PJ : Saya ucapkan ribuan terima kasih jika anda membaca pendapat peribadi yang ingin saya kongsikan bersama-sama dengan anda-anda semua. Saya hanya akan memaparkan komen-komen yang beretika sahaja.


Sunday, October 12, 2008

Peralihan Kuasa Pak Lah - Najib

Saya berpendapat peralihan kuasa daripada Pak Lah kepda Najib Razak adalah sesuatu yang tepat pada masanya. Selepas PRU12 jelas menunjukkan rakyat telah menolak pemerintahan Pak Lah yang di anggap lembik, lemah dan terlalu takut dengan tuntutan dan ugutan-ugutan pihak-pihak tertentu. Penyokong-penyokong BN yang selama ini taat sudah berubah menjadi penderhaka dan sanggup bersetongkol dengan seteru BN. Kesilapan Pak Lah adalah kerana terlalu bertindak tanpa memikirkan impak terhadap pengundi setianya. Apabila pengundi setianya merasakan Pak Lah adalah pemimpin yang lemah maka tiada gunanya mereka terus menyokong beliau.
Walaupun begitu saya amat teruja akhirnya Pak Lah sanggup melepaskan jawatan PM kepada Najib Razak pada Mac ini. Paa pemerhatian saya Pak Lah cuba memperbaiki kedudukkanya dengan pelbagai cara tapi apabila kepercayaan sudah luntur dan kebencian mula menebal di hati pengikut setianya maka apa-apa yang dilakukan sudah tiada berguna lagi. Walaupun begitu sumbangan beliau terhadap negara haruslah kita sanjungi dan bukanlah mudah untuk beliau menjaga setiap hati rakyat Malaysia. Umpama kan di tempat beliau dan adakah kita layak menjadi pemimpin yang sanggup menerima kritkan, fitnah dan caci cerca ? Mudah untuk kita katakan tapi tidak mudah untuk dilakukan.
Saya amat berharap kepimpinan Najib Razak dapat memperbaiki kelemahan dan bersikap lebih tegas tetapi adil dalam menangani isu-isu semasa. Jika Najib Razak berjaya menunjukkan bahawa beliau seorang yang berani dan tidak gentar dengan taktik-taktik kotor PR, saya percaya PRU13 akan menyaksikan BN dapat mengurangkan bilangan kerusi yang dimenangi oleh PR pada PRU12.

No comments: