih 20 penumpang bas agak tersorok di hutan di banjaran Bintang Hijau. Pada tahun yang sama juga berlaku nahas udara sebuah pesawat penyerang dan pengebom British, Bristol Brigand PH755 yang terhempas ketika operasi mengebom sarang komunis di kawasan berkenaan menyebabkan tiga krew pesawat terbunuh.
Khairulbadri Mohamad (kiri) dan Hassan menunjukkan mesingan dan enjin pesawat Bristol Brigand RH 755.

Tinjauan Berita Minggu mendapati, semua kesan tinggalan sejarah penentangan komunis itu masih ada, cuma tidak dijaga, dibiarkan bahan sejarah dimamah usia dan berkemungkinan hilang terus pada pandangan mata dalam tempoh 20 tahun akan datang. Menyingkap ringkas ‘Peristiwa Bechah Kemahang’, Ketua Kampung Changkat Berangan, Hassan Shahriman Sulaiman, 68, berkata peristiwa bersejarah itu patut didedahkan kepada masyarakat umum, apatah lagi ketika ini muncul pihak tertentu yang seakan menyebelahi perjuangan komunis. Peristiwa itu merujuk kepada serangan komunis ke atas sebuah bas awam ulang alik dari Taiping ke Grik yang digelar penduduk sebagai ‘Mail Car’ kerana sering membawa bungkusan pos dan penumpang pada 1952. Ketika tiba di Bechah Kemahang, semua 30 penumpang diarahkan turun kerana komunis mengesyaki bas itu membawa anggota risik. Selepas menggeledah dan menyoal siasat, komunis tidak menemui individu dikehendaki menyebabkan mereka bertindak ganas. “Berdasarkan cerita lisan daripada datuk saya, Osman Mat Piah, komunis menggantung sampai mati seorang wanita Cina dan dua wanita Melayu di pondok estet di tepi jalan. Penumpang lain dibawa ke gua di Bintang Hijau dan dikurung. “Mereka mencabar penduduk, jika mahukan tebusan hidup datanglah selamatkan. Ketika itulah muncul tujuh bersaudara terdiri daripada pasukan Homeguard tempatan bangkit menyerang kubu berkenaan dan menyelamatkan tebusan,” katanya. Homeguard tujuh bersaudara itu terdiri daripada Osman Mat Piah bersama dua beradik, Hussien dan Yaakob disertai tiga lagi anak Yaakob iaitu Mior Ahmad, Mior Kassim dan Mior Ariffin serta menantunya, Sulaiman Pandak Yusoff. Bersenjatakan senapang patah dibekalkan kepada pasukan kawalan kampung, tujuh bersaudara itu berjaya menyelamatkan tebusan selepas berlaku pertempuran selama tiga hari menyebabkan semua 30 komunis terbunuh. Polis yang menerima maklumat pertempuran menghantar pasukan diketuai pegawai British membantu menyerang komunis. Bagaimanapun, rasa terkilan wujud di kalangan penduduk kerana sumbangan tujuh bersaudara itu langsung tidak dicatatkan dalam sejarah. “Perkara ini perlu didedahkan, semua orang lama yang tahu cerita ini sudah meninggal dunia. Ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-50, penduduk kampung dengan kerjasama Askar Wataniah pernah melakonkan semula adegan pertempuran ini di padang Lenggong. “Memang kami ada perancangan menjadikan kawasan ini sebagai lokasi sejarah, tetapi kami perlukan bantuan untuk menjadikan hasrat ini satu kenyataan. Jangan biarkan sejarah hilang ditelan zaman,” katanya. 'Lokasi serangan patut jadi tapak sejarah' DARI Changkat Berangan menuju ke banjaran Bintang Hijau, pasti akan menemui lokasi yang dikatakan sarang komunis. Kedudukannya di lereng bukit di tanah agak rata memang strategik untuk pertahanan jika diserang. Tinjauan Berita Minggu mendapati, selepas hampir sejam perjalanan mendaki bukit, kami menemui satu kawasan lapang di tengah hutan. Kawasan itulah yang dikatakan sarang komunis dan logiknya memang ada kerana di tengah hutan tebal, terdapat kawasan yang seolah-olah dibersihkan. Pokok besar masih kekal, tetapi di bawahnya cuma tinggal pokok hutan renek setinggi paras lutut orang dewasa, menunjukkan seolah-olah ia pernah menjadi penempatan untuk tempoh yang lama. Di kawasan dianggarkan 200 meter persegi itu kelihatan wujud satu lubang besar seperti kawah yang dalamnya melebihi paras lelaki dewasa. Penduduk, Abdul Halim Saad, menjelaskan, kawah besar itu adalah bekas letupan bom yang dijatuhkan pesawat pengebom British ke atas kedudukan sarang komunis. “Sudah lebih 50 tahun kawasan ini dibom, sampai sekarang pokok di ini belum tumbuh, cuma tinggal pokok besar. Mungkin akibat campuran bahan kimia daripada bom. Beberapa tahun dulu, kami pernah jumpa serpihan bom melekat pada pokok. “Dulu, tiada siapa berani masuk ke sini ini kerana memang kawasan komunis. Mengikut cerita lisan kawasan ini memang dibersihkan kerana ia adalah satu daripada kem komunis. Mungkin faktor itu juga menyebabkan kawasan ini hanya ada pokok renek, ditambah pula faktor kesan letupan bom,” katanya. Sebaik tiba di lokasi tempat nahas pesawat Bristol Brigand RH 755, kami menemui kesan bahagian depan tayar pesawat. Sayangnya tayar jenis Dunlop itu kelihatan dibakar dipercayai dilakukan oleh rombongan pelajar yang menjejaki kawasan berkenaan. Kira-kira lima meter dari penemuan pertama itu, kelihatan enjin pesawat berkenaan yang dikatakan terhempas pada Mei 1952. Enjin pesawat sebesar kereta perodua Kancil itu tersangkut pada sebatang pokok di lereng bukit. Turut kelihatan, stereng pesawat tiga penumpang dan tidak jauh dari situ, kelihatan beberapa serpihan dinding pesawat serta pintu pesawat yang dicatatkan nombor pendaftaran pesawat PH755.’ Seterusnya, longgokan serpihan badan pesawat turut ditemui dengan sebahagian besarnya hampir terbenam dalam tanah. Satu mesin gun sepanjang lebih tujuh kaki turut ditemui serta beberapa tong gas untuk pesawat. Paling ketara, kira-kira 10 meter dari bangkai pesawat, terdapat empat bilah kipas pesawat yang masih dalam keadaan elok, cuma satu daripadanya terbenam dalam tanah. Kipas sepanjang enam kaki itu dikatakan satu daripada dua kipas utama pesawat berkenaan. Walaupun lokasi nahas itu layak dikategorikan sebagai kawasan bersejarah, namun langsung tiada kelihatan sebarang usaha untuk mengekalkannya atau membawa keluar serpihan bangkai pesawat untuk tatapan umum, bahkan tanda arah juga tidak kelihatan. Ketua Kampung Changkat Berangan, Hassan Shahriman menjelaskan, sebelum ini penduduk kampung pernah mendapatkan bantuan sepasukan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjadi anak angkat di situ untuk menjejaki kawasan berkenaan. “Mereka bawa unit pemusnah bom untuk meletupkan beberapa butir bom. Kami cukup hargai usaha itu sebagai langkah keselamatan. Sepatutnya kawasan ini perlu dijaga dan kami sedia membantu mana-mana pihak. “Semua bahan ini adalah sebahagian daripada tinggalan sejarah menentang komunis. Jika komunis tiada di kawasan ini, sudah pasti pesawat ini tidak terhempas di sini,” katanya. Info: Krew pesawat Bristol Brigand RH 755 yang terkorban.
Juruterbang: Basil Cochrane, Sarjan James Blacklock Armstrong. Cyril John Alexander Cox.


Banjaran Bintang Hijau
Mendapat nama sempena kedudukan kumpulan komunis Bintang 3 dan Bintang 5.
Laluan ke sempadan Thailand (seminggu perjalanan).
Dikelilingi berbelas kampung Baru Cina yang diwujudkan semasa darurat.
Pernah menjadi laluan gerila dan Force 136.
Pernah diisytiharkan kawasan hitam pada 1950-an, 1960-an dan 1970-an, Antara kezaliman komunis sekitar Lenggong dan Grik:
800 komunis mengganas di Grik, Lenggong, Baling dan di Kroh sehingga menjadi padang jarak padang tekukur.

Bermula 1945, membakar rumah penduduk kampung yang enggan menerimanya sebagai pihak berkuasa iaitu:

Bukit Buloh.
Malau.
Kubang.
Kuala Kenering.
Sungai Terap.
Kampung Chua.
Kampung Beko
Manong
Kampung Chepor
Bukit Sapi


Tujuh bersaudara Homeguard

Osman Mat Piah
Hussien Mat Piah
Yaakob Mat Piah
Mior Ahmad Yaakob
Mior Kassim Yaakob
Mior Ariffin Yaakob
Sulaiman Pandak Yusoff (menantu Yaakob)

Tuesday, June 16, 2009

Nizar, 6 wakil pembangkang digantung

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen serta enam lagi anggota pembangkang, digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama dua hari bermula semalam kerana enggan mematuhi peraturan mesyuarat. Mohammad Nizar, yang menang kerusi Bukit Gantang pada pilihan raya kecil 7 April lalu dan enam anggota pembangkang itu diarah keluar oleh Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, selepas mereka tidak menghiraukan arahan supaya membuka lilitan pada songkok, kepala atau lengan bertulis 'Bubar DUN'. Selain Mohammad Nizar, turut digantung ialah Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas), Ngo Kor Ming (DAP-Taiping), N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai), Datuk Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Pas-Kuala Selangor) dan Dr Mohd Hatta Md Ramli (Pas-Kuala Krai),

Kira-kira 20 penyokong parti pembangkang di galeri pemerhati yang turut memakai lilitan itu, juga diarah keluar Dewan. Bagaimanapun, kira-kira setengah jam kemudian Ngeh dan Dr Dzulkefly kembali memasuki Dewan, tetapi keluar semula selepas ditegur Speaker. Kekecohan itu berlaku kira-kira lima minit selepas persidangan bermula apabila Mohamad Nizar, yang memakai lilitan pada songkoknya sebaik selesai mengangkat sumpah, melaungkan 'Hidup, Hidup, Hidup Rakyat, Bubar, Bubar, Bubar DUN Perak' serta


Pandikar Amin ketika mengeluarkan arahan itu berkata: "Secara tradisi, apabila seorang Yang Berhormat mengangkat sumpah, tugas pertama Yang Dipertua ialah mengalu-alukan kehadirannya dengan harapan dia menyumbang bukan saja dari segi perbahasan tetapi juga tatacara, cara bercakap, berdiri, tetapi hari ini seorang wakil rakyat yang juga bekas Menteri Besar gagal berbuat demikian. "Apa juga gelagat di luar dewan, saya tidak kisah tetapi jangan buat gelagat di dalam dewan yang di luar daripada Peraturan Mesyuarat." Ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, Pandikar Amin menegaskan semua pihak termasuk wakil rakyat harus menghormati peraturan mesyuarat Dewan Rakyat. "Parlimen Malaysia tidak membenarkan mana-mana anggotanya memakai lilitan kepala ketika memasuki Dewan Rakyat. Ini bukan budaya kita.

"Pada persidangan hari ini, pembangkang membazirkan masa selama 24 minit menyebabkan banyak perkara yang seharusnya diteruskan terganggu. Dewan Rakyat bukan pasar, ia adalah institusi tertinggi yang membincangkan pelbagai perkara," katanya. Sementara itu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub, menyifatkan tindakan Mohammad Nizar sebagai reaksi spontan kerana kemungkinan dia masih tidak berpuas hati dengan isu DUN Perak. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz pada sidang medianya menyifatkan tindakan Mohammad Nizar sungguh memalukan dan mengecewakan wakil rakyat lain. "Mohammad Nizar mungkin masih fikir ini (Dewan Rakyat) adalah Dewan Undangan Negeri Perak. Selama empat penggal berada dalam Dewan Rakyat, saya tidak pernah melihat tindakan seperti ini," katanya. Pengerusi Kelab Penyokong Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Seri Tiong King Sing, berkata Mohammad Nizar tidak seharusnya bertindak samseng dalam Dewan Rakyat. "Beliau perlu faham Parlimen ada undang-undang dan perlu menghormatinya. Mohammad Nizar juga perlu menghormati Speaker dan tidak seharusnya menjerit dalam Parlimen. "Sebagai seorang pemimpin politik tidak kira parti mana Mohammad Nizar wakili, beliau seharusnya menunjukkan contoh yang baik, tetapi kelakuan beliau sungguh memalukan," katanya. Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) juga menyifatkan kejadian itu memalukan dan diibaratkan seperti 'meludah ke langit, terpercik ke muka sendiri'. "Kalau mahu anak muda menjadi contoh dan memiliki jati diri, kita kena tunjuk teladan. Kalau tidak puas hati, kita boleh berhujah. Apa yang berlaku pagi tadi tidak boleh memberi contoh kepada masyarakat," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Latihan Khidmat Negara (Pindaan) 2008. Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) pula berkata wakil rakyat perlu menjadi pemimpin yang berwibawa dan bukan gila kuasa. "Rakyat kena berfikir pada pilihan raya akan datang, jangan lagi pilih orang seperti ini... ini bukan memberi kebaikan pada negara, sebaliknya hanya mendatangkan keburukan," katanya. Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman (BN-Lipis) berkata, kejadian itu menjijikkan dan tidak sepatutnya dijadikan contoh masyarakat dalam dan luar negara. "Program Latihan Khidmat Negara memupuk nilai, bukannya seperti yang ditunjukkan dalam dewan pagi tadi, ia memalukan," katanya. Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abd Rahman, berkata beliau terkejut dengan tindakan Mohammad Nizar tidak menghormati Dewan Rakyat. "Saya hairan bagaimana individu sepertinya boleh berada di Dewan ini. Tindakan beliau sudah melanggar perundangan dan perlembagaan negara," katanya.

Pendapat PJ

Inilah seorang yang dikatakan alim-ulama tapi gagal mengawal emosi. Sedih melihat si Nizar ini apabila tidak mahu menerima qadak dan qadar ketentuan Allah Taala kepadanya. Tiada sedetik keinsafan di hatinya sehinggakan bertindak sedemikian. Inilah apbila pangkat dan wang ringgit telah mengaburi seorang insan yang tinggi agamanya tapi rebah kerana ketamakan dan kegilaan kuasa.

Friday, June 12, 2009

Mengapa Ah Long @ Along Jadi Pilihan

Pemberi pinjaman wang segera yang lebih dikenali dengan panggilan Ah Long @ Along telah wujud di negara kita sekitar 80an lagi. Ah Long tidak mengenakan syarat-syarat pemohon dan memeriksa data pemohon seperti yang di lakukan oleh pihak bank. Kelulusan permohonan pinjaman Along adalah pantas dalam masa 24 jam. Tapi sendiri mahu ingatlah kaedar faedah yang dikena adalah amat tinggi dan bagi mereka yang dalam keadaan terdesak tidak mengendahkan bahawa pinjaman itu menjerut leher mereka sendiri.

Daripada pengamatan saya mendapati peminjam-peminjam Along adalah mereka yang terdiri daripada golongan ;
1. Mereka yang di senaraikan hitam dan muflis (golongan tak reti bayar hutang)

2. Peniaga-peniaga kecil yang tidak menyediakan akaun perniagaan (taktik elak cukai lah)

3. Mereka yang gagal mendapat pinjaman peribadi dari pihak bank ( dah banyak buat loan)

4. Mereka yang dalam keadaan terdesak kerana mahu mendapat wang dalam kadar segera (sebab tak buat tabungan)

5. Mereka yang berbelanja melebihi dari pendapatan (mereka yang mempunyai motto biar papa asal bergaya)

Umum mengetahui mereka-mereka yang menerima pinjaman daripada Along selalunya yang agak culas membayar hutang dan kerana kegopohan diri sendiri maka mereka sendiri meletakkan diri mereka dan keluarga mereka dalam keadaan tertekan dan ketakutan apabila gagal melunaskan bayaran yang di tetapkan oleh Along. Along yang kita ketahui dengan sikap gangsternya akan terus mendesak supaya peminjam membayar hutang tersebut walaupun dengan kekerasan.

Jadi untuk mengelakkan diri daripada terjerumus dalam bahana Along seharusnya kita mengingati diri kita sendiri supaya berkhemah dalam berbelanja. Kita juga seharusnya menabung 10% daripada gaji yang di terima setiap bulan untuk kegunaan saat-saat kecemasan.


Jangan pertikai kuasa Agong, Raja Melayu - Sultan Azlan

IPOH 11 Jun - Sebarang gerakan mempertikaikan kepentingan orang Melayu dan bumiputera bukan sahaja melanggar peruntukan asas Perlembagaan Negara dan Perlembagaan Negeri, malah turut mempertikaikan kedaulatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu.
Sultan Perak, Sultan Azlan Shah menegaskan, perkara yang termaktub dalam kedua-dua perlembagaan itu adalah persetujuan yang dicapai secara bersama ketika kemerdekaan negara sedang dirundingkan.
Titah baginda, ia dicapai dalam semangat memberi dan menerima serta memahami dan menghormati di kalangan pemimpin yang mewakili kepentingan pelbagai kaum.
''Persetujuan tersebut telah dicapai di antara pemimpin pelbagai kaum, kerajaan Inggeris dan juga Raja-raja Melayu.
''Oleh itu, apa juga gerakan yang dicetuskan untuk mempertikaikan perkara ini, bukan sahaja melanggar peruntukan asas di dalam Perlembagaan Negara dan Perlembagaan Negeri malah mempertikaikan kedaulatan Yang di-Pertuan Agong begitu juga kedaulatan Raja-Raja Melayu," titahnya.
Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Majlis Wacana Ilmu sempena ulang tahun baginda yang ke-81 di Institut Tadbiran Islam Perak di sini hari ini.
Turut berangkat pada majlis berkenaan ialah Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah yang diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.
Sultan Azlan Shah turut memberi peringatan kepada para pemimpin negara bahawa mereka mempunyai tanggung jawab politik dan tanggung jawab kenegaraan.
''Pemimpin di negara ini mempunyai tanggungjawab politik dan kenegaraan untuk menghormati asas-asas yang menjadi tunjang kedaulatan sebuah negara merdeka dan asas-asas yang menjadi akar kepada hubungan kaum yang harmonis iaitu asas-asas yang dipersetujui ketika negara menggubal Perlembagaan Merdeka,'' titah baginda.
Titah Sultan Azlan, penyimpangan daripada semangat asal yang dicapai itu tentunya akan mencetuskan kegelisahan dan mengheret negara kepada keadaan ketidaktentuan.
Pada masa sama, titah baginda, asas-asas persetujuan tersebut jangan sama sekali disalahgunakan di peringkat pelaksanaan sehingga ada kaum yang merasakan diri mereka tertindas.
''Selaras dengan peranan takhta sebagai sumber keadilan, adalah juga menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong dan Raja Pemerintah di setiap negeri memastikan bahawa kepentingan-kepentingan kaum lain yang sah dari segi undang-undang turut dilindungi," titah baginda.
Sultan Azlan bertitah, amalan yang menyimpang daripada prinsip keadilan tidak harus dibenarkan berlaku kerana setiap warganegara yang sah adalah rakyat yang harus diberikan keadilan yang setimpal.
Dalam pada itu, baginda menyuarakan rasa bimbang mengenai perubahan sikap terhadap insan berilmu, cerdik pandai dan profesional yang jumlahnya makin bertambah tetapi tidak mempunyai sifat-sifat kesopanan dan kesusilaan yang merupakan elemen penting mewujudkan kestabilan.
''Hari ini institusi ilmu tumbuh bercambah tetapi aspek kesopanan dan kesusilaan bagaikan tidak diutamakan lagi. Institusi keluarga, institusi masyarakat dan institusi negara bukan sahaja tidak dihormati malah dipersenda secara terbuka.
''Keadaan ini bagai memperlihatkan berlakunya jurang antara perkembangan institusi ilmu dengan penghayatan ilmu dalam amalan hidup seharian.
''Atau kemungkinan sedang berlakunya satu keadaan tidak seimbang di antara pendekatan menyampai dan menyebarkan ilmu yang terlalu menekankan kepada disiplin pengajian masing-masing hingga alpa kepada komponen kesopanan dan kesusilaan," titah baginda.
Titah baginda, ilmu yang dikuasai tanpa asas kesopanan dan kesusilaan yang kukuh boleh meruntuh dan merosakkan tamadun dan nilai-nilai sosial masyarakat setempat.
Justeru, baginda berharap agar komponen kesopanan dan kesusilaan diberikan perhatian dan dianyam dengan bijak oleh setiap insan dan setiap institusi yang terlibat dengan aktiviti keilmuan.

Wednesday, May 27, 2009

Polis surai penyokong sertai mogok lapar

IPOH 26 Mei – Keadaan di sekitar Wisma DAP Perak di sini terkawal apabila polis berjaya menyuraikan kira-kira 70 penyokong pembangkang yang berkumpul mulai 8 pagi ini.
Mereka berkumpul bagi menyaksikan perasmian program mogok lapar dan puasa sunat selama 72 oleh Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin pada pukul 10.15 pagi. - Utusan


Pendapat PJ


Kalau nak puasa sunat ker nak puasa ganti tak payahlah nak bagi tahu satu dunia kan .. Kalau yang mana-mana terasa diri tu bagus sangat why not cuba tak makan minum seminggu. Mana tahu boleh catat nama dalam GWBC (Nak kena check ni dalam GWBC ada tak untuk record berlapar ini).

Jadi mana-mana yang berasakan mogok lapar itu sebagai satu cara desakan yang paling efektif, apa kata wang untuk budget makan sepanjang mogok sengaja lapar ini di salurkan kepada mereka-mereka yang menghadapi kebuluran semulajadi dan bukannya di buat-buat. At least adalah sedikit kesedaran dan keinsafan di hati peserta sengaja mahu kebulur ini.

Monday, May 25, 2009

Pengkianatan Tanpa Di Sedari

Saya amat begitu kecewa apabila mengetahui ada segelintir orang melayu menjual tanah rezab melayu milik mereka kepada bangsa asing. Mereka tidak membuat pindah milik di pejabat tanah tetapi menggunakan khidmat peguam membuat pajakan 99 tahun kepada pembeli bukan melayu. Apa yang menghairankan saya tanah tersebut adalah pemberian kerajaan kepada mereka. Alasanya kerana mereka menjual tanah tersebut di sebabkan tiada modal untuk diusahakan dan berat untuk di lakukan. Pajakan 99 tahun adalah helah bagi mereka melepaskan hak mereka kepada bukan melayu kerana ketamakkan dan kebodohan diri sendiri. Saya tidak masalah jika mereka ini memajakkan tanah mereka kepada maksimum 5 tahun ini mungkin dapat membantu mereka memperolehi modal membangunkan tanah tersebut selepas tempoh pajakan tamat. Bayangkan tanah yang di kurniakan kepada mereka yang seluas 3 ekar yang tidak pernah diusahakan selama ini yang diperolehi 25 tahun yang lepas di bayar premium lebih kurang RM300 dahulu, kini bernilai melebihi RM100,000 bagi tanah lot no 1.

Agensi kerajaan seperti RISDA, TEKUN, AIM, Jabatan Pertanian dan lain lalin lagi di tubuhkan bagi membantu mereka dengan menyediakan modal, khidmat nasihat dan bimbingan bagi memajukan tanah mereka. Agak malang bagi mereka kerana tidak mahu menggunakan peluang ini sebagai batu loncatan untuk mereka memajukan ekonomi diri sendiri. Mereka-mereka ini sanggup melepaskan hak-hak mereka dan apa yang mereka akan warisi kepada anak cucu mereka nanti yang menjadi warisan tanah air ini ?. Ataupun sekurang-kurangnya menjual kepada orang melayu sendiri untuk di majukan daripada kepada bangsa lain.

Apabila pihak kerajaan mengetatkan syarat-syarat pemberian tanah untuk di teroka maka mereka mengatakan kerajaan itu zalim dan kejam. Tapi tindakan mereka-mereka yang menjual tanah pemberian tanah kepada bangsa lain adalah satu tindakan yang zalim kerana menidakkan kemajuan bangsa melayu sendiri.

Inilah satu pengkianatan alaf baru terhadap bangsa sendiri tanpa mereka sedari.


Sunday, May 24, 2009

ISU REMPIT

Isu Mat Rempit sekarang ini mejadi topik paling HOT masa kini. Pelbagai pihak memberi idea-idea bagaimana hendak menangani gelaja merempit ini. Saban hari kita dikejutkan dengan berita sedih dimana mangsa yang majoritinya adalah kaum hawa menjadi mangsa ragut. Amat sedih sekali bagaimana seorang ibu yang hanya mempunyai RM2 di dalam beg duitnya menjadi mangsa korban peragut yang tidak berhati perut ini.

Saya berpendapat kebanyakkan perempit ini adalah mereka-mereka yang datangnya dari kawasan luar bandar dan boleh dikatakan dari keluarga miskin dan sedarhana. Adakah kerana di kampung-kampung mereka ini tidak merempit dan bersikap baik di hadapan ibubapa mereka ? Dari pengamatan saya kebanyakkan mat rempit ini adalah mereka-mereka yang rata-rata mempunyai minat mendalam dalam bidang pemotoran. Di kampung mereka hanyalah menggunakan motosikal orang tua mereka dan tentunya pengubahsuaian tidak dapat dilakukan dan memerlukan wang. Jadi gejala merempit ini agar kurang berlaku di kawasan kampung dan luar bandar kerana faktor kewangan dan hormat mereka kepada orang sekeliling mereka. Jika mereka di dapati merempit di kampung-kampung dan di ketahui maka sesiapa yang mereka kenali akan memberi nasihat dan melaporkan kepada orang tua mereka.

Disebabkan faktor ekonomi maka mereka berhijrah ke bandar-bandar bagi mencari peluang perkerjaan dan ingin bebas melakukan apa yang mereka ingin lakukan selama ini. Tambahan pula dengan adanya kerja sudah tentunya adanya duit maka cita-cita untuk memiliki motosikal terlaksana jua akhirnya. Pengaulan tanpa kawalan dan keinginan yang tidak tertahan ini menjadikan mereka mula mencuba-cuba berlumba-lumba dengan rakan-rakan secara suka-suka. Apabila merasakan hebatnya merempit ini satu cara menonjol diri dan cepat popular maka ia makin menjadi-jadi dengan membuat taruhan dengan rakan-rakan dan geng-geng motor yang lain.


Saya berpendapat enam perkara yang harus di lakukan oleh pihak berwajib bagi mengekang gejala merempit yang semakin menjadi-jadi ini.


1. Ibu bapa seharusnya mendidik anak mereka bahaya membawa laju dan sentiasa berkhemah semasa berada di jalanraya. Semestinya ibubapa memberi contoh yang baik juga dengan tidak melanggar undang-undang jalanraya.


2. Pihak sekolah, kolej dan universiti seharusnya sentiasa memberi bimbingan dan keselamatan di jalanraya. Memperbanyakkan lagi forum-forum dan ceramah-ceramah dan lebih baik juga mengajak bekas mat merempit yang telah insaf menceritakan kisah sedih mereka akibat merempit.


3. Semestinya penguatkuasaan dari pihak polis dengan mengenakan undang-undang yang lebih berat kepada pesalah rempit.

4. Pihak berkuasa seharusnya memantau bengkel-bengkel motosikal agar pengubahsuaian yang dilakukan oleh pemilik bengkel mematuhi standard motosikal dimana kelajuannya adalah memadai dengan CC motosikal tersebut.


5. Pihak JPJ seharusya mengadakan sekatan jalanraya memeriksa motosikal yang berada di jalanraya adalah dalam keadaan baik dan tiada pengubahsuaian haram di lakukan.


6. Pihak syarikat filem dan drama mengarap hasil seni mereka ini dengan lebih bertanggungjawab dan mendidik penonton kearah kebaikan. Tidak di nafikan pengaruh drama impak maksima, REMPIT, BOHSIA telah memberi kesan negatif kepada remaja kita walaupun pengakhiran jalan cerita tersebut adalah satu pengajaran.

Nizar pulangkan kereta rasmi MB Perak


IPOH 24 Mei — Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menyerahkan kenderaan rasmi Menteri Besar, Toyota Camry, nombor pendaftaran AGS 10 kepada kerajaan negeri di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini.
Pembantu Khas Mohammad Nizar, Amran Harun berkata Mohammad Nizar menyerahkan kunci kereta itu kepada pengawal keselamatan yang bertugas di bangunan itu pada kira-kira 8 pagi berikutan hari ini adalah cuti hujung minggu untuk kakitangan kerajaan.
Mohammad Nizar sudah memaklumkan kepada pegawai kerajaan negeri yang bertanggungjawab berhubung pemulangan kenderaan rasmi itu, kata Amran kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.
Pendapat PJ
Eloklah harap-harap si Nizar Derhaka ini telah sedar dan mendapat menerima kenyataan bahawa beliau bukanlah lagi MB Perak. Menginsafi diri adalah lebih baik daripada kehulu-kehilir menyatakan akulah MB Perak.

Monday, May 18, 2009

Adakah VSS atau Skim Paksaan Berhenti Kerja ?





Kegawatan ekonomi telah memberi impak yang besar kepada negara dan khususnya sektor perkilangan. Sektor-sektor perkilangan sekarang ini galak menawarkan perberhentian sukarela atau lebih di kenali dengan VSS. Ada juga sektor perkilangan yang tidak bertanggungjawab menggunakan taktik memaksa pekerjanya mengambil cuti tanpa kerelaan dengan alasan kegawatan ekonomi dan tempahan yang di terima berkurangan. Kalau setakat 1 dan bulan tidak mengapa, apa akan terjadi kepada pekerja tersebut jika gajinya yang di terimanya hanya setengah bulan dan berlarutan sehingga setengah tahun, sedangkan bayaran rumah, api, air dan ansuran kenderaan masih perlu di bayar. Keadaan ini menyebabkan tekanan hidup terhadap pekerja tersebut dan memungkinkannya mengambil berhenti kerja tanpa mendapat apa-apa pampasan daripada pihak majikan.

Saya ada berberbual dengan seorang operator pengeluarang sebuah kilang elektronik yang berjenama terkenal yang menyatakan terpaksa mengambil VSS kerana tidak tahan kerana hanya mendapat gaji tanpa apa-apa elaun dan tiada kerja lebih masa. Apabila saya menanya kepada beliau, jika awak berhenti siapa pula yang akan mengantikan beliau ? Beliau menyatakan pihak syarikat lebih berminat mengambil pekerja asing secara kontrak bagi menjimatkan kos operasi syarikat.


Saya berasakan pihak kerajaan seharusnya memantau pihak-pihak syarikat tidak memaksa pekerjanya mengambil VSS dan melakukan pemantauan terhadap syarikat terbabit bagi mengelakkan VSS ini tidak digunakan bagi menyahkan pekerja warga Malaysia daripada syarikat terbabit.


Mahukah kita menjadikan negara ini sebagai lubuk emas bagi warga asing sedangkan rakyat sendiri terpaksa bertungkus lumus mencari pekerjaan di negara sendiri. Adakah kerana di sebabkan syarikat yang terbabit ini berpangkalan dari negara luar maka pada mereka keuntungan adalah segala-galanya. Adakah pihak kerajaan hanya mahu menjaga syarikat-syarikat korporat ini sentiasa untung atau sekurangnya break-even tapi menjadikan pekerjanya warga negara kita sebagai korban ? Sukar untuk kita menjawabnya tapi apa yang di hadapan mata itulah realitinya.

Saturday, February 21, 2009

Cerita Kapal Sink

Hari Kapal sink baru menerima dua peluru hidup. Mungkin si penghantar tersebut terlupa atau tak mampu membeli pistol jadi dapat beli peluru untuk kapal adalah mencukupi. Kapal Sink adalah kapal yang kebal dan tahan lasak walupun di hujani dengan gelombang. Tapi lama kelamaan kapal sink akan bocor juga dan tenggelam jua satu hari nanti.

Siapa Salah ? Elizabeth, Hilmi atau orang ke3

Berita sensai paling popular sekarang ini gambar 3/4 bogel Elizabeth Wong yang dipercayai di rakam oleh bekas kekasihnya. Adakah itu benar ? Jawapan tersebut ada pada Elizabeth sahaja dan perakam tersebut.
Saya berpendapat gambar tersebut di ambil semasa Elizabeth dalam keadaan sedar kerana tidakkah pelik seseorang itu berkata mata semasa tidur ? Tidak tanduk Elizabeth dapat kita agak bahawa gambar tersebut diambil tanpa paksaan atau pun curi-curi tangkap. Sebagai seorang yang bergiat aktif di dalam politik seharusnya beliau berhati-hati dalam setiap tingkah lakunya. Walaupun beliau bukan Islam dan seharusnya beliau mengetahui dari segi moral adakah apa yang beliau lakukan itu baik.
Dalam perkara ini saya tidak meletakkan salah kepada Hilmi Malek sahaja kerana saya percaya tidak mungkin beliau sanggup berkongsi saat-saat manis beliau dengan kekasihnya itu. Saya juga percaya Hilmi tahu Jabatan agama Islam akan mengambil tindakan terhadap beliau atas tuduhan khalwat dan zina. Adakah berbaloi jika beliau berbuat demikian ? Jika saya tak mungkin saya lakukan walaupun dibayar jutaan ringgit kerana maruah, harga diri adalah tinggi daripada wang ringgit.
Elizabeth yang kita ketahui bahawa terbang bersama rombongan mengejar katak di Taiwan dikatakan intim dengan Tian Chua. Adakah ini benar ?
Saya berpendapat bahawa hanya Elizabeth yang mengetahui the true story and whose the culprit. Adakah musuh beliau di dalam PKR sendiri ? Apa pun dari saya tiada simpati daripada saya kerana sebagai public figure beliau seharusnya pandai menjaga maruah dirinya dan sentiasa berwaspada dengan orang di sekelilingnya.

Friday, February 6, 2009

" NIZAR SI PENDERHAKA "

Alhamdulillah .. akhirnya Datuk Dr Zambry selamat mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak yang baru mengantikan penderhaka Nizar boneka. Walaupun berlaku keganasan dari penyokong PR yang sudah dijangkakan oleh saya sendiri. Betapa sakit hatinya saya melihat orang Melayu Islam kita yang baru ataupun tidak sembahyang Jumaat tadi melakukan keganasan dengan menyekat kereta DYMM Tuanku Perak dan rombongan ke Istana bagi upacara mengangkat sumpah Menteri Besar.


Inilah hasilnya apabila orang Melayu kita sudah hilang hormat dan sayang terhadap Sultan yang berpendidikkan tinggi dan berjiwa rakyat ini. Orang Melayu yang lupa diri ini berjaya di ubahsuai oleh pemimpin-pemimpin parti mereka menjadi ganas dan hilang hormat. Saya jijik melihat mereka-mereka ini dan sedih melihat mereka ini perbodohkan, dipergunakan oleh mereka-mereka yang berkepentingan. Seharusnya selepas mengerjakan solat Jumaat mereka lebih bersikap lebih sabar dan menginsafi diri.


Dengan konfilik di Perak ini adakah kita mahu lagi mempercayai PAS yang kononnya menyatakan Sultan adalah Payung kita, tapi hakikatnya mereka hanya bermain-main dengan perkataan yang sedap didengar tapi apa yang PAS lakukan sekarang ini adalah menghina Kesultanan Melayu. Sebagaimana mereka menyatakan kami tidak memperjuangkan bangsa, kami memperjuangkan Islam dan taat pada Sultan dan INILAH PENIPUAN PAS YANG NYATA.


Pada fikiran saya jika PR memerintah Malaysia maka negara ini akan menjadi negara Republik, dimana kuasa Sultan dan Raja-Raja akan di lenyapkan bersama-sama dengan hak-hak keistimewaan orang Melayu sendiri.


PKR dan DAP adalah dua parti yang kita ketahui sanggup melakukan apa sahaja untuk meraih sokongan dan sekarang ini mereka berjaya meLIBERALkan sebuah parti Islam.


Adakah berbaloi mereka-mereka yang melakukan keganasan di Perak sedangkan kita seharusnya bersyukur mempunyai negeri yang makmur dan aman. Seharusnya mereka sedar bahawa Nizar si penderhaka ini adalah boneka dan alat kepada DAP dan PKR untuk menjalankan misi mereka. Nizar yang umum mengetahui adalah bertaraf alim ulama sanggup membuang Sultan yang mengangkatnya menjadi MB dan bertukar menjadi manusia lupa diri. Inilah produk nyata yang di hasilkan oleh DAP dan PKR iaitu " NIZAR SI PENDERHAKA "

Wednesday, February 4, 2009

BERTAUBATLAH EX-MBB NIZAR, KARIER POLITIK ANDA HANYA DI SINI...

Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT akhirnya kerajaan Pakatan Rapuh akhirnya berkecai dek kerana ketidakpuasan hati dengan ex-MBB Nizar. Itulah jadinya apabila Pakatan Rapuh galak mengoda MP BN untuk menjadi katak dan akhirnya orang mereka sendiri yang melompat.
Yang menjadi peliknya ex-MBB Nizar yang umum mengetahuinya dalam ilmu agamanya menjadi boneka dan pak turut dan mengumumkan pembubaran DUN Perak kerana sudah mengetahui adanya ADUN PR keluar parti. Hmm .. betapa cekapnya Nizar ini dan terserlahlah ketamakkan kuasa dan dia di perbodohkan. Nah sudah terbukti beliau mahu menjaga periuk nasinya sendiri sedangkan rakyat menderita bertungkus lumus menharungi kemelesetan ekonomi. Sanggup beliau membubarkan DUN Perak untuk menghabiskan jutaan ringgit wang rakyat untuk diadakan pilihanraya DUN Perak.
Belum mendapat perkenan Sultan Perak beliau membubarkan DUN adalah tindakan boleh dikatakan kurang bijaksana. Marilah kita bersama berdoa ke hadrat SWT agar Sultan Perak yang umum mengetahui mesra dan berjiwa rakyat ini tidak memperkenankan pembubaran ini di lakukan. Saya berharap ex-MBB Nizar janganlah bersikap seperti orang suruhan tidak tahu berfikir dengan kurniaan akal fikiran yang Allah SWT kurniakan padanya.
BERTAUBATLAH EX-MBB NIZAR, KARIER POLITIK ANDA HANYA DI SINI...

Friday, January 30, 2009

Melayu kita semakin meLAYU !!

Melayu kita terus meLAYU !! Inilah hakikatnya yang sebenarnya berlaku tanpa kita sedari. Melayu kita saling jatuh menjatuhi antara satu sama lain kerana ketamakkan kuasa dan hasad dengki. Tidak mahu bersatu kerana masing-masing mahu tunjuk pandai. Tidak mahu bermuzakarah untuk membincangkan agenda bangsa, memperkasakan bangsa adakalanya sanggup mengadaikan nasib bangsa untuk karier politik.
Inilah yang terjadi terhadap bangsa kita yang semakin hari semakin buruk. Adakah pemimpin Melayu kita sudah lupa asal usul negara kita, sudah lupa sejarah ? Mungkin hanya memikirkan $$$$$ dan membiarkan Melayu terus meLAYUUUUUUUUUUU.........