PJ : Saya ucapkan ribuan terima kasih jika anda membaca pendapat peribadi yang ingin saya kongsikan bersama-sama dengan anda-anda semua. Saya hanya akan memaparkan komen-komen yang beretika sahaja.


Saturday, November 29, 2008

Kenyataan Soi Lek biadab

KUALA LUMPUR 28 Nov. - Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Pewaris menyifatkan kenyataan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek yang menolak konsep ketuanan Melayu sebagai kurang ajar dan biadab.
Timbalan Presidennya, Rahimuddin Md. Harun berkata, kenyataan itu boleh menimbulkan provokasi di kalangan bangsa Melayu dan bangsa lain di negara ini.
"Kenyataan berbaur perkauman itu tidak sepatutnya keluar dari mulut Sio Lek hanya semata-mata untuk menaikkan populariti beliau yang pernah mempunyai skandal seks dahulu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Soi Lek yang menolak konsep ketuanan Melayu yang disifatkan beliau sebagai tidak lagi relevan.
Rahimuddin berkata, sebagai bekas menteri, Soi Lek sepatutnya lebih faham akan perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan tentang kedudukan orang Melayu dan bumiputera serta bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Katanya, umat Islam dan bangsa Melayu tidak akan berdiam diri lagi jika penghinaan terus dilakukan oleh kaum lain.
Beliau meminta agar isu perkauman tidak dijadikan bahan untuk perdebatan kerana keamanan dan keharmonian adalah amat penting.
"Ingin diingatkan di sini agar kita tidak mahu tragedi 13 Mei 1969 berulang lagi hanya kerana sifat dengki dan iri hati oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan keistimewaan orang Melayu dan bumiputera," tegasnya.
Pendapat PJ
Kembalinya Chua Soi Lek ke arena politik Malaysia tentunya untuk menjadi HERO dengan mengeluarkan kenyataan demi kenyataan yang berbaur perkauman dengan mempertikaikan ketuanan Melayu. Beliau seharusnya berasa malu dengan skandal seksnya yang dilakukan oleh beliau dan lebih beradab. Sememangnya beliau adalah kurang ajar dan tidak tahu berterima kasih.

No comments: