PJ : Saya ucapkan ribuan terima kasih jika anda membaca pendapat peribadi yang ingin saya kongsikan bersama-sama dengan anda-anda semua. Saya hanya akan memaparkan komen-komen yang beretika sahaja.


Thursday, October 16, 2008

Penduduk terkejut MBI naikkan cukai pintu 500%


Oleh ANGELINA SINYANG
Shahruzzaman Abdul Halim menunjukkan bil cukai pintu Majlis Bandaraya Ipoh yang naik sebanyak hampir enam kali ganda semasa berkunjung ke pejabat Utusan Malaysia di Ipoh semalam. – Gambar HANAFI KHAMIS
IPOH 15 Okt. – Penduduk di Bandar Baru Sri Klebang, Chemor di sini terkejut apabila menerima notis Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang bercadang menaikkan cukai pintu hartanah di kawasan itu 500 peratus bermula November ini.
Sambil melahirkan rasa marah dan kesal, mereka memberitahu, cadangan kenaikan cukai taksiran MBI itu tidak munasabah dan tidak masuk akal.
Seorang penduduk, Shahruzzaman Abd. Halim, berkata, beliau yang baru dua tahun mendiami rumah banglo yang dibelinya di Jalan Sri Klebang 3, Bandar Baru Sri Klebang selama ini hanya dikenakan cukai pintu sebanyak RM108.80 setahun semasa kerajaan Barisan Nasional (BN) berkuasa di Perak.
Menurut beliau, kadar cukai tersebut naik mendadak pada tahun ini selepas MBI mengeluarkan notis mencadangkannya membayar cukai taksiran sebanyak RM691.20 setahun.
“Pada 15 September lalu, MBI telah menghantar notis kepada saya memaklumkan bahawa mereka akan meminda nilai tahunan harta atau cukai pintu ke atas rumah saya yang beralamat di Lot PT 186990, 13 Jalan Sri Klebang 3, Bandar Baru Sri Klebang, 31200 Chemor.
Pendapat PJ
ehmmmm jika inilah pemerintahan PR di bawah kuasa MBB Nizar jutaan tahniah saya ucapan kerana berjaya memperdayakan rakyat negeri Perak dalam PRU12 yang lalu. Mengapa mahu mengalihkan pengurusan yang tidak cekap dengan menaikkan cukai pintu bagi menjana pendapatan MBI. Kononnya kerajaan PR adalah telus dan adil kepada semua rakyat Perak adalah satu pembohongan yang nyata.
Saya merasakan adalah perlu untuk rakyat Perak melenyapkan kekuasaan di Perak pada PRU13 nanti.

No comments: