PJ : Saya ucapkan ribuan terima kasih jika anda membaca pendapat peribadi yang ingin saya kongsikan bersama-sama dengan anda-anda semua. Saya hanya akan memaparkan komen-komen yang beretika sahaja.


Monday, May 25, 2009

Pengkianatan Tanpa Di Sedari

Saya amat begitu kecewa apabila mengetahui ada segelintir orang melayu menjual tanah rezab melayu milik mereka kepada bangsa asing. Mereka tidak membuat pindah milik di pejabat tanah tetapi menggunakan khidmat peguam membuat pajakan 99 tahun kepada pembeli bukan melayu. Apa yang menghairankan saya tanah tersebut adalah pemberian kerajaan kepada mereka. Alasanya kerana mereka menjual tanah tersebut di sebabkan tiada modal untuk diusahakan dan berat untuk di lakukan. Pajakan 99 tahun adalah helah bagi mereka melepaskan hak mereka kepada bukan melayu kerana ketamakkan dan kebodohan diri sendiri. Saya tidak masalah jika mereka ini memajakkan tanah mereka kepada maksimum 5 tahun ini mungkin dapat membantu mereka memperolehi modal membangunkan tanah tersebut selepas tempoh pajakan tamat. Bayangkan tanah yang di kurniakan kepada mereka yang seluas 3 ekar yang tidak pernah diusahakan selama ini yang diperolehi 25 tahun yang lepas di bayar premium lebih kurang RM300 dahulu, kini bernilai melebihi RM100,000 bagi tanah lot no 1.

Agensi kerajaan seperti RISDA, TEKUN, AIM, Jabatan Pertanian dan lain lalin lagi di tubuhkan bagi membantu mereka dengan menyediakan modal, khidmat nasihat dan bimbingan bagi memajukan tanah mereka. Agak malang bagi mereka kerana tidak mahu menggunakan peluang ini sebagai batu loncatan untuk mereka memajukan ekonomi diri sendiri. Mereka-mereka ini sanggup melepaskan hak-hak mereka dan apa yang mereka akan warisi kepada anak cucu mereka nanti yang menjadi warisan tanah air ini ?. Ataupun sekurang-kurangnya menjual kepada orang melayu sendiri untuk di majukan daripada kepada bangsa lain.

Apabila pihak kerajaan mengetatkan syarat-syarat pemberian tanah untuk di teroka maka mereka mengatakan kerajaan itu zalim dan kejam. Tapi tindakan mereka-mereka yang menjual tanah pemberian tanah kepada bangsa lain adalah satu tindakan yang zalim kerana menidakkan kemajuan bangsa melayu sendiri.

Inilah satu pengkianatan alaf baru terhadap bangsa sendiri tanpa mereka sedari.


No comments: