PJ : Saya ucapkan ribuan terima kasih jika anda membaca pendapat peribadi yang ingin saya kongsikan bersama-sama dengan anda-anda semua. Saya hanya akan memaparkan komen-komen yang beretika sahaja.


Monday, July 14, 2008

PAS Bercerai Talak 4 Dengan PR ??

SHAH ALAM 13 Julai - Dewan Pemuda Pas Selangor akan akur dengan keputusan pucuk pimpinan parti itu sekiranya mereka mahu mengkaji semula kedudukan Pas dalam pakatan pembangkang termasuk di Selangor.
Ketuanya, Sallehen Mukhyi berkata, jika kajian semula hubungan Pas dengan parti pembangkang lain boleh mendatangkan kebaikan Pas pada masa depan, maka Dewan Pemuda akan mengikut langkah itu.
"Saya tidak mahu mengulas tentang kaji semula hubungan ini kerana segala keputusan dibuat oleh pucuk pimpinan Pas Pusat.
"Namun, kita tetap akur dengan segala keputusan oleh pucuk pimpinan yang dibuat sama ada untuk kekal ataupun keluar daripada pakatan pembangkang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas ura-ura Pas yang dikatakan mahu keluar daripada pakatan pembangkang berikutan timbul rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin parti itu yang merasakan rakan sekutu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP cuba membelakangi mereka.
Ini kerana, PKR dan DAP dikatakan tidak menghargai sumbangan dan peranan Pas selepas pilihan raya umum pada Mac lalu termasuk membelakangi parti itu dalam membuat keputusan walaupun mereka turut berada dalam pentadbiran kerajaan negeri seperti di Selangor dan Perak.
Malah, sentimen berkenaan dilihat semakin jelas apabila pemimpin Pas dikatakan sudah mencapai kesepakatan dalam isu dakwaan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mahu Penasihat PKR itu menyelesaikan dakwaan berkenaan secara bersendirian tanpa perlu melibatkan Pas.
Pendapat PJ

Jika ini benar berlaku ia adalah satu pertanda yang baik dan berharap sangat agar PAS kembali kepada landasan perjuangannya , samada secara solo atau mungkin kerjasama dengan UMNO. Jika dahulunya Hardcore PAS bercakap tentang hukum hakam sekarang ini tertunduk malu kerana kegopohanya pimpinanya untuk mendapatkan kuasa. PAS dan DAP ternyata perjuangan dan matlamatnya adalah sangat berbeza dan tak mungkin bersatu bak kata perpatah melayu “ air dan minyak, manakan bersatu “. Selepas PRU12 yang lalu ahli-ahli PAS hanya membisu dan mendiamkan diri apabila di tanya mengenai perkembangan semasa PAS. Mereka merasakan tertipu kerana PAS mengunakan Islam sebagai wadah perjuangan akan tetapi sekutu-sekutu PAS sedikit demi sedikit merampas apa yang mereka seolah-olah PAS tidak lagi memperjuangkan hak mereka dan agenda negara islam sudah terkubur walaupun ia di sangkal oleh pucuk pimpinan PAS tapi sekutunya menyatakan NO ISLAMIC COUNTRY.
Saya melayari Harakah dan Suara Keadilan sebentar tadi akan tetapi isu ini tidak di sentuh langsung tapi sebagai parti yang berlandaskan islam PAS harus keluar dari PR – Pakatan Rahsia kerana perjuanganya tenggelam bersama-sama rahsia yang tersirat di dalam agenda sekutu-kutunnya.

No comments: