PJ : Saya ucapkan ribuan terima kasih jika anda membaca pendapat peribadi yang ingin saya kongsikan bersama-sama dengan anda-anda semua. Saya hanya akan memaparkan komen-komen yang beretika sahaja.


Thursday, July 31, 2008

PAS Perak Membuat Laporan Polis Terhadap Tajol Rosli

IPOH, 30 Julai (Hrkh) - PAS Perak hari ini akan membuat laporan polis ekoran tawaran Bekas Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali yang mengajak PAS membentuk kerajaan bersama Umno di negeri itu dengan janji untuk memberikan jawatan Menteri Besar.
Dalam laporan sebuah akhbar semalam,Tajol dikatakan membuat tawaran itu sebagai merealisasikan saranan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini dengan membubarkan kedua-dua parti dan menyatukannya menjadi sebuah parti tunggal.
Menurut laporan akhbar tersebut lagi, Tajol menawarkan PAS menjadi Menteri Besar dalam kerajaan baru itu dan bagi dirinya tidak duduk dalam kerajaan negeri.
Sehubungan itu, PAS Perak menolak segala tawaran tersebut dan menganggap ianya adalah satu tindakan 'rasuah' dan patut diambil tindakan dengan membuat aduan laporan polis.
Pendapat PJ

Mengapa mahu membuat laporan polis sedangkan tawaran Tajol Rosli adalah pelawaan terbuka kepada PAS untuk berkerjasama sama dengan BN untuk memerintah negeri Perak. Ia terpulang kepada pihak PAS samada mahu menerimanya atau tidak. Pihak pimpinan PAS harus memantau perkara ini kerana ia boleh menyebabkan pepecahan terhadap parti PAS sendiri. Presiden PAS juga harus memberi penerangan kepada ahli-ahlinya supaya bertenang dan jangan bertindak terburu-buru kerana ia memberikan impak yang besar keatas parti PAS sendiri.

Saya juga berpendapat Tajol Rosli tidak akan membuat tawaran tersebut jika Nik Aziz secara terangan menyatakan UMNO dan PAS perlu di bubarkan dan bergabung dibawah satu parti. Jika selama ini para pemimpin PAS dan ahlinya amat menyanjungi Nik Aziz mengapa tidak sekarang ? Adakah mereka merasakan Nik Aziz tidak lagi relevan dan Haji Hadi patut disingkirkan ?.

Dari permerhatian saya juga mendapati kebanyakkan penyokong PAS dan UMNO mempersetujui dengan saranan Nik Aziz ini. Jika diawal muzakarah @ muqabalah Nik Aziz memberikan komen yang agak kurang baik akan tetapi selepas beberapa hari beliau memberikan buah fikiran yang begitu memeranjatkan termasuklah saya. Mungkin beliau sudah mendapat merasakan bahawa PR @ Pakatan Rahsia bukanlah platform yang terbaik untuk parti PAS memperjuangkan dan memertabatkan Islam dan juga membela nasib orang Melayu.
Sudah tentunya suara tidak puas hati daripada sekutu PAS sendiri iaitu DAP atas perkembangan ini akan tetapi dalam hal ini PAS harus membuat keputusan berlandaskan perjuangannya kerana sudah ramai penyokong sudah meragui PAS kerana selepas PRU12 seolah-olah perjuangannya sudah tenggelam. Jika keputusan PAS untuk menerima tawaran daripada Tajol Rosli maka satu perkembangan yang positif kepada rakyat Perak dan jika tidak sudah tentunya PRU13 akan memberikan jawapan kepada PAS.

No comments: