PJ : Saya ucapkan ribuan terima kasih jika anda membaca pendapat peribadi yang ingin saya kongsikan bersama-sama dengan anda-anda semua. Saya hanya akan memaparkan komen-komen yang beretika sahaja.


Saturday, July 26, 2008

Muzakarah @ Muqabalah UMNO - PAS Berita Buruk Kepada PKR Dan DAP

Akhirnya Nik Aziz sudah lembut hati dan dapat menerima hakikat bahawa pertemuan PAS dan UMNO adalah sesuatu yang perlu bagi memperbaiki dan mempertahankan bangsa Melayu dan Islam. Jika di awalnya kita dapat melihat beliau agak terkilan dengan tindakan Haji Hadi yang membelakangkan beliau dalam membuat keputusan bertemu dengan UMNO. Terdapat segelintir pemimpin PAS dan ahlinya mendesak agar perbincangan ini adalah harus selepas tidak berpuashati dengan tindakan yang dilakukan oleh sekutu-sekutu PAS.

Saya juga berpendapat bahawa Haji Hadi dapat merasakan bahawa sokongan orang Islam yang majoriti orang Melayu begitu merosot terhadap PAS kerana perjuanganya semakin tenggelam selepas PRU12. Haji Hadi juga dapat melihat bahawa penyokong-penyokongnya sudah mulai gusar sekiranya PR berjaya “ menakluki “ Putrajaya pada September bermakna malapetaka besar kepada orang Melayu dan agama Islam. Walaupun pada zahirnya PAS berkata hubungan perkahwinannya dengan sekutunya tidak goyah dan semakin kukuh namun pada hakikatnya ia semakin renggang dan tidak kerterlaluan kalau saya katakan sedang menuju perceraian kerana ideologi dan perjuangan masing-masing adalah berbeza.

Saya juga berpendapat tidak kira sesiapa yang “ meminang “ siapa dalam Muzakarah ini kerana yang paling penting hak-hak orang Melayu dan agama Islam dipertahankan dan memperbaiki kelemahan yang ada. Kedua-dua pihak tidak perlu ego dan perlu bertolak ansur untuk mencapai matlamat yang hendak di capai. Jika PAS terlalu angkuh dan UMNO terlalu ego maka Muzakarah ini tentunya sia-sia dan membuang masa dan akan memalukan orang Melayu sendiri dan sudah tentunya berita baik untuk DAP dan PKR.

No comments: