PJ : Saya ucapkan ribuan terima kasih jika anda membaca pendapat peribadi yang ingin saya kongsikan bersama-sama dengan anda-anda semua. Saya hanya akan memaparkan komen-komen yang beretika sahaja.


Friday, June 12, 2009

Mengapa Ah Long @ Along Jadi Pilihan

Pemberi pinjaman wang segera yang lebih dikenali dengan panggilan Ah Long @ Along telah wujud di negara kita sekitar 80an lagi. Ah Long tidak mengenakan syarat-syarat pemohon dan memeriksa data pemohon seperti yang di lakukan oleh pihak bank. Kelulusan permohonan pinjaman Along adalah pantas dalam masa 24 jam. Tapi sendiri mahu ingatlah kaedar faedah yang dikena adalah amat tinggi dan bagi mereka yang dalam keadaan terdesak tidak mengendahkan bahawa pinjaman itu menjerut leher mereka sendiri.

Daripada pengamatan saya mendapati peminjam-peminjam Along adalah mereka yang terdiri daripada golongan ;
1. Mereka yang di senaraikan hitam dan muflis (golongan tak reti bayar hutang)

2. Peniaga-peniaga kecil yang tidak menyediakan akaun perniagaan (taktik elak cukai lah)

3. Mereka yang gagal mendapat pinjaman peribadi dari pihak bank ( dah banyak buat loan)

4. Mereka yang dalam keadaan terdesak kerana mahu mendapat wang dalam kadar segera (sebab tak buat tabungan)

5. Mereka yang berbelanja melebihi dari pendapatan (mereka yang mempunyai motto biar papa asal bergaya)

Umum mengetahui mereka-mereka yang menerima pinjaman daripada Along selalunya yang agak culas membayar hutang dan kerana kegopohan diri sendiri maka mereka sendiri meletakkan diri mereka dan keluarga mereka dalam keadaan tertekan dan ketakutan apabila gagal melunaskan bayaran yang di tetapkan oleh Along. Along yang kita ketahui dengan sikap gangsternya akan terus mendesak supaya peminjam membayar hutang tersebut walaupun dengan kekerasan.

Jadi untuk mengelakkan diri daripada terjerumus dalam bahana Along seharusnya kita mengingati diri kita sendiri supaya berkhemah dalam berbelanja. Kita juga seharusnya menabung 10% daripada gaji yang di terima setiap bulan untuk kegunaan saat-saat kecemasan.


No comments: