PJ : Saya ucapkan ribuan terima kasih jika anda membaca pendapat peribadi yang ingin saya kongsikan bersama-sama dengan anda-anda semua. Saya hanya akan memaparkan komen-komen yang beretika sahaja.


Friday, August 29, 2008

Politik Anwar Ibrahim ..

Anwar dengan megahnya mengangkat sumpah sebagai seorang ahli parlimen dan menjadi ketua pembangkang di parlimen. Sudah tentunya selepas ini dewan parlimen yang selama ini sudah cukup riuh rendah mengalahkan pasar malam akan bertambah meriahnya dengan bertambahnya kaki-kaki bising di parlimen. Adakah wakil rakyat daripada PR ( Pakatan Rahsia) akan berubah menjadi “ budak baik “ dan mendengar kata dan juga lebih bersikap professional ? Kita tunggu dan lihat .

Saya berpendapat Anwar akan menggunakan kelicikannya untuk menarik ahli-ahli parlimen BN untuk menyertai PR bagi merealisasikan impiannya untuk menjadi PM. Apakah modal yang akan di gunakan oleh beliau ? Sudah tentunya idea kesamarataan semua bangsa, keadilan untuk semua, royalti minyak 20% untuk Sabah, menjanjikan jawatan-jawatan dalam kabinetnya dan lain-lain janj yang ditaburkan.

Jika Anwar adalah seorang yang memperjuangkan keadilan beliau tidak seharusnya membuat pelawaan ahli-ahli parlimen BN untuk menjadi perderhaka kepada pengundi BN. Haram untuk beliau bercakap tentang keadilan yang ternyata keadilan telah di pergunakan oleh beliau untuk mencapai cita-citanya. Adakah menyuruh seseorang itu menjadi seorang pengkianat terhadap pemberi undi adalah sesuatu tindakan yang adil ? Menjadikan seseorang itu menjadi tamak adakah sesuatu tindakan yang betul ? Menjadikan seseorang itu menjadi si tanggang adakah tindakan yang relevan ? Amat malu saya katakan apabila seorang insan yang berbangsa Melayu dan Islam yang bernama Anwar Ibrahim ini sanggup meleburkan harapan orang Melayu sandarkan kepada beliau demi politik balas dendam. Sungguh menyedihkan apabila beliau berjaya menjadikan lebih ramai umat Melayu menjadi golongan penderhaka bangsa.

Adakah kita sedar bahawa permainan politik Anwar adalah sangat memberbahaya yang akan mengundang padah dan malapetaka besar kepada rakyat Malaysia. Adakah beliau dapat memenuhi janji-janji politiknya kepada semua bangsa di Malaysia ? Beliau begitu galak menabur janji dan bercakap saya boleh buat ini dan itu, no corruption, no kronisme, no nepotisme, no wastage, no leakage dan no, no no . Wow betapa hebatnya Anwar Ibrahim seumpama jika beliau menjadi PM semuanya akan teratur dan taraf hidup rakyat menjadi senang seperti mi segera. Amat takut saya katakana apabila janji-janji beliau tidak dapat di laksanakan. Sudah tentunya kestabilan politik dan ekonomi akan terjejas teruk yang memungkinkan berlakunya rusuhan dan akhirnya kita sebagai rakyat yang selama ini hidup amat damai akan bergaduh sesama sendiri.

No comments: