PJ : Saya ucapkan ribuan terima kasih jika anda membaca pendapat peribadi yang ingin saya kongsikan bersama-sama dengan anda-anda semua. Saya hanya akan memaparkan komen-komen yang beretika sahaja.


Sunday, July 27, 2008

Terima hakikat hak keistimewaan Melayu

PULAU PINANG 26 Julai - Rakyat Malaysia perlu menerima hakikat bahawa orang Melayu mempunyai hak keistimewaan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan negara. Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), Datuk Seri Mohd. Yusoff Latiff berkata, perkara yang menyentuh hak itu jangan diungkit atau dicabar kerana ia boleh membangkitkan kemarahan orang Melayu.
Tegas beliau, rakyat terutama golongan muda diingatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan agenda pihak tertentu yang lebih utamakan politik daripada kepentingan perpaduan masyarakat majmuk di negara ini.
''Bukan bermaksud kaum lain di negara ini dipinggirkan dan sebagainya, tetapi mereka perlu menerima hakikat bahawa orang Melayu mempunyai hak keistimewaan yang tidak boleh dipersoalkan lagi.
''Kita tidak berhasrat atau berniat untuk bergaduh, cuma mempertahankan hak yang sudah termaktub dalam perlembagaan dan ini yang mereka betul-betul perlu faham sampai bila-bila," katanya pada majlis perjumpaan bersama lebih 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menubuhkan Majlis Muafakatan Melayu Pulau Pinang (MMMPP) di bangunan Pemenang, di sini hari ini.
Pendapat PJ
Satu lagi suara lantang daripada anak Melayu yang mempertahankan hak keistimewaan Melayu.
Syabas Datuk Seri Mohd. Yusoff Latiff dan saya berharap agar lebih ramai lagi pemimpin Melayu tampil memberikan peringatan kepada mereka-mereka yang cuba menganggu gugat dan mempertikaikan hak-hak kita.

No comments: