PJ : Saya ucapkan ribuan terima kasih jika anda membaca pendapat peribadi yang ingin saya kongsikan bersama-sama dengan anda-anda semua. Saya hanya akan memaparkan komen-komen yang beretika sahaja.


Wednesday, July 23, 2008

Anwar bertemu komuniti diplomatik

Pendapat PJ

Saya berpendapat Anwar cuba memancing sokongan orang asing dengan mengadakan forum bersama wakil kedutaan asing untuk mencapai matlamatnya menjadi PM pada September ini. Beliau seolah-olah menjemput mereka-mereka ini untuk campurtangan dalam hal ehwal dalam negara kita yang sememangnya amat di nantikan oleh mereka. Tidak keterlaluan saya katakan selepas ini beliau mempunyai banyak pilihan untuk berlindung jika sesuatu menimpa keatasnya. Masalah poilitik Malaysia sudah tersebar di seluruh di dunia dengan “ cara yang terlalu kreatif “ yang digunakan oleh Anwar.

Terlalu banyak perkara yang pelik beliau lakukan seperti berlindung di kedutaan asing, laporan Qazaf di Jawi, tidak hadir soal siasat polis sehinggakan waran tangkap di keluarkan, isu di bogelkan semasa pemeriksaan di HKL dan tidur atas lantai simen dan yang terbaru bertemu dengan wakil-wakil kedutaan asing dan lain-lain lagi.

Satu soalan di fikiran saya kenapa beliau bersungguh mahu mempromosikan tuduhan liwat kepada orang luar sedangkan kes masih di dalam siasatan, kenapa mahu berkata ialah adalah fitnah sedangkan mahkamah belum lagi membicarakan kes ini. Saya merasakan mesti ada sesuatu yang tidak kena dengan tindak-tanduk beliau, kerana jika sebelum ini saya percaya kes liwat ini adalah Pakatan Rahsia antara beliau dan Saiful akan tetapi tingkah laku beliau seakan-akan mengatakan tuduhan tersebut adalah benar. Anwar tidak perlu berkongsi pandangan mengenai kedudukan ekonomi dengan wakil-wakil kedutaan asing kerana beliaulah salah satu penyebab utama kelembapan ekonomi dengan menghuru-harakan kestabilan politik. Tidak di nafikan bahawa faktor luar negara turut memberi kesan terhadap kelembapan eknomoi negara kita tetapi faktor dalaman adalah satu faktor yang amat kuat yang boleh meranapkan ekonomi Malaysia.

Saya juga berpendapat bahawa beliau tidak dapat menerima hakikat bahawa PRU12 yang lalu PR gagal mengambilalih pemerintahan negara. Siapa yang menjadi mangsa di atas sikap beliau ? KITA yang bergelar rakyat termasuklah penyokong-penyokong fanatik beliau. Jika beliau seorang pemimpin yang baik, beliau akan turut membantu kerajaan yang sedia ada untuk memajukan ekonomi negara, menarik pelabur-pelabur asing menambah/ menanam modal di negara kita, dengan itu ia akan membuka lebih banyak peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat dan seterusnya dapat memperbaiki taraf hidup rakyat. Kalau beliau seorang yang hebat beliau dapat mengawal penyokong-penyokong fanatiknya untuk berfikiran lebih berusaha memperbaiki taraf hidup akan tetapi beliau menaman sikap malas dengan insentif-insentif yang beliau janjikan jika menjadi PM. Fikir-fikirkan ……

No comments: