PJ : Saya ucapkan ribuan terima kasih jika anda membaca pendapat peribadi yang ingin saya kongsikan bersama-sama dengan anda-anda semua. Saya hanya akan memaparkan komen-komen yang beretika sahaja.


Sunday, July 20, 2008

Borak-Borak Dengan Penyokong Kuat PAS

Semalam saya di kunjungi oleh saudara saya yang berasal dari Kelantan dan beliau merupakan seorang Hard Core PAS semenjak dari bangku sekolah lagi. Semasa minum, saya bertanyakan kepada beliau adakah beliau setuju PAS berkawan baik dengan DAP dan adakah ini satu langkah yang betul untuk PAS. Beliau menyatakan tidak ada salah untuk PAS untuk berkawan dengan DAP kerana semua manusia adalah sama di disisi Allah dan tidak ada beza untuk kita belakangkan mereka kerana mereka berhak menikmati apa yang orang Melayu nikmati di Malaysia. Saya agak kehairanan kerana pada pertemuan yang lepas beliau agak tidak berpuashati bagaimana kerajaan BN telah mengayakan orang kafir dan mengatakan kerajaan sedia ada tidak bertanggungjawab sehinggakan orang Islam tertindas sedangkan orang kafir hidup senang lenang.

Saya bertanya lagi adakah beliau setuju sekiranya Anwar menjadi PM, Dasar Ekonomi Baru dan Hak Keistimewaan orang Melayu dihapuskan. Beliau berkata tidak menjadi masalah kerana kita masih ada raja dan sultan ! Saya agak terkejut apabila beliau berkata demikian sedangkan MBB Perak orang PAS sendiri pun tidak menyelar tindakan Karpal Singh dan Lim Kit Siang yang terang-terangan mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya kepada Sultan Perak malah mencabar agar beliau di kenakan tindakan undang-undang.

Soalan saya seterusnya kepada beliau jika DEB di mansuhkan, orang Melayu sukar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi seperti pusat-pusat pengajian yang di wujudkan dibawah DEB seperti UITM dan IKM. Peluang juga akan tipis untuk pelajar melayu untuk melanjutkan ke IPTA kerana persaingan dari bangsa lain. Beliau berkata tidak menjadi masalah kerana semua orang sama, siapa bijak dia boleh berjaya. Agak terkejut apabila menyatakan demikian seolah-olah agenda DAP telah meresapi kedalam pemikiran beliau.

Kesimpulan yang saya dapat adalah, PAS berjaya menyakinkan segelintir penyokongnya bahawa perkahwinan dengan DAP adalah langkah yang positif sedangkan segelintir penyokong yang merasakan mereka tertipu dengan angin perubahan PAS yang ternyata menrugikan orang Melayu dan Islam itu sendiri. Pada masa ini seolah-olah PAS mengalami detik-detik keretakan kerana wujudnya Team Nik Aziz dan Haji Hadi. Pengamatan saya mendapati keretakan ini wujud kerana tindakan Haji Hadi bermuzakarrah dengan UMNO mengenai Islam dan Melayu sedangkan Nik Aziz berkata mereka telah serik berkerjasama dengan UMNO dan tidak mahu ditikam dua kali. Saya merasakan Haji Hadi sudah dapat merasakan tindakan berkahwin dengan DAP dan PKR adalah tindakan yang merugikan orang melayu dan agama Islam.

No comments: