PJ : Saya ucapkan ribuan terima kasih jika anda membaca pendapat peribadi yang ingin saya kongsikan bersama-sama dengan anda-anda semua. Saya hanya akan memaparkan komen-komen yang beretika sahaja.


Monday, May 18, 2009

Adakah VSS atau Skim Paksaan Berhenti Kerja ?





Kegawatan ekonomi telah memberi impak yang besar kepada negara dan khususnya sektor perkilangan. Sektor-sektor perkilangan sekarang ini galak menawarkan perberhentian sukarela atau lebih di kenali dengan VSS. Ada juga sektor perkilangan yang tidak bertanggungjawab menggunakan taktik memaksa pekerjanya mengambil cuti tanpa kerelaan dengan alasan kegawatan ekonomi dan tempahan yang di terima berkurangan. Kalau setakat 1 dan bulan tidak mengapa, apa akan terjadi kepada pekerja tersebut jika gajinya yang di terimanya hanya setengah bulan dan berlarutan sehingga setengah tahun, sedangkan bayaran rumah, api, air dan ansuran kenderaan masih perlu di bayar. Keadaan ini menyebabkan tekanan hidup terhadap pekerja tersebut dan memungkinkannya mengambil berhenti kerja tanpa mendapat apa-apa pampasan daripada pihak majikan.

Saya ada berberbual dengan seorang operator pengeluarang sebuah kilang elektronik yang berjenama terkenal yang menyatakan terpaksa mengambil VSS kerana tidak tahan kerana hanya mendapat gaji tanpa apa-apa elaun dan tiada kerja lebih masa. Apabila saya menanya kepada beliau, jika awak berhenti siapa pula yang akan mengantikan beliau ? Beliau menyatakan pihak syarikat lebih berminat mengambil pekerja asing secara kontrak bagi menjimatkan kos operasi syarikat.


Saya berasakan pihak kerajaan seharusnya memantau pihak-pihak syarikat tidak memaksa pekerjanya mengambil VSS dan melakukan pemantauan terhadap syarikat terbabit bagi mengelakkan VSS ini tidak digunakan bagi menyahkan pekerja warga Malaysia daripada syarikat terbabit.


Mahukah kita menjadikan negara ini sebagai lubuk emas bagi warga asing sedangkan rakyat sendiri terpaksa bertungkus lumus mencari pekerjaan di negara sendiri. Adakah kerana di sebabkan syarikat yang terbabit ini berpangkalan dari negara luar maka pada mereka keuntungan adalah segala-galanya. Adakah pihak kerajaan hanya mahu menjaga syarikat-syarikat korporat ini sentiasa untung atau sekurangnya break-even tapi menjadikan pekerjanya warga negara kita sebagai korban ? Sukar untuk kita menjawabnya tapi apa yang di hadapan mata itulah realitinya.

No comments: