PJ : Saya ucapkan ribuan terima kasih jika anda membaca pendapat peribadi yang ingin saya kongsikan bersama-sama dengan anda-anda semua. Saya hanya akan memaparkan komen-komen yang beretika sahaja.


Wednesday, July 16, 2008

Sanggupkah kita mengadaikan bangsa dan agama untuk 5 Kupang ??

Saya baru sahaja menonton siaran langsung debat di antara Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Datuk Seri Anwar Ibrahim di TV 9 sebentar tadi. Anwar memberi jaminan jika PR memerintah esok harga minyak akan di turunkan kepada RM0.50 @ 5 kupang !! Saya menjangkakan beliau akan menurunkan sekurangnya RM1.50 atau RM1.00 . Kalau hanya RM.050 orang Melayu dan Islam mahu menyerahkan dan mengadaikan hak-hak kita adalah sesuatu yang tidak masuk akal. Apakah rasionalnaya ?

Anwar juga menyatakan akan bertanding di kerusi parlimen dalam masa yang terdekat bagi merealisasikan impian mimpinya untuk menjadi PM Malaysia. Siapakah yang akan di korbankan bagi memenuhi cita-citanya itu, kita tunggu dan lihat. Dek kerana kemarukkan kuasa beliau menggunakan jalan pintas untuk ke Putrajaya. Kepada orang Melayu dan Islam, jika Anwar Ibrahim bertanding di kawasan parlimen anda pastikan anda tidak memberi undi kepada beliau. Undi kepada beliau bermakna anda menyokong kehancuran bangsa dan agama Islam. Jangan terpengaruh dengan janji-janji manis beliau kerana ia ternyata palsu seperti yang di lakukan oleh beliau semasa menjadi TPM dahulu. Jika beliau menang bermakna satu persatu hak keistimewaan orang melayu di rampas dan Islam akan dipermainkan oleh mereka-mereka yang kononnya pejuang kebebasan Pada waktu itu PAS pun tiada ada kuasa untuk menghalangnya kerana sudah tenggelam dengan agenda sekutu-sekutunya.

Seperti yang dikatakan oleh Ahmad Shabery Cheek , parti pembangkang boleh membuat berbagai janji untuk menarik sokongan rakyat tetapi dapatkah janji itu di tunaikan ? Ini telah terbukti dengan janji-janji pilihanraya apabila mereka tidak dapat menunaikan janji yang di taburkan apabila berjaya menguasai lima negeri. Alasan yang di beri peruntukan tidak mencukupi atau banyak penyelewangan berlaku pada kerajaan negeri yang terdahulu. Ini cukup jelas pada pendapat saya jika PR memerintah negara kita janji hanya tinggal janji atau mungkin akan di tunaikan apabila pilihanraya hampir tiba.


Syabas kepada Datuk Ahmad Shabery Cheek kerana saya berpendapat beliau berani mencabar Anwar yang umum mengetahui Anwar adalah seorang yang bijak berkata-kata tapi bukan seorang pelaksana. Sejarah menunjukkan 11 tahun yang lepas Anwar telah gagal menjadi TPM dana Menteri Kewangan yang dimana inflasi dan kadar faedah BLR meningkat kepada paras tertinggi.

4 comments:

Anonymous said...

Jagan terlalu bodoh lepas makan lembu. 50 kalau keluar pocket seorang nampak kecil. kalau di keluarkan dari pocket 28 juta orang.. boleh dapat. rasanya

Anonymous said...

janji -janji mereka 5 tahun shj.. bukan tipu dgn janji 50 tahun....

Anonymous said...

Sudah terbukti 50 tahun kerajaan sedia ada mampu mempertahankan bangsa melayu dan islam sentiasa di lindungi.

Kita tunggu dan lihat samada andaian saya betul atau awak yang betul. Adakah pasti PR akan mengambil alih pemerintan negara pada september ? Saya berpendapat tidak mungkin kerana rakyat sudah sedar kesilapan yang mereka lakukan di kertas di PRU12 yang lepas.

Mungkin kita bangsa dan menganuti agama yang sama akan tetapi setiap pemikiran adalah berbeza. Tepuk dada tanya selera .. kerana Malaysia masih lagi sebuah negara yang demokrasi kita berhak menentukan siapa yang klta suka dan siapa yang kita tidak suka ..

Anonymous said...

Saya berpendapat adakah semua rakyat malaysia ini mempunyai kenderaan ?

Mungkin ada seorang yang bijak di pandangan anda sendiri dan mungkin di mata rakan-rakan anda tapi saya berpendapat anda berfikiran singkat @ senteng dalam isu ini.

Jika saya adalah Anwar idola anda, saya juga akan berkata-kata demikian kerana mahukan sokongan dan perhatian daripada rakyat... Kalau Pak Lah di tempat Anwar pun di pun akan begitu ..
Itulah politik Malaysia sekarang ini yang telah memporak perandakan kestabilan politik dan akhirnya rakyat berpecah belah ..