PJ : Saya ucapkan ribuan terima kasih jika anda membaca pendapat peribadi yang ingin saya kongsikan bersama-sama dengan anda-anda semua. Saya hanya akan memaparkan komen-komen yang beretika sahaja.


Sunday, July 6, 2008

Kerajaan Pulau Pinang ditegur terlalu tumpu isu tangguh projek mega

PULAU PINANG: Menteri Kewangan II, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop menasihatkan kepemimpinan kerajaan Pulau Pinang supaya tidak terlalu memberi tumpuan kepada isu penangguhan pembinaan projek mega di negeri itu oleh Kerajaan Pusat. Beliau berkata, Kerajaan Pusat mempunyai tanggungjawab lain yang perlu diselesaikan demi menjaga kepentingan dan memastikan kesejahteraan rakyat. “Pada masa ini negara berdepan pelbagai isu berhubung kenaikan harga yang juga fenomena antarabangsa, kerajaan pusat ada tanggungjawab besar kepada negara.
“Oleh itu saya mahu kerajaan negeri tidak terlalu obsess dengan hanya dua projek iaitu monorel dan Lingkaran Luar Pulau Pinang (PORR), jangan fikirkan dua projek itu sahaja,” katanya kepada pemberita ketika mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang kecewa dengan penangguhan projek mega di negeri itu khususnya pembinaan monorel dan PORR. Nor Mohamed sebelum itu merasmikan forum anjuran Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan yang bertemakan ’Peranan, Bantuan Kewangan dan Peluang Pekerjaan Agensi-agensi Bagi Pesakit Buah Pinggang’ di sini hari ini. Katanya dalam keadaan dana dan hasil yang terhad ketika ini, kerajaan juga bertanggungjawab untuk menggunakan sumber yang ada dengan cara paling berhemah.
“Kita perlu fikirkan kaedah atau mekanisme untuk menggunakan sumber yang ada dengan cara lebih berhemah tetapi dalam masa yang sama tetap menjaga kepentingan rakyat,” katanya. -

Perhati Jauh berpendapat kenapa DAP nak desak kerajaan Pusat untuk laksanakan dua projek iaitu monorel dan Lingkaran Luar Pulau Pinang (PORR). Dulu kata bila masjid kristal, bangunkan Putrajaya, Piala Monsun satu pembaziran duit rakyat. Sekarang DAP patut bersyukur sebab kerajaan tengah laksanakan perbelanjaan berhemat. Carilah cara sendiri untuk cari " Funding " teruskan projek yang tertangguh itu.

No comments: